Friday, July 09, 2010

Tahniah sahabatku.. Semoga Allah menetapkan Hatimu...


Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam...

"Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syukur ke hadrat Illahi.. Seorang lagi sahabatku berhijrah dalam usaha untuk menjadi seorang Muslimah sejati.. Hanya Tuhan yang tahu perasaanku melihatnya ayu memakai tudung labuh berwarna biru..

Tahniah sahabatku... aku tumpang gembira dengan perubahanmu.. Semoga Allah menetapkan dan menguatkan hatimu untuk menempuhi semua ujian yang mendatang. Semoga kau terus istiqamah di jalan ini..

Menjadi seorang pelajar Art and Design yang mempunyai jiwa seni, aku percaya bukan mudah untuk orang sekeliling memahami jiwamu. Sesungguhnya Allah memahami gelora perasaanmu walaupun sukar untuk orang di sekililingmu memahami masalah hatimu..

Aku yakin di saat kau menangis menemuiku untuk meluahkan perasaanmu, Allah memerhatikan kita. Allah mendengar rintihan hatimu. Tahukah sahabatku, Allah menyayangi dirimu..

Selepas sahaja kau menyatakan niat untuk berubah pada 1 Ramadhan, aku mencari tudung labuh untuk dihadiahkan padamu. Aku tak sabar menantikan perubahanmu..

"Pakailah tudung ni bila awak rasa awak dah bersedia.." (^_^)

"Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan, dan pembohongan adalah keraguan"
(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

Perubahanmu sebelum 1 Ramadan menambahkan kegembiraanku. Syukur alhamdulillah. Tak perlulah nak peduli dengan apa yang orang nak cakap. Yang penting diri sendiri. Kan Rasulullah pernah bersabda, "Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar.."

Tahniah Najua.. Ingatlah, Allah sentiasa di sisimu.. Semoga Allah merahmatimu.. Amin...

Tahniah juga kepada ukhti Aqilah kerana sudah menjadi tunangan orang... Sedih je tak dapat datang.. Tapi cukuplah kami melihat kegembiraan ukht dengan terbitnya senyuman lebar hingga ke telinga...

Lepas ni buanglah perasaan malu tu ye.. Dengan cincin emas di jari tu, insyaAllah takde orang yang berani menganggu... hihihi..

Wallahua'lam

10 comments:

  1. Salam Ziarah.. Untuk najwa,Tahniahh untuk permulaan yg baru, semoga Istiqamah..
    p/s..(najla cikgu sya yea,jgn amik kesempatan masa sya tak de skrg,siap kalu dpt thu)... (^_^)..
    4 najla plak,kite bru jumpa kak qilah,kak abi n kak fatim...(jgn jeles),huhu... kak qilah pun makin berseri2 wajah nye setelah diikat...
    bln 7 nie kami nak Konvoi balik perak,Nantikan K.A.M.I yea....

    ReplyDelete
  2. jiha... teringat plak time awk mule2 pkai tdg labuh.. sejuk mata memandang.. (^_^)
    kt sentiasa tgu korg datang.. hr 2 k.qila jenguk kami after bertunang..
    gembira sgt tgk dia... =)))

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada ukhti 'aqilah...
    moga bahagia hgga ke akhirnya...insyaAllah..amiin...
    moga roh dakwah terus mengalir dihati kite...insyaAllah...
    rindunya nk jmp ukhti 'aqilah...
    semoga Allah merahmatiMU>.amin

    ReplyDelete
  4. nanti kami jemput aluni time kem bina mahasiswa k.. insyaAllah.. bolehla lpskan rindu kt depa nnt.. jgn lupe join =)

    ReplyDelete
  5. najuaa? tudung labuh! wow! sgt nak jumpa dy =) nak turun..

    ReplyDelete
  6. janji manis je la akk ni.. rugi akk x dtg tau.. =p xdpt nk jmpe.. alang dpt jmpe.. =)

    ReplyDelete
  7. ya Allah...
    rugi x dpt join kalian...
    mesti bestkan...??
    selain dpt ilmu baru,dpt jmpa naqibah2...
    asif...insyaAllah,moga diberi kesempatan lg utk join kem ni...insyaAllah...

    ReplyDelete
  8. walau ke mana kt pergi sekalipun, pasti ada pelajaran baru yang kt dapat blaja..
    insyaAllah, boleh join sem depan..

    ReplyDelete
  9. ukhti aqilah bertunang dgn siapa?
    sebaya ke bakal zauj nya?

    ReplyDelete
  10. kena tanya pada tuan punya badan la ye..
    xberani plak nak citer byk psl bakal zauj nya..
    tkot tersalah info..
    wallahua'lam

    ReplyDelete