Saturday, December 19, 2009

Jihad sebenar

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah siang tadi saya sempat ke pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya(PICC) utk mendengar syarahan ulama' masyur, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Seronok sangat. Peluang keemasan utk saya mendengar syarahan drpd seseorang yang hebat.


Sedikit perkongsian drpd syarahan Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang membincangkan mengenai buku baru yg diterbitkan bertajuk 'Fiqh Al-jihad'. Tapi kalau nak disimpulkan, beliau confirm la menyentuh soal JIHAD.

Beliau menyentuh mengenai puak-puak(golongan) yang timbul apabila kita menyebut tentang persoalan jihad iaitu;
# golongan yang mematikan semangat berjihad
# puak pengganas atau pelampau
# golongan yang bersifat kesederhanaan

Pihak orientalis mengatakan bahawa Islam ini menggunakan kekerasan seperti berperang untuk menakluk dan menguasai sesebuah negara sedangkan Islam tidak pernah memulakan peperangan sebaliknya org kafir yg menindas umat Islam dan berniat utk mewujudkan peperangan. 


Semasa zaman Rasulullah sendiri, tiada satu pun peperangan yg dimulakan oleh umat Islam. Dan realitinya sekarang, org yg tidak faham Islam mengatakan kt terrorist padahal penyiksaan mereka terhadap umat Islam lebih teruk dan tidak diterima dek akal.


Banyak lagi huaraian Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam syarahan beliau tetapi tak dapat saya kongsi banyak2 sbb memang banyak sgt. dan jangan lupa beli buku yg beliau tulis. Memang banyak ilmu yg bakal korg dapat. InsyaAllah..


Wallahua'lam



*Reflection*

Tuesday, December 15, 2009

Culture East vs West

-->Blue --> Westerner
Red --> Asian

Opinion
B: Talk to the point
R: Talk around the circle, especially if different opinions


Way of Life
B: individualism, think of himself or herself.
R:
enjoy gathering with family and friends, solving their problems, and know each other's business (keh poh).

Punctuality
B: on time.

R: in time.

Contacts
B: Contact to related person only
R:
Contact everyone everywhere, business very successful.
Anger
B:
Show that I am angry.
R:
I am angry, but still smiling... (beware!)
Queue when Waiting
B:
Queuing in an orderly manner
R:
Queuing?! What's that?
Sundays on the Road
B:
Enjoy weekend relaxing peacefully.
R:
Enjoy weekend in crowded places, like going to the mall.
.
In the restaurant
B:
Talk softly and gently in the restaurant.
R:
Talk and laugh loudly like they own the restaurant .
Travelling
B:
Love sightseeing and enjoy the scenery.
R:
Taking picture is the most important, scenery is just for the background.

Handling of Problem
B:
Take any steps to solve the problems.

R:
Try to avoid conflicts, and if can, don't leave any trail.
Three meals a day
B:
Good meal for once a day is sufficed.
R:
At least 3 good meals a day.

Transportation
B:
Before drove cars, now cycling for environmental protection.
R:
Before no money and rode a bike, now got money and drive a car .


Elderly in day to day life

B:
When old, there is snoopy for companionship.
R:
When old, guarantee will not be lonely, as long as willing to baby-sit the grandkids.


Moods and Weather

B:
The logic is, rain is pain.
R:
The more the rain, more prosperity .

The Boss
B:
The boss is part of the team.
R:
The boss is a Fierce god.
What's Trendy
B:
Healthy Asian cuisine
R:
Expensive Western cuisine.


The Child
B:
The kid is going to be independent and make his/her own living.
R:
Work, live and all for the kids, the centre of life
.


*Reflection*

Tuesday, December 08, 2009

Hargai ummi dan ayah ^^

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani,

Seusai saya membaca buku Aku Terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal Abd Jamil, pengasas saifulislam.com, saya terkenang pengorbanan ayah dan ummi. Jika dilihat daripada tajuk buku, sekilas pandang sesuai untuk orang yang tidak sabar-sabar untuk berkahwin. 

Tetapi saya tertanya-tanya, bagaimana buku itu menjadi best seller. Adakah kerana tajuknya, ataupun isinya. MasyaAllah, hebat Ustaz Hasrizal bermain dengan kata-kata dan menterjemahkan ilmunya salam menghasilkan sebuah buku best seller ini. Alhamdulillah saya selesai membaca buku itu dalam masa 3 hari walaupun hampir 4 bulan lalu sudah saya membelinya.



Terungkai jelas di dalam buku ini mengenai tanggungjawab dan pengorbanan ibu bapa dalam melahirkan anak-anak yang bakal membentuk generasi masa hadapan. Maka, perkahwinan itu perlu didasari dengan niat dan perancangan yang cukup teliti.

Saya bersyukur kerana dapat merasai kesusahan suatu ketika dulu. Ia cukup mengajar erti kehidupan. Saya tahu, untuk mendapat sesuatu bukan suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan usaha dan pengorbanan yang cukup besar. Cukuplah rotan dan hanger yang patah mengajar saya untuk menjadi manusia yang berguna kepada manusia lain.

Bila dah besar ni, dah takde rotan-rotan atau marah-marah tetapi ayah dan ummi hanya guna kata nasihat untuk 'psycho' kami adik-beradik. Mungkin mereka dah penat nak marah-marah, lagipun kami semua dah besar. Pandai-pandai la fikir sendiri.

Sahabat-sahabat, hargailah ibu bapa kita. Nak kahwin pun biarlah dengan restu ibu bapa. Nak cari pasangan pun biarlah kita melihat sikap ibu bapa pasangan kita. Tidak mungkin dapat kita membalas pengorbanan ibubapa kita.

Semoga Allah merahmati ayah dan ummi. Sekarang saya dalam proses membaca buku kesinambungan Aku Terima Nikahnya iaitu Bercinta Hingga ke Syurga, insyaAllah bakal ada buku yang ketiga. Moga banyak lagi input yang akan saya dapat dari buku itu. Kepada mereka yg masih belum atau merancang nk baca buku tu, tunggu apa lagi... Beli je..=)


*Reflection*

Friday, July 03, 2009

Renovate Hati


Hati ini kotor dengan dosa-dosa

Sentiasa bercambah hari demi hari

seperti cendawan tumbuh di kala manusia tidak menyedari

Aku mahu hanya Allah sentiasa berada di hati

Aku hanya menyerah kepadaMu

Sukar untuk aku menghadapMu di akhirat kelak nanti

Terlalu mudah aku tertipu.. tertipu dgn godaan makhluk ciptaanMu

Terlalu mudah hanyut.. hanyut dibawa arus duniawi..

Bila nak berubah..??

Sukarnya untuk berubah

Andai Allah dan Rasulullah tidak didahului

Ya Allah, terasa hina diri ini

Hina kerna tidak mampu menjadi hamba yang sentiasa menyerah diri..

Andai ku jauh dariMu.. pimpinlah aku kembali pada jalanMu..

ya Allah.. aku dambakan keampunanMu..

*Reflection*

Thursday, June 18, 2009

mehnah & tribulasi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Hanya iringan doa yang menjadi penguat sepanjang saya memulakan perjalanan ke alam baru, kehidupan seorang mahasiswa. Sungguh, sangat teratur dan penuh hikmah Allah menjaga setiap derap langkah saya di sana. Yakin pada janji Allah, itu pasti!

“Azi, jom makan..laparla...kita pergi downtown..jomla, kak sayang pun nak pegi..kt pegi sama2 pastu blh jadi pencegah maksiat sekali..hehehe..”

“Ala najla, kt takutla.dh malam ni..nnt org ckp apa pulak..kt makan maggi je la..”

“Azi ni..sibuk nk fikir org nak ckp ape..takkan semata-mata kita pakai tdg labuh,kt kne kebulur dalam blk.. kt tak buat salah pun..nak beli makanan...taknak makan maggi..pantang la makan maggi..nnt tak pandai.. opps.. yeke..? ^^” 

Dengan sabar saya memujuk sahabat saya seorang ini untuk membeli makanan. Lagipun kak sayang(mmg sahabatku ini bernama ‘sayang’) menawarkan diri untuk mengajar kami menegur orang yang berdua-duaan. Dalam hati, teringin juga ingin melihat method yang sesuai untuk menegur couple-couple ini.

Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia berusaha mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak mampu, maka hendaklah ia berusaha mengubahnya dengan lidahnya. Jika ia tidak mampu, maka hendaklah ia berusaha mengubahnya dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman
Hadith riwayat Muslim

Pandangan ditundukkan di setiap langkah. Berzikir di dalam hati. kak sayang menyuruh kami untuk menjadi lebih berani, lagi-lagi kalau nak mencegah maksiat ni. jantung kami berdegup kencang semasa menemani kak sayang menegur mereka yang sedang berdua-duaan di dalam gelap.

“Assalamualaikum, minta maaf..kamu ni adik beradik ke?? kalau bukan, minta kamu beredar dari sini.. lagipun ni kat tpt gelap ni..dekat dgn asrama perempuan pulak tue..tak elok berdua-dua macam ni..boleh beredar tak??”

Itulah diantara kata-kata yang diucapkan kak sayang kepada salah satu pasangan yang kami jumpa sepanjang perjalanan ke downtown. Kak sayang menyuruh saya menegur satu pasangan. Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan..

“Hipokrit je diorang ni..pakai je tudung labuh..keluar malam jugak..”

Cukup pedas kata-kata orang yang sudah ditegur ini. Saya perasan sesuatu yang lain pada Azizah. Air mata jernih mula jatuh dr kelopak matanya.

“Kenapa ni azi??”

“Lelaki tadi..awk tak dengar ke..??”

“Hmm..kita tak dengar pape pun..kenapa, apa yang dia cakap..??

“Dia kata..dia kata kita sume hipokrit..keluar malam..”

Saya hanya mampu beristighfar. Kami menangis di bilik. Alhamdulillah saya tak dengar.. Jika tidak, mesti tak jadi makan dikala perut tengah lapar. err... mesti saya sedih ^^ 

Saya cukup mengenali sahabat saya yang seorang itu. Terlalu sensitif. Mudah menangis. Kontra dengan saya yang lebih berhati kering dan tidak pernah kisah dengan kata-kata orang sekeliling.

Silap kami keluar malam. Kami tidak lagi menjejakkan kaki ke downtown dan uptown selepas peristiwa itu walaupun tidak bertahan lama. hampir sebulan selepas itu kami terpaksa ke sana untuk membeli makanan bagi mengisi perut seperti tong ini. Cuma kami lebih berhati-hati..


Sekarang ini, semuanya kembali kepada zaman jahiliah..hanya pembangunan yang membezakannya. Jahiliah tersembunyi. Jahiliah zaman moden. Allahua'lam.

Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala kita diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.

*Reflection*

Wednesday, June 17, 2009

LucU BetuL Ya!

Ambillah sebagai pengajaran. Terkadang kita lupa diri kita sebenarnya. Apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain.



*Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke Tabung Derma Jamaah, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.


*Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir dan berfikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi atau hiburan tv.


*Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di dalam majlis usrah , tamrin atau liqa’ fikri, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu waktu menonton TV di rumah.


*Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan waktu Munajat atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.


*Lucu ya, sebagai seorang pejuang , susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan, surat khabar nyamuk dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

*Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmu , mesyuarat dan program jamaah supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton , annual dinner atau high tea jadual, kita boleh ubah sekelip mata.


*Lucu ya, susahnya kita mengajak dan menyebarkan dakwah, tapi mudahnya kita menyertai dan menyebar gosip atau khabar angin.

*Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet atau surat khabar, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.


*Lucu ya, semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berjuang ataupun melakukan apa-apa.

*Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai e-mail, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seperti artikel atau kertas kerja sering mesti berfikir dua kali.

" Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah".

*Reflection*

Monday, June 15, 2009

Ujian Kejayaan dan Kegagalan


Alhamdulillahirabbila'lamin.



1 Jun 2009, keputusan peperiksaan diumumkan.

Mabrook kepada sahabat-sahabat yang mendapat anugerah dekan.. Alhamdulillah.. ^^

One Step Closer, Najla!

Saya cukup tertarik dengan mesej yang diterima daripada ukht Rabiatul Adawiyah seusai menerima keputusan peperiksaan ini.

salam shbt2, ana hrp shbt2 tabah menerima apapun keputusan yang shbt2 dapat yang penting kita dh berusaha..ingatlah bilamana burung pipit datang utk membantu nabi Ibrahim..Allah tak bertanya apakah kejayaan yang kamu peroleh tetapi dia melihat apa yang engkau telah usahakan..

Maka saya menyingkap semula kisah nabi ibrahim sewaktu dicampakkan ke dalam api. Bilamana burung pipit yang kecil itu berusaha meniup bersungguh-sungguh untuk memadamkan api walaupun ia tahu badannya yang kecil itu tidak mampu untuk memadamkannya.

Hakikatnya ramai manusia yang mengharapkan sesuatu yang terbaik apabila pelbagai perkara sudah dikorbankan termasuklah masa, tenaga, harta. Manakan tidak sedih andai segala usaha itu menghasilkan suatu kegagalan.


Allah sayang kita! Allah pandang kita daripada zillion makhluknya!

Maka wujudlah konsep hikmah dan redha yang Baginda Rasulullah S.A.W ajar, bukan? Setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya. Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Syukur andai kita diuji dengan kegagalan, tanda Allah mengajar kita erti kehidupan. Selangkah kita dekat kepada Allah, seribu langkah Dia mendekati kita. Masih lagi merasakan Allah tidak sayangkan kita?

Seorang sahabat pernah meluahkan perasaannya kepada saya, kerana merasakan dia diuji dengan kejayaan instead of kegagalan.

Najla, enti patut bersyukur kalau Allah uji enti dgn kegagalan sbb ia membuatkan kt lebih dekat padaNya..tapi ana, Allah uji dgn kejayaan..ana takut najla..ana takut kalau ana leka..lalai...bantu ana..

Mari hidupkan hati kita. Sentiasa muhasabah diri dan pelihara iman kita. Jangan hanya disebabkan kejayaan yang kita peroleh sementara ini menjadikan kita lupa pada illahi. Allahua'lam.

"..Dalam sempit yang terhimpit, dalam mencapai yang digapai, kumelilit tak membelit, ku melangkah tak memangkah, dan dalam diam yang membingit, ku terus yakini Allah jualah pemberi rezeki..."


*Reflection*

Monday, June 08, 2009

Tahap Kesediaan ^^


Allah itu maha indah. Dan segala yang diciptakanNya indah belaka. Tiada cacat cela padaNya. Ya Allah, jadikan pada diriku ini indah akhlaknya :')

Pendakwah yag baik seharusnya bersedia dari sudut ilmu pengetahuan agama, rohani, fizikal dan mental. Persediaan itu perlu untuk memastikan setiap ilmu yang dikongsikan memberi kesan yang lebih mendalam kepada mad'u dan menarik hati mereka untuk lebih dekat dengan Islam.


Seiring dengan itu, pendakwah perlu memahami pembawakan setiap mad'u yang mempunyai pelbagai perwatakan yang perlu diselami dan difahami. Perkara itu juga melahirkan pendakwah yang lebih matang kerana pengalaman mengajar erti kehidupan.


Dan ini tidak bermaksud bahawa orang yang lebih tua mempunyai pengalaman yang lebih banyak. Peningkatan umur dan ilmu itu harus seiring. Bagaimana kita menggunakan sisa-sisa hidup untuk lebih mendalami ilmu.



'Abang long jangan pandai-pandai ye. Ayah makan garam dulu dari abang.'


'Emmm.... betul jugak tu. Abang long makan burger dulu.' -_-



Bukan begini ya sahabat-sahabat...





Pernah satu ketika dulu, disebabkan ketidaksediaan saya dari semua aspek(sepenuhnya), saya sendiri tergagap untuk menjawab soalan seorang sahabat non-muslim mengenai agama Islam semasa menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Mungkin dek kerana pemakaian tudung labuh dan perwatakan seperti 'ustazah' menyebabkan mereka tertarik untuk bertanya soalan mengenai Islam. The amazing thing was mereka sangat selesa untuk bertukar pendapat dan sanggup tidur sekatil untuk bersoal jawab tentang agama.



“Awak, kenapa orang Islam sembah dinding ye..??”


“Kenapa Nabi Muhammad tu bukan tuhan orang islam padahal dia yang sebarkan islam??”



“Betul ke Al-Quran tu tuhan awak yang turunkan..Bukti??”


Seriously panic!

Pelbagai lagi soalan yang diajukan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat saya leraikan kekeliruan berbekalkan ilmu yang dipelajari selama ini di sekolah agama. Tidak sempurna, sekurang-kurangnya dapat saya membetulkan perspektifnya terhadap agama yang suci ini.


Dan tugas kita sebagai dai’e, persediaan secukupnya dari semua aspek. Biar setiap apa yang dibicarakan ini penuh hikmah, selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Allahumma amin.



*Reflection*

Awak sudi jadi isteri kedua saya??


"Awk sudi jd isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bwh.

"Tak sngka awk sdh beristeri! Awk jht! Snggup mempermainkan hati saya. Awk ingat sy tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dgn suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri knn, mungkin ada sesiapa yg memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bkn tktkan pndngn manusia, tetapi lagak Fulanah lngsung tdk selari dgn penampilannya.

"Sy ingat kt lama berkawan, awak masih bujang.Tp rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Mksd saya…"

"Sdh! Jgn bermulut manis lg. Cukup!" potong Fulanah dgn kasar.

"Awk nmpk mcm alim, tp sanggup menipu sy. Dan awk sanggup melamar sy mnjadi isteri kedua awk. Awk ingat sy ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sdh tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yg dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dr situ smbil mengelap air mata dgn tdg labuhnya brwarna kuning. Dlm hatinya,Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya utk bermadu. Syazni muram. Namun msih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya blm bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pndgnnya trhadap Fulanah.

Hujung minggu berjln sprti biasa. Prgrm-prgrm dkwh menyibukkan jadual Syazni sbg seorang muslim yg beramal dgn apa yg diyakininya. Duitnya byk dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dkwh yg seringkali memerlukan pengorbanan yg tdk berbelah bahagi. Namun, hatinya tgs dan yakin bhw inilah jlnnya. Jalan yg membawa dia menemui Tuhannya dgn hati yg tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdkwh sedikit sebnyk memenangi hati gadis-gadis dlm persatuannya. Malah, Syazni dilihat sbg calon suami yg bkl memandu keluarganya nnt ke arah memperjuangkan agama yg dianutinya sejak sekian lama.

Sdh terlalu ramai muslimah yg menaruh hati pdnya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bg Fulanah, Syazni spt pelengkap kpd dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjd isteri kedua. Syazni masih lg aktif dlm dkwh meskipun hbgnnya dgn Fulanah nmpk spt tiada jln penyelesaian. Dia mahu berbaik dgn Fulanah, namun sikap Fulanah yg keras dan kurang memahami erti dkwh membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bg Fulanah, Syazni tk ubah spt lelaki lain.Grk krja dkwh Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi prgrm srta aml jariah kpd masyarakat. Mlmnya sibuk dgn mesyuarat dgn shbt-shbt seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dkwhnya, sama sekali dia tdk akn brganjak dr jln ini hatta dtg ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali drpd pemikiran pendkwh lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lg Maha Pemurah. Sekali lg Dia menghntr seorang perempuan bg menguji Syazni – sama ada dia mnjd pemangkin atau perencat bg dkwh Syazni.

Suatu petang dlm suatu prgrm dkwh di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dgn luahan ikhlas dr shbt lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lg gusar takut-takut Nusaibah tidak dpt mnjd sayap kiri perjuangannya slps berumahtangga nnt. Isteri pertamanya sdh psti membw Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yg kurang dikenalinya adkh sama spt Fulanah atau tdk? Syazni bercelaru, ttp tdk brmkna lmrn Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa utk memikirkan kptsn trsbt. Stlh merisik pemikiran Nusaibah drpd beberapa shbt trdktnya, Syazni berjumpa dgn Nusaibah bertemankan shbt baiknya.



Dgn tegas dan yakin, sekali lg Syazni mengulangi soalan yg prnh ditanya kpd Fulanah.

"Awk sudi jd isteri kedua sy?" tanya Syazni tnpa segan silu.

"Sudi," jwb Nusaibah ringkas.

"Er, btl ke ni?" tergagap Syazni menerima jwpn Nusaibah yg tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sdkt. Langsung tiada rasa tkt mahupun kecewa
apabila lmrn sbg isteri kedua yg dilafazkan olh Syazni.

"Knp sy?" tanya Syazni ingin tahu.

"Sy ingin membantu grk krja dkwh awk," jwb Nusaibah yakin ttp sdkt malu.

"Baiklah," jwb Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan syp kiri yg sgt membntu dlm grk krja dkwhnya selama ini. Stlh seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijg, mknnya disedia. Malah, Nusaibah sngt membntu grk krja Syazni semampu mgkn. Setiap kali turun ke lpngn untuk brdkwh, Syazni membw Nusaibah utk membntu krja dkwh seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdkwh, spt mesin yg tiada hyt. Namun, inilah yg dia yakini sblm berkhwin dgn Syazni. Membntu suami melncrkan gerak kerja dkwh. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yg menjd pembantut atau penghalang dkwh suaminya.

"Abg, sy nk tanya boleh?" sapa Nusaibah dlm kereta sewktu dlm perjlnn ke sebuah prgrm dkwh.

"Ye syg?" jwb Syazni sambil memandu.

"Abg tk prnh pn bw sy jmpa isteri pertama abg," luah Nusaibah yg sngt teringin berjmpa dgn madunya.

"Dh sampai sana nnt, kita akn jmpa," Syazni menoleh sdkt ke arh Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia dtg prgrm tu rupanya," jwb Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjmpa madunya yg byk membntu Syazni dlm grk krja dkwh. Di sdt kecil Nusaibah, dia merendh diri krn usahanya membntu dkwh suaminya hanya sdkt berbnding dgn isteri pertama Syazni yg byk membntu selama ini. Tdk hairanlah Syazni aktif dlm dkwh sblm ini.

"Kt dh smpai," Syazni membuka pintu keretanya smbl memegang beg berisi fail di tngnnya.

Syazni berdiri, mengdp ke arh sebuah khemah di hdpn masjid, lalu menoleh ke arh Nusaibah yg berdiri di sblh kiri kereta.

"Itu isteri pertama abg," Syazni menuding jari ke arh khemah trsbt

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arh jari Syazni.

"Tk nmpk pn," Nusaibah meninggikan sdkt hdpn kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abg?" Nusaibah sgt berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah pnh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

*Reflection*

Why Do We Read Quran Even if we Can't Understand a Single Arabic Word??


Dear ayah, thanks for this beautiful story. It reminds me on how you taught me reading the Muqadam, when i was just 4 years old ^^

Here is a beautiful story.
An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quraan. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water. "

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.


The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water.You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house.


The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?" The old man said,"Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."


May Allah bless us all.


*Reflection*