In the name of Allah the Most Kind and the Most Merciful
Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.
(Al-isra':32)
Pihak kerajaan telah menjalankan program baby hatch dan pembinaan sekolah harapan bagi remaja hamil atau lebih mudah, remaja yang mengandungkan anak luar nikah berikutan pertambahan bilangan pembuangan anak saban hari.
Disini saya hanya ingin melakukan sedikit perbincangan bersama untuk kita semua membuka minda dan fikiran masing-masing mengenai perkara ini. Tiada unsur untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi sekadar percambahan pendapat dan idea.
Jika kita lihat daripada konteks masyarakat sekarang yang dilanda peperangan tanpa senjata iaitu perang saraf, saya tidak hairan melihat perkara sosial seperti ini berlaku saban hari. Hiburan tanpa sekatan, konsert penuh dengan percampuran, pusat hiburan dibiarkan, tambah pula dengan undang-undang yang langsung tidak membawa kesan.
Mari kita kaji sama-sama persepsi masyarakat zaman sekarang. Perlu ditekankan disini bahawa aku berbicara dari sudut umum. Mari kita mulakan;
Persepsi wanita @ pelajar hamil - Terasa 'bersalah', tidak berani pulang ke rumah dengan perut memboyot, perlu lari dari rumah, ibu bapa pasti tidak mahu menerimanya semula, tiada tempat bergantung selepas ditinggalkan pasangan dan seterusnya berakhir dengan pembuangan anak di dalam tong sampah, lubang jamban, longkang dan lain-lain.
Persepsi pasangan kepada wanita hamil (lelakinya) - Menyusahkan pula perempuan ini, lari daripada tanggungjawab selepas melakukan zina, tidak mampu untuk menampung pasangan dan anak yang bakal lahir, mungkin juga tiada pekerjaan dan seterusnya meninggalkan pasangannya untuk menyelamatkan diri
Persepsi ibu bapa - Anak yang hamil dianggap 'anak liar', tidak mahu diterima masuk sebagai ahli keluarga, membawa nama buruk pada keluarga, memalukan dan seterusnya menghalau anak yang hamil dari rumah
Persepsi kawan kepada remaja yang hamil - Tidak berani menumpangkan kawannya yang membawa perut, takut dimarahi oleh ibu bapanya sendiri seterusya remaja yang hamil itu tidak dapat diselamatkan
Persepsi masyarakat - remaja hamil ini dianggap sampah masyarakat, sudah tiada berita lain di dalam televisyen, hari-hari berita buang anak!
Persepsi pihak kerajaan - Kerajaan harus berbuat sesuatu bagi menangani kes ini dan seterusnya lahirlah program baby hatch dan sekolah harapan untuk pelajar hamil.
Anda semua mampu menilai sendiri sama ada usaha yang dilaksanakan pihak kerajaan ini terus menggalakkan berlakunya penzinaan atau tidak dan sudah tentu setiap perkara yang dilaksanakan ada pro dan kontranya.
Inilah realitinya. Apabila undang-undang islam tidak tertegak, maksiat berleluasa, pastinya terjadi masalah sosial tanpa batasan. Jadi, apakah peranan kita? Adakah terus menuding jari kepada orang lain? Atau terus menyalahkan satu sama lain? Renung-renungkan..
Pastinya setiap dari kita ini memainkan peranan masing-masing. Dan untuk mewujudkan sebuah daulah islamiyah juga bukan mudah seandainya masalah ini tidak dibendung dari awal. Bermula dari individu muslim itu sendiri, sehingga membentuk baitul muslim, dan lahirnya masyarakat muslim sehingga wujudnya negara islam.
Peranan bermula daripada diri sendiri. Perubahan diri dan kefahaman dalam ilmu agama perlu dibentuk, walaupun asasnya tiada sesiapa yang pernah mendidik kita. Usaha itu perlu dijalankan atas kemampuan diri. Kemudian pemilihan pasangan ke syurga. Calon pasangan juga seelok-eloknya daripada fikrah yang sama, supaya memudahkan gerak kerja. Dan seterusnya pendidikan anak-anak dalam Islam.
Gunakanlah kesempatan yang Allah berikan semasa muda ini sebaik-baiknya. Allah telah berfirman :
Wahai orang2 yang beriman! Jagalah dirimu; (kerana) orang yang sesat itu tidak akan membahayakanmu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, kemudian Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Al-Maa'idah:105)
Dan seorang pemimpin haruslah menjalankan tugasnya sebaik mungkin untuk melahirkan masyarakat yang bertaqwa. Undang2 islam yang Allah sebut di dalam Al-Quran perlu ditegakkan. Denda yang dikenakan bagi mereka yang berzina langsung tidak membawa kesan kepada pelakunya. Sehinggalah wujudnya masalah pembuangan bayi di negara ini.
Allah telah berfirman :
Penzina perempuan dan penzina lelaki, deralah masing2 dari keduanya seratus kali, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian; dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebagian orang2 yang beriman.
(An-Nur:2)
Nah! Allah sudah sebut dalam Quran sejelas-jelasnya. Jadi, apakah alasannya kita tidak laksanakan hukuman tersebut? Belas kasihan? Terasa kejam? Astaghfirullah... Allah meletakkan hukum tersebut untuk memberi pengajaran pada hambaNya. Siapalah kita untuk menidakkan kata-kataNya.
Ingatan buat semua dalam firman Allah :
Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang2 yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang2 yang telah diberi kitab sebelummu dan orang2 kafir (orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang2 beriman.
(Al-maa'idah:57)
*Reflection*
salam... bg ana mmg akan menggalakkan penzinaan je bile dtubuhkan baby hatch ni.. sbabnye bdk2 muda da x perlu risau bile mengandungkan ank luar nikah, dorg ade tempat utk dituju.. so x perlu pening2 nk kemane kalau family halau ke..
ReplyDeletehmm.. tp kesian plak bg yg btol2 perlukan perlindungan ni.. n yg btol2 nk bertaubat ke.. mybe perlu tapis sape yg nk dibantu kot.. kalau pulun nk tlong sume, herm ntahla ape jd nnt.. btambah parahla...huhu.. wallahua'lam
sebelum membetulkan di bhgn bwh, perlu betulkan di bhgn atas.. fikir2kan
ReplyDeletewallahua'lam
Good idea najla.
ReplyDeletesemua perkara ade baik dan buruknya.....
xperlu menunding jari.....
kiter perlu ingat kiter perlu
berubah dahulu sblm kiter mengubah sesuatu....
renung2kan dan selamat beramal.
yup.. berubah dahulu sebelum kt mengubah sesuatu.. syukran =)
ReplyDelete