Bismillahirrahmanirrahim,
Salam eid Fitri everyone! Jom kita nilai amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang berlalu pergi. Sama-sama kita melakukan perbandingan amalan yang kita laksanakan semasa bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang akan datang.
Allahuakbar.. sungguh pantas masa berlalu.. benarlah firman Allah dalam surah Al-Asr..
"Demi masa.. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.. Kecuali orang2 beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.."
Apabila persahabatan diuji dengan perpisahan, diuji dengan pertelingkahan, diuji dengan perasaan cemburu, diuji dengan salah faham dan diuji dengan ketidak puashatian, ketahuilah sahabatku, itu semua ujian kekuatan ukhwah kita. Itu semua ujian keimanan kita. Itu semua menguji ke'siqah'an kita kepada sahabat.
Janganlah kita bertegang urat dan mengasingkan diri apabila dilanda ujian-ujian ini. Sedarlah sahabatku, sebenarnya inilah yang menguatkan ukhwah kita. Inilah yang akan membuatkan kita lebih kenal sahabat. Bukan sekadar taaruf semata-mata..
Hargailah program yang dihadiri. Melalui program, usrah, halaqah, dan daurah inilah yang akan merapatkan kita. Nikmat ukhwah dalam persahabatan pasti akan dikecapi. InsyaAllah. Allah lebih mengetahui.
Perpisahan sentiasa berlaku dalam persahabatan. Masing-masing punya cita-cita. Masing-masing mempunyai impian. Mungkin itulah ujian yang terberat dalam persahabatan. Seteruk manapun kita bertegang leher, kita takkan mungkin sanggup berpisah dengan insan yang bergelar 'sahabat'. Itulah bezanya istilah 'kawan' dan 'sahabat'. Anda semua mampu menilai sendiri.
Alhamdulillah semua sahabat saya sudah melebarkan sayap mereka ke negara orang. Mesir, Jordan, New Zealand, UK, dan entah ke mana lagi. Semoga Allah memelihara kalian di sana. Rindu untuk memeluk kalian. Rindu untuk bertukar-tukar cerita. Dengan izinNya, pasti Dia mempertemukan kita suatu hari nanti.
Perpisahan dengan akhowat sangat melemahkan jiwa saya. Kekuatan yang saya terima semasa keberadaan mereka sangat luar biasa. Tak sanggup melepaskan walau seorang pun dari mereka. Tetapi perancangan Allah lebih baik. Terselit hikmah disebalik pemergian mereka.
Adik-adik, sahabat-sahabat syurga, ketahuilah.. Ukhwah mampu dirasai.. mampu dibina.. ia memerlukan masa.. Buangkanlah segala perasaan cemburu, tidak puas hati, takut dan yang sewaktu dengannya. Pasti akan wujud perasaan cinta antara kita. Ya, cinta kerana Allah sayangku. Buang semua gap yang menapak dalam hati kt. Gap yg dicipta oleh kita sendiri!
Bukankah hati kita telah lama menyatu. Dalam tali kisah persahabatan illahi. Kita akan lebih menghargai sahabat kita. Kalian akan rasa bait-bait ukhwah muncul suatu saat nanti. Maafkan saya yang ego ini. Saya akan campak ke laut sifat mazmumah ini ^^
Perjalanan masih panjang. Dakwah baru bermula. Semoga Allah redha.
*Reflection*
"Don't walk behind me, I may not lead. Don't walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be my friend."
ReplyDeleteSalam...and Hai adk Najla....
u noe what....
People never know how special someone is until they leave, but maybe sometimes its important to leave, so they are given that chance to see how special that someone really is... :-D
so, ur post....People may not remember exactly what u did or what u said, but they will always remember how u made them feel.
Nice post. :-)
syukran =)
ReplyDeletewahh... i like this post so much.. insyaAllah najla, sme2 kte usaha yerr.. luv u!(",)
ReplyDeletebile bace post nie, teringat azi.. sdih kan najla, bile kte terpaksa bpisah ngn sahabat.. huhu.. moge ukhwah kte sume berkekalan hgga ke syurga..
ReplyDeleteemm.. post ni kt tujukan utk semua.. mmg air mata xbenti2 mengalir ble igt shbt2.. menitik air mata saat menulis post ni.. Allahuakbar!
ReplyDeleteDengan izin Allah, Dia akan beri kekuatan pada kt semua..
ukht najla....post yg sgt mbahagiakan .. (:
ReplyDeleteyg pasti sgt sebak d dada bila mbacanya..(:
sma2xlah kyta mbumikn psanan ukht d ats,,benam dlm2x ap yg bleh keruhkn ukhuwah kyta smua..(:
stuju dgn kata2x k.ina,mudah-mudahan ukhuwah kyta x mati smpai ke syurga..Allahuakbar
insyaAllah...moga dikuatkan ikatan ukhwah ini...
ReplyDeletemoga mendapat keredhaanNYA...
ukhwah fillah menyemai persahabatan...(^_^)
to sal n mawar berduri:
ReplyDeletesyukran ye adik2..
rindu kt sume =)