Bismillahirramanirrahim..
Alhamdulillahi rabbil 'alamin was solatu was salamu 'ala asyrofil anbiya iwal mursalin wa 'ala alihi wasohbihi ajma'in..
mood: sangat sedih + menangis....
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan sia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
"Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang beat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami......."
(Surah Al-Baqarah:286)
Kejayaan hanyalah sementara, kegagalan bukan selama-lamanya..
Melihatkan keputusan final exam yg dah keluar minggu lalu tetapi baru berkesempatan menyemak semalam sangat2 mengecewakan hingga terfikir lebih baik kalau aku tak semak..
Bukan sengaja tak nak semak tetapi diri ini tak kuat untuk menempuh realiti di depan mata. Bukan tak redha cuma memerlukan masa mencari kekuatan. Bukan tidak pernah menghadapi kegagalan cuma terkilan dengan pencapaian diri sendiri.
Mungkin pengharapan terlalu tinggi sehingga sukar bila nak menghadapi kenyataan. Atau mungkin terlalu selesa dalam dunia sendiri. Ternyata kesilapan sendiri. Semoga Allah mengampunkan saya T_T
Mulanya tak sedih tapi bila ayah tanya kenapa result menurun, speechless dibuatnya.. Tak tau nak jawab apa. Diam seribu bahasa. Alhamdulillah keputusan aku hanya mencecah sehingga gred b. Kata nak praktikal luar negara.. adoyai..
Terima kasih ayah, terima kasih ummi sebab memahami. Tak salah buat kerja dakwah tapi pelajaran dan gerak kerja dakwah kena seiring. Tak nak salahkan kerja dakwah sebab itu semua tanggungjawab seorang Muslim. Tapi kalau kita nak tunjukkan yang Islam itu hebat, kita kena jadi individu yang hebat.
Kenapa..?? Supaya tiada orang yang boleh mempertikaikan gerak kerja dakwah. Supaya tiada orang yang menggunakan alasan tak boleh buat kerja dakwah sebab menganggu pelajaran. Supaya tiada orang yang akan memandang rendah para pendakwah.
Semoga Allah memberi kekuatan dan mempermudahkan urusanku dan sahabat-sahabatku.. Semoga diperkenankan..
"AKU ADALAH SEORANG MUSLIM YANG BELAJAR"
*Reflection*
*Reflection*
assalamu'alaikum...
ReplyDeletesyukran kak najla...moga article kali ini dpt juga memujuk hati yang berduka ini...
moga Allah akan sentisa membantu kite!!
walaupon diri ni bknlah sehebat dirimu..tp daku bangga dgn usahamu..
ana juga berdoa moga ukhtie dpt mencapai cita2 yang diimpikan...insyaAllah..amiin...
ana juga ingin mengigatkan diri ini...
hidup ini umpama roda...terkdg d atas n terkdg d bwah...
maafkan ana ya ukhti jika ada segala kekilafan dlm post ini...
asif jiddan!!
jzkk dik =)
ReplyDeleteallahumma amin.. smoga doa adk diperkenankan..
akk bukan sesiapa dik. hanya manusia biasa yg slalu lupa n alpa..
yg pntg mohon kekuatan drpd Allah..
hanya Dialah sebaik-baik tempat bergantung..
uhibbuki fillah (^_^)
syukran kak najla...
ReplyDeletemoga diriku boleh m'dpt lebih banyak kata2 semangat n mengutip mutiara kata dlm laman blog ini...
insyaAllah...
moga Allah berkati segala usahamu...
jika ditanya knp perjuangan i2 pahit,jawapnya krn syurga i2 manis!!
takbir..
salam adik Najla.....
ReplyDeleteAllah bukan memberi apa yang kita mahu.....
tapi dia memberi apa yang kite perlu.....
selamat berjaya, amin.
jzkk oc_mdsperak.. klu blh btau nme.. doakn kejayaan bersama =)
ReplyDeletename? biarlah menjadi tanda tnya.... :-)
ReplyDeletesemoga kite menjadi insan yang tidak lupa padaNya.
insya'Allah.