Monday, October 11, 2010

NaQiBaH


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Sudah lama rasanya meninggalkan dunia blog walaupun sebenarnya baru 3 minggu tak post apa2. Kesibukan menguruskan masa dengan 4 hingga 5 test dalam masa seminggu membataskan diri untuk menulis. Dan permintaan dari sahabat untuk post tajuk mereka pun tidak dapat ditunaikan.

Alhamdulillah kesempatan masa beberapa minit yang ada ini akan cuba dimanfaatkan untuk menunaikan permintaan sahabat2 yang ingin mengetahui method pembawakan usrah yang baik kepada anak usrah.

Perlu diigatkan disini bahawa aku bukanlah seorang naqibah terbaik untuk memberi pandangan peribadi seperti ini, bukan juga sudah melalui satu tempoh yang lama dalam membawa usrah, malah ramai lagi sahabat2ku yang sangat mantap dalam pembawakan usrahnya. Sekadar perkongsian pengalaman pahit manis dan tips kepada naqibah atau bakal naqibah.

Aku rasa semua naqibah atau bakal naqibah perlu memiliki buku karya Fathi Yakan yang bertajuk Isti'ab-meningkatkan kapasitas rekrutmen dakwah. Melalui pembacaan yang aku lalui, buku itu cukup lengkap untuk memberi kesan kepada para pendakwah di luar sana yang memikul tugas menyebarkan Islam.

Menjadi seorang naqibah bukan mudah. Jika kita sudah cukup ditarbiah sejak zaman persekolahan, aku percaya, sangat beruntunglah tuan punya badan. Sudah mempunyai kefahaman yang baik mengenai kepentingan berdakwah. Tetapi ingat, bukan semua pendakwah bermula daripada mereka yang bersekolah agama atau mempunyai basic agama yang lengkap.

Mengikut pandangan aku sebagai seorang hamba yang lemah, aku sangat respect mereka yang memegang profession selain bidang agama tetapi dalam masa yang sama berusaha untuk memikul tugas sebagai seorang da’ie berbanding mereka yang mempelajari bidang agama sendiri.

Bukan mudah untuk seorang doctor, seorang engineer dan seorang akauntan memikul 2 tanggungjawab dalam 1 masa. Sedangkan mereka yang mempelajari bidang agama yang tahu kewajipan menyebarkan Islam pun tidak semua menjalankan tugas tersebut, apatah lagi mereka yang tidak mengambil bidang agama sebagai major subject mereka.

Untuk adik2ku dan bekas anak usrahku yang baru melalui pengalaman menjadi naqibah, salam tahniah dan takziah. Menjadi naqibah bukan satu tugas yang mudah tapi kt perlu memudahkan ia. Jangan fikir ianya satu bebanan tetapi fikirkan ianya satu tanggungjawab.

Pengalaman seperti tiada seorang pun anak usrah yang hadir ke usrah sudah aku lalui. Mempunyai anak usrah yang free hair pun sudah aku lalui. Mempunyai anak usrah yang ada basic agama tetapi masih tidak menutup aurat pun sudah dirasai.

Tapi ingatlah, itulah kepentingan kita berada di samping mereka2 ini. Mereka perlukan bimbingan, perlukan didikan, perlukan kasih sayang, perlukan belaian dari kita, para pendakwah. Bukan dengan kemarahan, bukan dengan sindiran dan bukan dengan pukulan.

Perlukah formality dalam usrah??? Tidak semestinya.. Kita kembali kepada makna usrah. Usrah bermaksud keluarga. Jadi, wujudkah formality dengan keluarga kt sendiri?? Pasti tidak.. anak usrah kt adalah sebahagian dari keluarga kita, adik2 kt, kesayangan kt.. tapi ingat, ilmu tetap perlu disampaikan.

Pernahkah wujud rasa bebanan dalam diriku sepanjang menjadi naqibah?? Sebagai seorang manusia biasa, tipulah jika aku tidak pernah merasai perasaan seperti itu. Aku sendiri pernah tidak membuat halaqah selama 2 minggu kerana bertangungjawab untuk memegang 2 usrah di bawah persatuan Islam dan 1 halaqah di bawah Jabatan agama. Aku sudah menolak pelawaan untuk memegang halaqah kerana aku yakin aku tidak mampu memegang 3 kumpulan dalam 1 masa. Tapi atas desakan sahabat, terpaksa aku memegang halaqah tersebut. Dan perhatian yang diberikan untuk halaqah yg diletakkan dibawah Jabatan agama Uitm sudah pasti kurang.

Mengapa aku tidak melakukan halaqah?? Mudah sahaja.. semua anak usrahku free hair dan mereka tiada minat untuk menjalankan halaqah. Pemergian mereka hanya kerana atas arahan. Dan atas ketidakselesaan situasi itu, aku menjadi tawar hati. Itulah kesilapan aku. Jangan sesiapa contohi sikap aku yang satu ini.

Sudah banyak alasan yang diberikan untuk mengelat sehinggalah aku dipaksa untuk melaksanakan halaqah. And I said to my friend, this will be the last one! Tapi seperti biasa, aku pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada aku. Aku gagahkan diri. Dan memang benar, aku seperti nak menangis melihat ahli-ahli halaqah yang hadir petang itu. Terasa sudah menzalimi mereka kerana sudah 2 minggu aku mendiamkan diri. Terasa sayu melihat wajah-wajah mereka. Hati yang berat bertukar ringan.

Dan paling aku tersentuh sekali, entah ayat apa yang keluar daripada mulutku sepanjang halaqah berjalan sehingga salah seorang ahli halaqah aku mengalirkan air mata. Hanya Allah yang tahu kenapa adik itu menangis dan aku kurang pasti ayat apa yang keluar dari mulutku sehingga membuatnya tersentuh.

There are no specific tips to be a good naqibah. It comes from your heart. Niat itu penting. Teknik mengikut kreativiti. Lagi sempoi lagi bagus. Kita tidak boleh meletakkan pengharapan yang tinggi kepada anak usrah tetapi berusahalah untuk menjadikan mereka insan seteguh Siti Khadijah, sekuat Aisyah, sehebat Sumayyah, setanding Rabiatul Adawiyah.

Anak2 usrah kita inilah penerus dakwah di luar sana. Sebagai seorang naqibah, cubalah sedaya upaya untuk melakukan usrah. Kalau tidak mampu pun, at least mesej anak usrah kita sbg tanda kt mengingati mereka. Semoga mereka mampu faham kesibukan yg kt sendiri lalui seperti mereka.

wallahua'lam

p/s: Tribute to ukht atikah shukeri yg sudah bersusah payah membesarkan anak-anaknya.. =) Kalau ada soalan, boleh post kat komen.. jzkk

3 comments:

  1. "There are no specific tips to be a good naqibah. It comes from your heart. Niat itu penting. Teknik mengikut kreativiti. Lagi sempoi lagi bagus. Kita tidak boleh meletakkan pengharapan yang tinggi kepada anak usrah tetapi berusahalah untuk menjadikan mereka insan seteguh Siti Khadijah, sekuat Aisyah, sehebat Sumayyah, setanding Rabiatul Adawiyah."
    10Q k.najla..(=
    bku fathi yakan 2 k.najla ade ke??nxt sem pnjam bleh(:..~~

    ReplyDelete
  2. buku 2... ade sayang... t tuntut kt akk naik sem depan ok =)

    ReplyDelete