Thursday, December 09, 2010

Dari Wanita Untuk Wanita

Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata. Apabila digilap, akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletak di tempat yang mulia, akan disanjung.
Dengan kelembutannya, ia lebih halus daripada rintik hujan. Maka pertahankanlah keindahan ini.

Wanita amat berharga di mata-mata pencintanya. Digilai para peminatnya. Disayangi para penyanjungnya. kerana itulah fitnah lebih besar akan dihadapi oleh wanita berbanding dengan lelaki.

Mengapa fitnah seorang wanita lebih besar? Kerana wanita adalah perhiasan dunia. Mampu menundukkan kaum Adam, mampu menggoncangkan dunia. Lihat sahaja bagaimana Puteri Balqis memimpin kerajaannya. Bijak dalam menilai dan membuat pemilihan.

Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Harga diri, maruah dan aurat sudah tiada nilai. Seperti melelong diri di pasar harian, itulah kebenaran yang harus ditelan. Walaupun wang hantaran mencecah puluhan ribu, tetapi berapakah nilai maruah seorang wanita? Berapakah nilai sebenar seorang muslimah?


Pemakaian, batas pergaulan dan lenggokan suara 

Begitu mudah wanita menundukkan seorang lelaki yang mempunyai 9 akal dan 1 nafsu dengan elemen-elemen ini. Hebat, bukan? Kerana inilah wanita tidak lagi dihormati. Kerana miskin harga diri, miskin sopan santun, miskin segala-galanya.

Apabila gejala pembuangan bayi semakin meningkat, wanita juga yang dipersalahkan. Sudah tentu wanita kerana wanita itulah yang mengandung, wanita itulah yang melahirkan. Jika lelaki yang mengandung dan melahirkan, mungkin situasi ini akan jadi sebaliknya.

Tabarruj, memperagakan perhiasan. Perhiasan yang digilai para wanita. make up, barang kemas, tudung syria, tudung mawi, tudung waheeda, dan entah apa lagi. Tunggu sahaja artis-artis baru lain meletup. Pasti akan muncul pula gaya tudung yang baru. Perhiasan ini didedahkan kepada orang luar, kepada bukan muhrim dan kepada yang bukan sepatutnya.

Kebanyakan wanita lebih suka membelanjakan duitnya untuk membeli barang make up, barang kemas dan perhiasan yang memberi manfaat pada dirinya. Saya juga tidak terkecuali. Sebab itulah saya menulis post ini, untuk menjadi peringatan kepada diri sendiri.

Perkara tabarruj inilah yang semakin menggila dalam masyarakat kerana ia dipertontonkan oleh artis-artis di luar sana yang tiada akhlak sehingga mempengaruhi masyarakat kini. Mereka yang menghalalkan tabarruj menyebutnya sebagai Gaya Busana Islami sedangkan ia menghalalkan perhiasan yang tidak sepatutnya ditayangkan.

Alangkah indahnya andai semua perhiasan itu disimpan untuk dipersembahkan kepada suami kita. Kepada orang yang kita sayangi. Kepada mereka yang selayaknya melihat perhiasan kita.

Untuk lelaki2 di luar sana:

"Katakanlah kepada laki2 yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(An-nur:30)

Untuk wanita2 di luar sana:

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara pkemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali yang biasa terlihat.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau putra2 mereka, atau putra2 suami mereka, atau saudara2 laki2 mereka, atau putra2 saudara laki2 mereka, atau putra2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki2 (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan.
Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 beriman agar kamu beruntung."
(An-nur:31)

Nah! Panjang lebar peringatan yang Allah turunkan kepada hambaNya. Peringatan kepada wanita lebih panjang tanda Allah mengingatkan kepada muslimah supaya menjaga maruahnya sebaik-baiknya. Tetapi masih ramai yang hanyut dalam kegelapan dunia.

Ketahuilah, tanpa kita sedari kita bisa menakluk dunia walau dalam lalai dan leka. Berkatalah dalam diri, kita bukan dilahirkan sebagai manusia yang akan dilekakan dunia. Bukan juga sebagai manusia yang tidak beerti apa-apa, sebaliknya sebagai khalifah mulia.
Salutilah diri kita dengan iman dan taqwa kerana ia sebenarnya sangat manis pada pandangan dan jua perhiasan.

Duhai wanita yang terpuji, berfikirlah untuk menjadi insan berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiran kita.

Wallahua'lam


*Reflection*