Saturday, November 27, 2010

2 in 1


Alhamdulillahi rabbil 'alamin...

Kesibukan menjadi 'suri rumah tangga' sangat mengekang masaku untuk menulis. Tamat sahaja final exam, kontrak sebagai pembantu pengurusan perumahan tanpa gaji diteruskan.. =)

Pelajarilah ilmu pengetahuan, kerana mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya.. menuntutnya adalah ibadah, mengulanginya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad.. mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah sedekah, memberikannya kepada ahlinya adalah kebaktian..

Ilmu merupakan kawan pada masa kesunyian, penunjuk jalan kepada agama, pendorong kesabaran dalam masa kepayahan dan kesempitan..

Usia bukan penghalang untuk mencari ilmu. Malah sepanjang perjalanan hidup kita ini adalah proses pencarian ilmu. Bukan saja dalam bentuk sains, matematik, sejarah dan sebagainya malah pengalaman hidup juga adalah satu ilmu. Ilmu yang tidak mungkin akan kita peroleh di sekolah, universiti atau ceramah harian.

Tahniah kepada ayah yang begitu gagah mengambil SYARIAH di Universiti Islam Antarabangsa dalam usianya yang semakin banyak. Kadang-kadang terasa tercabar juga dengan result ayah yang lebih baik daripada anak-anaknya.. =p

Convocation pun baru sahaja berlalu. Benarlah kata ayah, convocation day merupakan hari yang paling menggembirakan sekali.. Apalagi ayah sudah merasa untuk menjadi graduan dari UKM dan juga UIA.. huu.. bilalah aku nak convo nih.. Semoga segalanya dipermudahkan..

And happy 23rd anniversary to ayah and umi.. Rasa-rasanya hadiah terbaik untuk anniversary kali ini ialah convocation ayah.. sangat bermakna.. untuk ummi dan anak-anaknya..

Terima kasih kepada ayah n ummi yang membesarkan kami 6 beradik dan mengajar anak-anak mereka erti hidup selama 23 tahun ini.. Subhanallah.. tak mampu kami membalasnya..

Wahai Tuhanku, janganlah engkau kenakan azab pada lidah ibu bapaku, kerana mereka sentiasa membasahi lidah dengan menyampaikan ajaranMu.. Mata yang melihat kepada ilmu yang membawa kepada mengenaliMu, hati yang tergerak untuk mengabdikan diri kepadaMu, akal yang sentiasa berfikir bagaimana untuk mengajak manusia kejalanmMu, kaki yang berjalan untuk berkhidmat padaMu, tangan yang menulis hadis2 rasulMu.. dengan kemuliaanMu ya Allah, aku mohon supaya mereka dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga bersama orang-orang yang berjaya..

0 comments:

Post a Comment