Thursday, June 18, 2009

mehnah & tribulasi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Hanya iringan doa yang menjadi penguat sepanjang saya memulakan perjalanan ke alam baru, kehidupan seorang mahasiswa. Sungguh, sangat teratur dan penuh hikmah Allah menjaga setiap derap langkah saya di sana. Yakin pada janji Allah, itu pasti!

“Azi, jom makan..laparla...kita pergi downtown..jomla, kak sayang pun nak pegi..kt pegi sama2 pastu blh jadi pencegah maksiat sekali..hehehe..”

“Ala najla, kt takutla.dh malam ni..nnt org ckp apa pulak..kt makan maggi je la..”

“Azi ni..sibuk nk fikir org nak ckp ape..takkan semata-mata kita pakai tdg labuh,kt kne kebulur dalam blk.. kt tak buat salah pun..nak beli makanan...taknak makan maggi..pantang la makan maggi..nnt tak pandai.. opps.. yeke..? ^^” 

Dengan sabar saya memujuk sahabat saya seorang ini untuk membeli makanan. Lagipun kak sayang(mmg sahabatku ini bernama ‘sayang’) menawarkan diri untuk mengajar kami menegur orang yang berdua-duaan. Dalam hati, teringin juga ingin melihat method yang sesuai untuk menegur couple-couple ini.

Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia berusaha mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak mampu, maka hendaklah ia berusaha mengubahnya dengan lidahnya. Jika ia tidak mampu, maka hendaklah ia berusaha mengubahnya dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman
Hadith riwayat Muslim

Pandangan ditundukkan di setiap langkah. Berzikir di dalam hati. kak sayang menyuruh kami untuk menjadi lebih berani, lagi-lagi kalau nak mencegah maksiat ni. jantung kami berdegup kencang semasa menemani kak sayang menegur mereka yang sedang berdua-duaan di dalam gelap.

“Assalamualaikum, minta maaf..kamu ni adik beradik ke?? kalau bukan, minta kamu beredar dari sini.. lagipun ni kat tpt gelap ni..dekat dgn asrama perempuan pulak tue..tak elok berdua-dua macam ni..boleh beredar tak??”

Itulah diantara kata-kata yang diucapkan kak sayang kepada salah satu pasangan yang kami jumpa sepanjang perjalanan ke downtown. Kak sayang menyuruh saya menegur satu pasangan. Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan..

“Hipokrit je diorang ni..pakai je tudung labuh..keluar malam jugak..”

Cukup pedas kata-kata orang yang sudah ditegur ini. Saya perasan sesuatu yang lain pada Azizah. Air mata jernih mula jatuh dr kelopak matanya.

“Kenapa ni azi??”

“Lelaki tadi..awk tak dengar ke..??”

“Hmm..kita tak dengar pape pun..kenapa, apa yang dia cakap..??

“Dia kata..dia kata kita sume hipokrit..keluar malam..”

Saya hanya mampu beristighfar. Kami menangis di bilik. Alhamdulillah saya tak dengar.. Jika tidak, mesti tak jadi makan dikala perut tengah lapar. err... mesti saya sedih ^^ 

Saya cukup mengenali sahabat saya yang seorang itu. Terlalu sensitif. Mudah menangis. Kontra dengan saya yang lebih berhati kering dan tidak pernah kisah dengan kata-kata orang sekeliling.

Silap kami keluar malam. Kami tidak lagi menjejakkan kaki ke downtown dan uptown selepas peristiwa itu walaupun tidak bertahan lama. hampir sebulan selepas itu kami terpaksa ke sana untuk membeli makanan bagi mengisi perut seperti tong ini. Cuma kami lebih berhati-hati..


Sekarang ini, semuanya kembali kepada zaman jahiliah..hanya pembangunan yang membezakannya. Jahiliah tersembunyi. Jahiliah zaman moden. Allahua'lam.

Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala kita diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.

*Reflection*

7 comments:

  1. biasalah dorg kurg pengetahuan~sempit jg pemikiran. bnde ni bg kte ad dlm mne2 golongan..

    4 u,thumbs up!
    jgn sedih ; doakan org len diberi hiidayah dan x smpit pikiran

    ReplyDelete
  2. salam.

    sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar..

    kuatkan hati ye..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah irma..
    Doakan sahabatmu ini ye..
    sayang kamu =)

    ReplyDelete
  4. semoga ALLAH akn sentiasa membantu usaha2 kalian dlm menjalnkan dakwah kalian...

    inna ALLAhama'ana...

    ana akan sentiasa menyokong kalian...

    insyaAllah

    ReplyDelete
  5. syukran kasir..
    doakan kami.. dan kami perlu juga mencari pelapis2 yg mampu menggerakkan dakwah di kampus.. =)

    ReplyDelete
  6. insyaAllah...
    moga slps ni akn ada ramai lg pelapis2 yang mampu menjejaki usaha2 dakwah kalian...
    terkdg diri ini mahu juga menjadi 'pencegah maksiat' 2 krn merasa malu dgn perbuatan dorang...
    tp hati ini masih lemah krn selemah2 iman adalah menceagh kemungkaran dgn hati...
    moga Allah bantu kuatkan hati ini...amiin...
    Allah lihat apa yang kita usaha,bkn hasilnya...
    wa'allahu'alam...

    ReplyDelete