Thursday, December 09, 2010

Dari Wanita Untuk Wanita

Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata. Apabila digilap, akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletak di tempat yang mulia, akan disanjung.
Dengan kelembutannya, ia lebih halus daripada rintik hujan. Maka pertahankanlah keindahan ini.

Wanita amat berharga di mata-mata pencintanya. Digilai para peminatnya. Disayangi para penyanjungnya. kerana itulah fitnah lebih besar akan dihadapi oleh wanita berbanding dengan lelaki.

Mengapa fitnah seorang wanita lebih besar? Kerana wanita adalah perhiasan dunia. Mampu menundukkan kaum Adam, mampu menggoncangkan dunia. Lihat sahaja bagaimana Puteri Balqis memimpin kerajaannya. Bijak dalam menilai dan membuat pemilihan.

Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Harga diri, maruah dan aurat sudah tiada nilai. Seperti melelong diri di pasar harian, itulah kebenaran yang harus ditelan. Walaupun wang hantaran mencecah puluhan ribu, tetapi berapakah nilai maruah seorang wanita? Berapakah nilai sebenar seorang muslimah?


Pemakaian, batas pergaulan dan lenggokan suara 

Begitu mudah wanita menundukkan seorang lelaki yang mempunyai 9 akal dan 1 nafsu dengan elemen-elemen ini. Hebat, bukan? Kerana inilah wanita tidak lagi dihormati. Kerana miskin harga diri, miskin sopan santun, miskin segala-galanya.

Apabila gejala pembuangan bayi semakin meningkat, wanita juga yang dipersalahkan. Sudah tentu wanita kerana wanita itulah yang mengandung, wanita itulah yang melahirkan. Jika lelaki yang mengandung dan melahirkan, mungkin situasi ini akan jadi sebaliknya.

Tabarruj, memperagakan perhiasan. Perhiasan yang digilai para wanita. make up, barang kemas, tudung syria, tudung mawi, tudung waheeda, dan entah apa lagi. Tunggu sahaja artis-artis baru lain meletup. Pasti akan muncul pula gaya tudung yang baru. Perhiasan ini didedahkan kepada orang luar, kepada bukan muhrim dan kepada yang bukan sepatutnya.

Kebanyakan wanita lebih suka membelanjakan duitnya untuk membeli barang make up, barang kemas dan perhiasan yang memberi manfaat pada dirinya. Saya juga tidak terkecuali. Sebab itulah saya menulis post ini, untuk menjadi peringatan kepada diri sendiri.

Perkara tabarruj inilah yang semakin menggila dalam masyarakat kerana ia dipertontonkan oleh artis-artis di luar sana yang tiada akhlak sehingga mempengaruhi masyarakat kini. Mereka yang menghalalkan tabarruj menyebutnya sebagai Gaya Busana Islami sedangkan ia menghalalkan perhiasan yang tidak sepatutnya ditayangkan.

Alangkah indahnya andai semua perhiasan itu disimpan untuk dipersembahkan kepada suami kita. Kepada orang yang kita sayangi. Kepada mereka yang selayaknya melihat perhiasan kita.

Untuk lelaki2 di luar sana:

"Katakanlah kepada laki2 yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(An-nur:30)

Untuk wanita2 di luar sana:

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara pkemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali yang biasa terlihat.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau putra2 mereka, atau putra2 suami mereka, atau saudara2 laki2 mereka, atau putra2 saudara laki2 mereka, atau putra2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki2 (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan.
Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 beriman agar kamu beruntung."
(An-nur:31)

Nah! Panjang lebar peringatan yang Allah turunkan kepada hambaNya. Peringatan kepada wanita lebih panjang tanda Allah mengingatkan kepada muslimah supaya menjaga maruahnya sebaik-baiknya. Tetapi masih ramai yang hanyut dalam kegelapan dunia.

Ketahuilah, tanpa kita sedari kita bisa menakluk dunia walau dalam lalai dan leka. Berkatalah dalam diri, kita bukan dilahirkan sebagai manusia yang akan dilekakan dunia. Bukan juga sebagai manusia yang tidak beerti apa-apa, sebaliknya sebagai khalifah mulia.
Salutilah diri kita dengan iman dan taqwa kerana ia sebenarnya sangat manis pada pandangan dan jua perhiasan.

Duhai wanita yang terpuji, berfikirlah untuk menjadi insan berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiran kita.

Wallahua'lam


*Reflection*

Saturday, November 27, 2010

Man in the mirror


Bismillah,

Sedang saya melewati ceramah-ceramah dan lagu-lagu di laman youtube, saya terpandang satu video daripada artis awkening record yang menyanyikan semula lagu mendiang Michael Jackson. Terdetik di dalam hati saya, pasti ada sesuatu di sebalik liriknya sehingga ia mampu dinyanyikan semula oleh seorang artis muslim.

Lalu saya membuka pula video peminat fanatik mendiang di laman itu. Saya melihat bagaimana mendiang Michael Jackson mempunyai jutaan peminat sehingga menjadi fenomena sedangkan pada saya, lagu-lagunya seperti tidak kena di telinga saya. 

Apabila ayah saya memasang CD artis itu di dalam keretanya semasa saya masih kecil, mulut saya ini tidak berhenti mengomel dan seringkali memintanya untuk menukar ke siaran radio. Tetapi sejak ia dinyanyikan semula oleh artis muslim tersebut, saya mula tertarik untuk memahami bait-bait lirik lagu beliau.



Ada sesuatu di dalam liriknya yang membuka mata hati saya. Sesuai diaplikasikan oleh mereka yang ingin bawa Islam. Change yourself first.


ini pula lagu man in the mirror yang telah di'islamic'kan. eh?

Maka tidak hairanlah beliau menjadi ikon keamanan dunia apabila saya mendengar lagunya yang bertajuk 'Heal the world', 'They don't really care about us', dan beberapa lagu lain yang saya rasakan terdapat mesej penting dan mendalam di dalamnya.

Semoga bertambah ikon-ikon Muslim yang dikenali dunia.

*Reflection*

Friday, October 15, 2010

All The Best semua



All the best untuk semua sahabat yang bakal menjalani final exam starting from 25th October 2010. Untuk semua akhowat yg berada di kelantan, Terengganu, Melaka, Shah alam dan terutama sekali kepada semua sahabat di Perak. Semoga Allah mempermudahkan kalian menjawab peperiksaan.. Lepas ni penuh la library.

Nak kongsi tips-tips susun masa tu, rasanya macam kurang layak. Kena tanya pada mereka yang dapat Anugerah Naib Canselor lah =)

Ohh, and lepas ni no more new post till the end of final exam.. I have to spend my time for study purpose only. [Fatrah Imtihan......]

Ya Allah, Engkau berilah kesempurnaan iman kepada sahabat-sahabatku, Engkau terangkanlah hati mereka agar dipermudah menghadapi ujian dan urusan manusia. Engkau limpahkanlah rahmatMu ke atas mereka, hanya Engkaulah Maha Pemberi Rahmat. Amin

Monday, October 11, 2010

Naqibah



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Alhamdulillah kesempatan masa beberapa minit yang ada ini akan cuba dimanfaatkan untuk menunaikan permintaan sahabat yang ingin mengetahui method pembawakan usrah yang baik kepada anak usrah.

Perlu diigatkan disini bahawa saya bukanlah seorang naqibah terbaik untuk memberi pandangan peribadi seperti ini, bukan juga sudah melalui satu tempoh yang lama dalam membawa usrah, malah ramai lagi sahabat-sahabat lain yang sangat mantap dalam pembawakan usrahnya. Sekadar perkongsian pengalaman pahit manis dan tips kepada naqibah atau bakal naqibah.

Saya menyarankan semua naqibah atau bakal naqibah memiliki buku karya Fathi Yakan yang bertajuk Isti'ab-Meningkatkan Kapasitas Rekrutmen Dakwah. Melalui pembacaan yang saya lalui, buku itu cukup lengkap untuk memberi kesan kepada para pendakwah di luar sana yang memikul tugas menyebarkan Islam.

Menjadi seorang naqibah bukan mudah. Jika kita sudah cukup ditarbiah sejak zaman persekolahan, saya percaya, sangat beruntunglah tuan punya badan. Sudah mempunyai kefahaman yang baik mengenai kepentingan berdakwah. Tetapi ingat, bukan semua pendakwah bermula daripada mereka yang bersekolah agama atau mempunyai basic agama yang lengkap, dan yang pernah bersekolah agama pun tidak semestinya arif 'ala kulli hal..

Pandangan saya sebagai seorang hamba yang lemah, saya cukup memandang tinggi mereka yang memegang profession selain bidang agama tetapi dalam masa yang sama berusaha untuk memikul tugas sebagai seorang da’ie berbanding mereka yang mempelajari bidang agama sendiri.

Bukan mudah untuk seorang doctor, seorang engineer atau seorang accountant memikul dua tanggungjawab dalam satu masa. Sedangkan mereka yang mempelajari bidang agama yang tahu kewajipan menyebarkan Islam pun tidak semua menjalankan tugas tersebut, apatah lagi mereka yang tidak mengambil bidang agama sebagai major bidang mereka.

Untuk adik2ku dan bekas anak usrahku yang baru melalui pengalaman menjadi naqibah, salam tahniah dan takziah. Menjadi naqibah bukan satu tugas yang mudah tapi kt perlu memudahkan ia. Jangan fikir ianya satu bebanan tetapi fikirkan ianya satu tanggungjawab.

Pengalaman seperti tiada seorang pun anak usrah yang hadir ke usrah, mempunyai anak usrah yang free hair, anak usrah yang ada basic agama tetapi masih tidak menutup aurat, atau beralasan mungkin akan dihadapi. Malah mungkin lebih daripada itu.

Tetapi ingatlah, itulah kepentingan kita berada di samping mereka ini. Mereka perlukan bimbingan, perlukan didikan, perlukan kasih sayang, perlukan belaian dari kita, sahabat syurga,insyaAllah. Bukan dengan kemarahan, bukan dengan sindiran dan bukan dengan pukulan.

Perlukah formality dalam usrah? Tidak semestinya.. Kita kembali kepada makna usrah. Usrah bermaksud keluarga. Jadi, wujudkah formality dengan keluarga kt sendiri?? Pasti tidak, bukan? anak usrah kt adalah sebahagian daripada keluarga kita, adik-adik kita, kesayangan kita. Tetapi perlu ingat, ilmu perlu disampaikan.

Banyakkan bahan bacaan, pastikan diri kita ini sentiasa kaya dengan maklumat isu semasa, hukum hakam dan ilmu semasa. Kongsikan video, gambar atau artikel yang menarik bersama mereka. Lakukan rehlah sebulan sekali sekiranya mampu, dan makanan juga penting, bagi mengelakkan mereka kepenatan.


Tadarus dan mentadabbur ayat Quran di dalam usrah itu harus dilakukan supaya mereka ini merasakan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah. Cerita sirah atau tafsir Quran pula pasti menjadikan usrah itu lebih menarik, malah satu kelebihan jika si naqibah mampu melakonkan semula watak dengan baik. 


Perlukah wujud rasa bebanan dalam diri sepanjang menjadi naqibah? Sebagai seorang manusia biasa, tipulah jika saya sendiri tidak pernah merasai perasaan seperti itu. Malah saya sendiri pernah tidak membuat halaqah selama 2 minggu kerana mengejar masa memegang 2 usrah di bawah persatuan Islam dan 1 halaqah di bawah Jabatan agama. Tawaran ditolak untuk memegang 3 kumpulan dalam satu masa tetapi hampa. Malah saya terkilan kerana perhatian yang diberikan untuk halaqah sudah pasti kurang.

Sungguh, saya seperti hendak menangis melihat ahli-ahli halaqah yang hadir. Terasa sudah menzalimi mereka kerana sudah beberapa minggu mendiamkan diri. Terasa sayu melihat wajah-wajah mereka. Tersentuh melihat salah seorang ahli halaqah mengalirkan air mata selepas memberikan perkongsian kepada mereka.

There are no specific tips to be a good naqibah. It comes from your heart. Niat itu penting. Teknik mengikut kreativiti. Lagi sempoi lagi bagus. Kita tidak boleh meletakkan pengharapan yang tinggi kepada anak usrah tetapi berusahalah untuk menjadikan mereka insan seteguh Siti Khadijah, sekuat Aisyah, sehebat Sumayyah, setanding Rabiatul Adawiyah.

Mereka penerus dakwah di luar sana. Sebagai seorang naqibah, cubalah sedaya upaya untuk melakukan usrah. Kalau tidak mampu pun, sekurang-kurangnya mesej mereka sebagai tanda kita ingat mereka. Doa itu pasti. Semoga mereka mampu faham kesibukan yang kita sendiri lalui seperti pelajar biasa.

Allahua'lam

*Reflection*

Saturday, September 18, 2010

Change perception!



In the name of Allah the Most Kind and the Most Merciful

Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.
(Al-isra':32)

Pihak kerajaan telah menjalankan program baby hatch dan pembinaan sekolah harapan bagi remaja hamil atau lebih mudah, remaja yang mengandungkan anak luar nikah berikutan pertambahan bilangan pembuangan anak saban hari.
Anda boleh lihat di sini dan sini

Disini saya hanya ingin melakukan sedikit perbincangan bersama untuk kita semua membuka minda dan fikiran masing-masing mengenai perkara ini. Tiada unsur untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi sekadar percambahan pendapat dan idea.

Jika kita lihat daripada konteks masyarakat sekarang yang dilanda peperangan tanpa senjata iaitu perang saraf, saya tidak hairan melihat perkara sosial seperti ini berlaku saban hari. Hiburan tanpa sekatan, konsert penuh dengan percampuran, pusat hiburan dibiarkan, tambah pula dengan undang-undang yang langsung tidak membawa kesan.

Mari kita kaji sama-sama persepsi masyarakat zaman sekarang. Perlu ditekankan disini bahawa aku berbicara dari sudut umum. Mari kita mulakan;

Persepsi wanita @ pelajar hamil - Terasa 'bersalah', tidak berani pulang ke rumah dengan perut memboyot, perlu lari dari rumah, ibu bapa pasti tidak mahu menerimanya semula, tiada tempat bergantung selepas ditinggalkan pasangan dan seterusnya berakhir dengan pembuangan anak di dalam tong sampah, lubang jamban, longkang dan lain-lain.

Persepsi pasangan kepada wanita hamil (lelakinya) - Menyusahkan pula perempuan ini, lari daripada tanggungjawab selepas melakukan zina, tidak mampu untuk menampung pasangan dan anak yang bakal lahir, mungkin juga tiada pekerjaan dan seterusnya meninggalkan pasangannya untuk menyelamatkan diri

Persepsi ibu bapa - Anak yang hamil dianggap 'anak liar', tidak mahu diterima masuk sebagai ahli keluarga, membawa nama buruk pada keluarga, memalukan dan seterusnya menghalau anak yang hamil dari rumah

Persepsi kawan kepada remaja yang hamil - Tidak berani menumpangkan kawannya yang membawa perut, takut dimarahi oleh ibu bapanya sendiri seterusya remaja yang hamil itu tidak dapat diselamatkan

Persepsi masyarakat - remaja hamil ini dianggap sampah masyarakat, sudah tiada berita lain di dalam televisyen, hari-hari berita buang anak!

Persepsi pihak kerajaan - Kerajaan harus berbuat sesuatu bagi menangani kes ini dan seterusnya lahirlah program baby hatch dan sekolah harapan untuk pelajar hamil.

Anda semua mampu menilai sendiri sama ada usaha yang dilaksanakan pihak kerajaan ini terus menggalakkan berlakunya penzinaan atau tidak dan sudah tentu setiap perkara yang dilaksanakan ada pro dan kontranya.

Inilah realitinya. Apabila undang-undang islam tidak tertegak, maksiat berleluasa, pastinya terjadi masalah sosial tanpa batasan. Jadi, apakah peranan kita? Adakah terus menuding jari kepada orang lain? Atau terus menyalahkan satu sama lain? Renung-renungkan..

Pastinya setiap dari kita ini memainkan peranan masing-masing. Dan untuk mewujudkan sebuah daulah islamiyah juga bukan mudah seandainya masalah ini tidak dibendung dari awal. Bermula dari individu muslim itu sendiri, sehingga membentuk baitul muslim, dan lahirnya masyarakat muslim sehingga wujudnya negara islam.

Peranan bermula daripada diri sendiri. Perubahan diri dan kefahaman dalam ilmu agama perlu dibentuk, walaupun asasnya tiada sesiapa yang pernah mendidik kita. Usaha itu perlu dijalankan atas kemampuan diri. Kemudian pemilihan pasangan ke syurga. Calon pasangan juga seelok-eloknya daripada fikrah yang sama, supaya memudahkan gerak kerja. Dan seterusnya pendidikan anak-anak dalam Islam.


Gunakanlah kesempatan yang Allah berikan semasa muda ini sebaik-baiknya. Allah telah berfirman :
Wahai orang2 yang beriman! Jagalah dirimu; (kerana) orang yang sesat itu tidak akan membahayakanmu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, kemudian Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Al-Maa'idah:105)

Dan seorang pemimpin haruslah menjalankan tugasnya sebaik mungkin untuk melahirkan masyarakat yang bertaqwa. Undang2 islam yang Allah sebut di dalam Al-Quran perlu ditegakkan. Denda yang dikenakan bagi mereka yang berzina langsung tidak membawa kesan kepada pelakunya. Sehinggalah wujudnya masalah pembuangan bayi di negara ini.

Allah telah berfirman :
Penzina perempuan dan penzina lelaki, deralah masing2 dari keduanya seratus kali, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian; dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebagian orang2 yang beriman.
(An-Nur:2)

Nah! Allah sudah sebut dalam Quran sejelas-jelasnya. Jadi, apakah alasannya kita tidak laksanakan hukuman tersebut? Belas kasihan? Terasa kejam? Astaghfirullah... Allah meletakkan hukum tersebut untuk memberi pengajaran pada hambaNya. Siapalah kita untuk menidakkan kata-kataNya.

Ingatan buat semua dalam firman Allah :
Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang2 yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang2 yang telah diberi kitab sebelummu dan orang2 kafir (orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang2 beriman.
(Al-maa'idah:57)

*Reflection*

Wednesday, September 15, 2010

Apabila persahabatan Diuji

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam eid Fitri everyone! Jom kita nilai amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang berlalu pergi. Sama-sama kita melakukan perbandingan amalan yang kita laksanakan semasa bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang akan datang. 

Allahuakbar.. sungguh pantas masa berlalu.. benarlah firman Allah dalam surah Al-Asr..

"Demi masa.. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.. Kecuali orang2 beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.."


Apabila persahabatan diuji dengan perpisahan, diuji dengan pertelingkahan, diuji dengan perasaan cemburu, diuji dengan salah faham dan diuji dengan ketidak puashatian, ketahuilah sahabatku, itu semua ujian kekuatan ukhwah kita. Itu semua ujian keimanan kita. Itu semua menguji ke'siqah'an kita kepada sahabat.

Janganlah kita bertegang urat dan mengasingkan diri apabila dilanda ujian-ujian ini. Sedarlah sahabatku, sebenarnya inilah yang menguatkan ukhwah kita. Inilah yang akan membuatkan kita lebih kenal sahabat. Bukan sekadar taaruf semata-mata..

Hargailah program yang dihadiri. Melalui program, usrah, halaqah, dan daurah inilah yang akan merapatkan kita. Nikmat ukhwah dalam persahabatan pasti akan dikecapi. InsyaAllah. Allah lebih mengetahui.

Perpisahan sentiasa berlaku dalam persahabatan. Masing-masing punya cita-cita. Masing-masing mempunyai impian. Mungkin itulah ujian yang terberat dalam persahabatan. Seteruk manapun kita bertegang leher, kita takkan mungkin sanggup berpisah dengan insan yang bergelar 'sahabat'. Itulah bezanya istilah 'kawan' dan 'sahabat'. Anda semua mampu menilai sendiri.

Alhamdulillah semua sahabat saya sudah melebarkan sayap mereka ke negara orang. Mesir, Jordan, New Zealand, UK, dan entah ke mana lagi. Semoga Allah memelihara kalian di sana. Rindu untuk memeluk kalian. Rindu untuk bertukar-tukar cerita. Dengan izinNya, pasti Dia mempertemukan kita suatu hari nanti.

Perpisahan dengan akhowat sangat melemahkan jiwa saya. Kekuatan yang saya terima semasa keberadaan mereka sangat luar biasa. Tak sanggup melepaskan walau seorang pun dari mereka. Tetapi perancangan Allah lebih baik. Terselit hikmah disebalik pemergian mereka.

Adik-adik, sahabat-sahabat syurga, ketahuilah.. Ukhwah mampu dirasai.. mampu dibina.. ia memerlukan masa.. Buangkanlah segala perasaan cemburu, tidak puas hati, takut dan yang sewaktu dengannya. Pasti akan wujud perasaan cinta antara kita. Ya, cinta kerana Allah sayangku. Buang semua gap yang menapak dalam hati kt. Gap yg dicipta oleh kita sendiri!

Bukankah hati kita telah lama menyatu. Dalam tali kisah persahabatan illahi. Kita akan lebih menghargai sahabat kita. Kalian akan rasa bait-bait ukhwah muncul suatu saat nanti. Maafkan saya yang ego ini. Saya akan campak ke laut sifat mazmumah ini ^^

Perjalanan masih panjang. Dakwah baru bermula. Semoga Allah redha.

*Reflection*

Wednesday, August 25, 2010

Zaman KeciK2 vs Zaman DewasA

bismillahirrahmanirrahim..

Something to share with all readers.. This is based on my life experience.. There might be accidently same as yours.. (^_^)

Masa kecik2 dulu, sehari tak bergaduh tak sah.. tarik2 rambut perkara biasa (especially among the girls..) cubit-mencubit pasti ada.. Bila dah dewasa sikit, perang mulut mainan harian, hempas pintu kalau tak tahan..

Masa kecik2 dulu, rasa fed up nak pergi sekolah.. dalam fikiran asyik menerawang.. 'alangkah bagusnya kalau cuti sekolah sebulan..' Bila dah dewasa, selalu terfikir, 'kenapalah aku tak belajar betul2 time kecik2 dulu..' (don't u ever think like this..)

Masa kecik2 dulu, cita-cita asyik berubah.. kejap doktor, kejap lecturer, kejap saintis.. Bila dah dewasa, ambil bidang yang tak pernah belajar.. cita-cita pun dah bertukar..

Masa kecik2 dulu, selalu terfikir kalau aku masuk u, mesti belajar lebih mudah.. takdela kelas dari pukul 7.30 pagi sampai 3 petang.. tak de la kena hari-hari bangun pukul 5.30 pagi untuk bersiap... Bila dah dewasa dan masuk u, rupa-rupanya kehidupan lebih kurang je.. plus, lagi penat.. yang paling tak tahannya bila fikir, rasa nak masuk sekolah balik je.. aduhai..

Masa kecik2 dulu, selalu complain pasal hal-hal kecil.. Bila dah dewasa ni, dah tak larat nak complain sebab hal2 besar pun tak settle2 lagi..

Masa kecik2 dulu, mesti tak puas hati kalau kakak atau adik dapat lebih sikit.. Bila dah dewasa sikit, pemikiran pun makin matang.. tak dapat pun takpela.. usaha beli sendiri.. (Wah.. terernya saya..)

Masa kecik2 dulu, baju kakak la yang selalu jadi mangsa.. second hand.. Bila dah dewasa sikit, bukak balik almari, ya Allah.. banyaknya baju yang aku tak pernah pakai.. kalau pakai pun, sekali dua je agaknya.. kesian kakak..

Masa kecik2 dulu, dalam mulut macam ada emas.. nak bercakap punyala susah.. Bila dah dewasa ni, terasa asyik nak bercakap je.. ish3.. atau dalam bahasa yang lebih mudah, MEMBEBEL.. (betul tak ukht rabiatul...??)

Masa kecik2 dulu, masing-masing berlumba nak dapat nombor 1.. Bila dah dewasa sikit dan masuk u, dah hilang perasaan tu.. change to different aim.. dean's list.. Allahumma amin..

Masa kecik2 dulu, selamba badak bincang pasal politik waktu rehat di sekolah.. isi masa terluang la katakan.. Terbaiklah pemikiran masa tu.. Bila dah dewasa ni, baru terkedek-kedek nak faham.. sebelum bercakap, perlu berfikir dulu.. (Rindunya kawan yang suka bersembang tu...)

Masa kecik2 dulu, environment sekolah sejuk je.. bi'ah solehah la katakan.. Bila dah dewasa sikit, baru rasa environment lain sikit.. tapi itulah dikatakan pengalaman hidup.. tak boleh sentiasa hidup dalam zon yang selesa.. Otak jadi sempit.. pemikiran jadi terhimpit..

Masa kecik2 dulu, rasa nak keluar dari rumah je.. bukan nak lari, just nak tengok dunia luar kononnya.. Bila dah dewasa ni, asyik nak balik rumah je.. dah tak larat nak tengok dunia luar.. Mak tak bagi balik rumah pun, still nak balik rumah jugak.. Baiti Jannati..

Masa kecik2 dulu, tak pernah fikir kepentingan gerak kerja dakwah.. Bila dah dewasa ni, baru tahu dasyatnya hidup di luar... pentingnya gerak kerja dakwah.. (it's a good thing..)

Masa kecik2 dulu, tak kenal pun tokoh2 islam.. Siapa Hasan Al-Banna..?? siapa Fathi Yakan..?? siapa Syed Qutb..?? Bila dah dewasa sikit, wah.. hebatnya pengorbanan tokoh2 Islam ni.. baru terjumpa buku karya2 mereka DALAM RUMAH! Camne la boleh tak perasan selama ni..

Masa kecik2 dulu, tak kenal pun siapa musuh Islam.. Just tau ISRAEL.. ISRAEL... ISRAEL.. tapi tak tahu pun siapa dalang disebaliknya.. Bila dah dewasa ni, baru tahu, musuh Islam ada di mana2.. Malaysia ada ke..?? Mungkin ada.. hanya Islam pada nama.. tapi............ Wallahua'lam..

Monday, August 16, 2010

Life LessonS


As I've grown I've learned several things
I've learned that out of the thousand smiles you see,
It only takes one to touch your heart
I've found that words can be deceiving,
But the truth always lies in a person's eyes.

I've discovered laughter is easy and cheap, yet
It's the only prescription for a broken heart
I've learned crying can make us stronger
And there is never too much love to go around.

I've learned that prejudice helps no one,
And that weapons don't hurt people... people hurt people
I've learned sticks and stones may leaves cuts and bruises,
But harsh words leave scars.

I've learned that miracles happen everyday,
And that angels walk along us.
I've learned the past is meant to put behind us,
And we are not to dwell on regrets, for what's done is done.

I've learned that trusting yourself is the first step,
And that forgiving helps your own hearts more than theirs
I've learned that loving is living
And that's something no one can ever take from you.

I've learned that life is unexpected,
And Allah can do anything
Mistakes are our best teacher
And everything happen for a reason
Most importantly,
Learn from your past
Enjoy today as if it's your last
Dream of tomorrow
Only then you can live to it's full and true potential..

*Reflection*

Tuesday, August 03, 2010

Mahasiswa Islam

Bismillahirrahmanirrahim..

Catatan: Drs. Khalil Idham Lim

Kita amat mengetahui bahawa mahasiswa/siswi Islam berada di segenak pelusuk alam, sama ada di Malaysia itu sendiri. Indonesia. Mesir. Jordan. Syria. Morocco. Yaman. Eropah. Amerika..

Masing-masing mempunyai niat untuk mempelajari agama tetapi adakah benar-benar bersandar kepada tujuan utuk mencari keredhaan Allah?

Sepengetahuan saya dan mungkin juga rakan-rakan ramai mahasiswa/siswi yang terlalu obses untuk mendapatkan pangkat dan nama apabila sudah pulang tamat belajar nanti.

Inilah di antara niat yang akan banyak menimbulkan masalah pada suatu hari nanti. Terdapat juga yang terlalu kagum dalam pembawaan diri masing-masing.

Takjub dengan pandangan sendiri, takjub dengan manhaj yang dipegang sampai memperlekehkan orang lain. Ini semua akibat hilang keberkatan ilmu.

Ini semua berlaku bukan pada mereka-mereka yang mempelajari bidang-bidang professional atau lain-lain tetapi berlaku kepada mereka-mereka yang mempelajari Islam, dan yang pasti belajar dengan NIAT YANG SALAH.

Luruskan kembali niat

Sabda Rasulullah,
"Janganlah kamu mencari ilmu untuk membanggakan diri kepada para ulama dan untuk mempertontonkannya di hadapan orang2 awam, agar orang lain menaruh perhatian kepada dirinya.
Barangsiapa melakukannya maka nerakalah sebagai tempatnya."

Hadith ini nyata sudah cukup untuk kita memahami persoalan menuntut ilmu dengan niat yang ikhlas dan mencari keredhaan Allah sebenarnya.

Luruskan dan bersihkanlah kembali niat supaya ilmu yang didapati itu dipakejkan sekali dengan keberkatan.

Islam memerlukan mereka yang berjuang semata-mata kerana Allah, jika anda rasa anda berjuang dan belajar dengan niat begitu, tahniah tetapi jika pada niat itu ada terselit mencari kemewahan dan nama, maka segera bakul sampahkan niat tersebut sedalam-dalamnya supaya ia tidak keluar menguasai diri.

Semoga Allah permudahkan urusan kita dan sentiasa manaungi dengan limpahan rahmatNya.

P/s: dedicated to all students.. kat MALAYSIA @ LUAR NEGARA

Wallahua'lam


*Reflection*

Tuesday, July 27, 2010

PeringataN UntuK Diri

mood = selesema,pening..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kamu(umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik..

Ali-'Imran:110

Duhai hati, kenapa terasa dikau kosong.. Duhai iman, kenapa terasa dikau lemah.. Duhai ilmu, kenapa terasa dikau haus.. Duhai diri, kenapa terasa dikau tiada kekuatan..


Air mata mengalir deras saat mendengar bait2 lagu edcoustic.. Air mata menitis tatkala terasa jiwa ini kosong.. Terasa malu pabila mengadap Illahi.. Terasa diri ini lemah.. Terasa iman menipis.. Terasa titik2 hitam mula membiak didalam hati dari hari ke hari.. ya Allah, ampuni hambaMu ini..

Aku sering tewas.. Terlalu mudah hanyut dengan godaan syaitan.. Terlalu mudah mendengar dan mengikut hawa nafsu.. Aku tahu aku mampu mencari kekuatan di sepertiga malam tapi aku sendiri tewas.. Tewas untuk melawan diriku sendiri dalam mencari kekuatan..

Aku rindu untuk ditarbiah para asatizah.. Aku rindu untuk pergi ke majlis ilmu.. Aku rindu untuk diberi pengisian dari akhowat sume.. Aku masih lemah..

Aku akui, bukan tiada majlis ilmu.. Tapi salah diriku sendiri.. Tidak mengimbangkan mana yang lebih aula.. Minta maaf.. Aku sendiri keliru.. Sukar untuk mentafsir betapa kacaunya hatiku saat ini..

Sangat tersentuh bila mendengar pesanan ringkas daripada seorang sahabat yang sangat disayangi.. Andai kita ikhlas dalam perjuangan, kita akan melakukan amalan seperti seorang pejuang tapi kalau kita nak tak nak dalam berjuang, maknanya amalan yang kita lakukan pun seperti orang yang nak tak nak sahaja terutama sekali bila kita ditaklifkan untuk berbuat sesuatu..

Jika masa terluang dahulu aku isi dengan membaca buku2 haraki, tapi kini aku hampir tiada masa langsung untuk melakukan perkara yang sama.. Buku2 yang dibawa dibiarkan berhabuk di atas meja, di dalam kotak dan di dalam beg..

Masa terluangku diisi dengan buku akademik semata.. Tiada lagi masa untuk membelek buku haraki.. Terasa seperti kosong ilmu sedangkan ilmu perlu diasah selalu.. Aku perlukan ilmu akidah, ilmu ibadah, muamalat yang aku sendiri masih belum sempurna..

Tiada niat untuk mengenepikan akademik cuma aku rasa sangat berat semester ni. Silap sendiri. Jazakillah utk sahabat yg banyak menasihati aku.. Yang mentarbiahku untuk sentiasa meletakkan Allah di dalam hati.. Dengan mengingati Allah, kita akan meletakkan kecintaan kepada Allah yang paling utama..

Wallahua'lam

p/s: thanks to kak ika yg slalu tolong n support saya. may Allah bless you.
To anonymous who gave me besday present, syukran jazilan.. Please introduce urself k =)


*Reflection*

Monday, July 19, 2010

HePi BesDay To Me...


alhamdulillahi rabbil 'alamin..

I'm turning to 20 TODAY!! Alhamdulillah.. Allah masih memberi saya kesempatan untuk aku bernafas dengan oksigen yang diberi free of charge selama 20 tahun tanpa kompromi.

Terima kasih pada sume shbt yang bersusah payah buat surprise besday party di pusat Islam... Terima kasih sbb every year antunna sume cari idea utk bagi surprise.. i really appreciate it.

Lps ni tak payah la mntk besday girl wat ucapan ye.. Penat nak fikir.. Your du'a is already enough for me.. Doesn't matter about da cake, keropok etc..

Tapi orang dah nak sambut, saya terima je.. Rezeki jangan ditolak.. (^_^)

Tanx also to kak ika, mpp yang CEMERLANG!! Tanx 4 the cup cakes.. Seriously, tak pernah org bagi cup cakes time besday... Plus, Cute sangat!!! n sedap... nyum3.


Uhibbukum Fillah.. Semoga Allah merahmati semua usaha kalian.. Menggembirakan hati sahabat kalian ni..

Pesanan from ayah

Selamat Hari Lahir ke-20 anakku.. Semoga akan terus menjadi insan yang solehah, bertaqwa dan menjadikan Allah dan Rasulnya sebagai keutamaan hidup..

Friday, July 09, 2010

Hijrah yang Sweet ^^


Alhamdulillahirabbil 'alamin,

"Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syukur ke hadrat Illahi, Seorang lagi sahabat saya berhijrah dalam usaha menjadi seorang Muslimah sejati. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya melihatnya ayu memakai tudung labuh berwarna biru.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Saya tumpang gembira dengan perubahannya. Semoga Allah menetapkan dan menguatkan hatinya untuk menempuhi semua ujian yang mendatang. Semoga kau terus istiqamah di jalan ini.

Menjadi seorang pelajar Art and Design yang mempunyai jiwa seni, saya percaya bukan mudah untuk orang sekeliling memahami jiwanya. Sesungguhnya Allah memahami gelora perasaannya walaupun sukar untuk orang di sekililing memahami masalah hatinya.

Saya yakin di saat dirinya menangis menemui saya untuk meluahkan perasaan, Allah memerhatikan kami. Allah mendengar rintihan hatinya. Tahukah sahabatku, Allah menyayangi dirimu.

Saya mencari tudung labuh untuk dihadiahkan padanya saat dirinya memberitahu saya untuk berhijrah. Sungguh, saya tidak sabar menantikan perubahannya.

"Pakailah tudung ni bila awak rasa awak dah bersedia.." Pesan saya sebelum menghadiahkan tudung labuh itu.

"Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan, dan pembohongan adalah keraguan"
(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

Tak perlulah nak peduli dengan apa yang orang nak cakap. Yang penting diri sendiri. Kan Rasulullah pernah bersabda, "Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar.." Sahabat syurga, Allah sentiasa di sisimu.. Semoga Allah merahmatimu..

Tahniah juga kepada ukhti Aqilah kerana sudah menjadi tunangan orang... Sedih je tak dapat datang.. Tapi cukuplah kami melihat kegembiraan akak dengan senyuman lebar hingga ke telinga.

*Reflection*

Thursday, June 17, 2010

Baru rasa

Bismillahirramanirrahim..

Alhamdulillahi rabbil 'alamin was solatu was salamu 'ala asyrofil anbiya iwal mursalin wa 'ala alihi wasohbihi ajma'in..


mood: sangat sedih + menangis....

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan sia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
"Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang beat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami......."

(Surah Al-Baqarah:286)

Kejayaan hanyalah sementara, kegagalan bukan selama-lamanya..

Melihatkan keputusan final exam yg dah keluar minggu lalu tetapi baru berkesempatan menyemak semalam sangat2 mengecewakan hingga terfikir lebih baik kalau aku tak semak..

Bukan sengaja tak nak semak tetapi diri ini tak kuat untuk menempuh realiti di depan mata. Bukan tak redha cuma memerlukan masa mencari kekuatan. Bukan tidak pernah menghadapi kegagalan cuma terkilan dengan pencapaian diri sendiri.

Mungkin pengharapan terlalu tinggi sehingga sukar bila nak menghadapi kenyataan. Atau mungkin terlalu selesa dalam dunia sendiri. Ternyata kesilapan sendiri. Semoga Allah mengampunkan saya T_T

Mulanya tak sedih tapi bila ayah tanya kenapa result menurun, speechless dibuatnya.. Tak tau nak jawab apa. Diam seribu bahasa. Alhamdulillah keputusan aku hanya mencecah sehingga gred b. Kata nak praktikal luar negara.. adoyai..

Terima kasih ayah, terima kasih ummi sebab memahami. Tak salah buat kerja dakwah tapi pelajaran dan gerak kerja dakwah kena seiring. Tak nak salahkan kerja dakwah sebab itu semua tanggungjawab seorang Muslim. Tapi kalau kita nak tunjukkan yang Islam itu hebat, kita kena jadi individu yang hebat.

Kenapa..?? Supaya tiada orang yang boleh mempertikaikan gerak kerja dakwah. Supaya tiada orang yang menggunakan alasan tak boleh buat kerja dakwah sebab menganggu pelajaran. Supaya tiada orang yang akan memandang rendah para pendakwah.

Semoga Allah memberi kekuatan dan mempermudahkan urusanku dan sahabat-sahabatku.. Semoga diperkenankan..

"AKU ADALAH SEORANG MUSLIM YANG BELAJAR"

*Reflection*

Tuesday, June 08, 2010

Pemuda Islam harus Berani!

Bismillahirrahmanirrahim..

Hatiku sangat pilu ketika mengetahui bahawa nyawa orang-orang Islam adalah nyawa yang paling murah dia atas bumi ini. Orang-orang Majusi, Yahudi, Kristian, para penyembah berhala, atheis, dan para penguasa muslim, semuanya dengan begitu mudah membunuh orang-orang Islam.

Walaupun orang-orang yang berjuang membela Islam dalam keadaan sangat sulit dan rumit, semangat berjuang harus tegar untuk membela orang-orang yang dizalimi dan orang-orang yang lemah. Kita harus memberi semangat sehingga mereka mendapat hasil yang dicita-citakan.

Dalam keadaan apapun, dakwah Islam harus tetap dilakukan, benderanya harus tetap dikibarkan, hidayahnya harus tetap terpancar dengan jelas, kebenarannya harus ditampilkan, bukti-bukti kebenarannya harus dimunculkan dan rintangan-rintangan yang menghalang harus disingkirkan.

(Muhammad Al-Ghazali)

Kenapa PEMUDA Islam yang memainkan peranan....???

Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, beerti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar; Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; Pemuda yang tidak mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan; Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka; tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

(Dr Fathi Yakan)

*Reflection*

Thursday, June 03, 2010

Bestnya Beijing!

In the name of Allah the Most Kind and The Most Merciful

Sesampai je kami sekeluarga ke airport Beijing, our tour guide, Ibu Sofia (already miss her ^_^) beritahu kami suhu di sana pada pagi dan malam plus minus 10 CELCIUS! Sejuk.

It's already summer time! Maybe awal sgt kot. Alhamdulillah baju sejuk dibawa. Pity umi and my bro. Tak bawak baju sejuk. Nasib baik Ibu Sofia tu tak bawak kami jalan2 malam2 sangat. The best part was waktu siang kt beijing lagi lama dari malam..

Dengan bandar yang 10 kali ganda lagi bersih dari Malaysia full with roses sepanjang jalan dalam bandar yang terancang n pemandangan yang sgt cantik, sangat sayang nak tinggalkan Beijing. eh?

Kebanyakan penduduk di sana memandang pelik pada kami dengan penampilan bertudang. Setiap restoran Islam yang kami masuk, semua akan pandang sampai kami duduk atas kerusi. Dalam fikiranku, alangkah seronoknya boleh berdakwah di Beijing!

Saya percaya, masih ramai non muslim tidak tahu tentang agama Islam. Bukan mereka tidak mencari tapi mereka tidak diberitahu. Jangan expect orang akan datang pada kita, tapi kita kena gunakan approach terbaik untuk menarik orang.

Sangat sedih bila saya tahu penduduk di sana hanya dibenarkan mempunyai seorang anak dalam setiap keluarga. Jika lebih dari seorang, anak itu tidak akan mendapat surat beranak, ic, dan paling sedih tak boleh bersekolah. Bunyinya sangat kejam, bukan..?

Mempunyai lebih daripada seorang anak hanya dibenarkan di kawasan kampung untuk kerja2 bercucuk tanam. Tapi ia sama sekali tidak dibenarkan di bandar2 besar China. And surprisingly, they prefer to have a dog rather than a child!

Paling tidak boleh lupa ialah semasa keluarga kami tersesat dan hanya duduk di luar untuk menunggu yang lain mencari kami.. Kami ditegur oleh 1 group tourist china dari daerah lain mungkin.

Since they cannot speak in English, mereka hanya mengunakan bahasa cina sambil memandang ke arah saya dan ummi. Dan macam biasa saya buat muka berkerut-kerut untuk cuba memahami bahasa mereka.

Nasib baik peminat cerita china. So, at least saya dapat faham sikit2 apa yang mereka cakap pada kami. eh? Thank God one of them can speak in broken English..

*Dalam bahasa cina.. "#@^%*%!$...."

Transalator: "where are u from..?"

Us: "We are from Malaysia.."

Translator: "What are u wearing in ur head..? Is it ur custom...?" (sambil memandang ke arah saya dan umi)

Us: "No.. It is our religion. We are Muslim. Muslim people.." =)

Translator: "Don't u feel hot wearing that..?" (sambil buat gaya tudung.. )

Us: "No.. hahahaha.."

Someone in the group: *dalam bahasa cina @#$%^&*.. (she wants us to take off our hijab later.. -_-) sambil buat gaya lagi..


Maybe they thought muslimah wear hijab because of our custom. Now, they know that we wear it because of Islam, our religion.


masjid di beijing

Dan sangat gembira bila berjumpa dengan orang Islam di sana. Gembira bila kami menyebarkan salam. Cuma niat utk berbual lebih panjang terbantut since they cannot speak in English.

p/s: teringin nak ikut group usrah yg suka travel.. hahaha (opss, dedicated to my sis =p)


*Reflection*