12.31am
Mungkin ini merupakan catatan terakhir sebelum aku pulang semula ke universiti. Lepas ni, mesti dah takde mase nk post ape2 memandangkan rutin yg sibuk di u..
Alhamdulillah siang tadi aku sempat ke pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya(PICC) utk mendengar syarahan ulama' masyur, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Seronok sangat. Peluang keemasan utk aku mendengar syarahan drpd seseorg yang hebat.
To Ilyana, Syafiqah n sahabat-sahabat lain yg menempah seat utk ke ceramah 'Cinta Sempurna' di Bangi, minta maaf sangat-sangat. Kalau boleh taknak lepas dua2 ceramah. Tapi nak buat macam mana.. InsyaAllah panjang umur jumpa lagi.. hehe
Sedikit perkongsian drpd syarahan Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang membincangkan mengenai buku baru yg diterbitkan bertajuk 'Fiqh Al-kitab'. Tapi kalau nak disimpulkan, beliau lebih banyak menyentuh soal JIHAD.
Beliau menyentuh mengenai puak-puak(golongan) yang timbul apabila kita menyebut tentang persoalan jihad iaitu;
# golongan yang mematikan semangat berjihad
# puak pengganas atau pelampau
# golongan yang bersifat kesederhanaa
Pihak orientalis mengatakan bahawa Islam ini menggunakan kekerasan seperti berperang utk menakluk dan menguasai sesebuah negara sedangkan Islam tidak pernah memulakan peperangan sebaliknya org kafir yg menindas umat Islam dan berniat utk mewujudkan peperangan. Masa zaman Rasulullah sendiri, tiada satu pun peperangan yg dimulakan oleh umat Islam. Dan realitinya sekarang, org yg tidak faham Islam mengatakan kt terrorist padahal penyiksaan mereka terhadap umat Islam lebih teruk dan tidak diterima dek akal.
Banyak lagi huaraian Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam syarahan beliau tp tak dapat aku nak kongsi banyak2 sbb memang banyak sgt.. hehehehe.. dan jangan lupa beli buku yg beliau tulis. Memang banyak ilmu yg bakal korg dapat. InsyaAllah..
Teringat mesej yana mengenai ceramah yang diikutinya, 'Cinta Sempurna'.. Renew minda ttg cinta.. Bunyi macam seronok je tp apapun masing-masing daripada kami dapat ilmu yang berbeza dan insyaAllah boleh dikongsi bersama.
Dan memandangkan dah msk thn baru 1431H nie, kenala buat sedikit anjakan paradigma. Cewah.. Tp tak terfikir lagi nak buat ape. Banyak benda yang kena ubah. Yang penting, kena JIMAT! Cuti ni je, entah berapa kali aku cucuk bank tu. Sedih je duit keluar macam air. Lagi banyak keluar duit waktu cuti daripada duduk di u. Pening kepala.. Mungkin shbt2 yg baca blog aku bolehla kongsi sedikit resolusi yg bakal dilaksanakan utk tahun baru ni.. ^_^
Wallahua'lam





