Alhamdulillahirabbila'lamin.
1 Jun 2009, keputusan peperiksaan diumumkan.
Mabrook kepada sahabat-sahabat yang mendapat anugerah dekan.. Alhamdulillah.. ^^
One Step Closer, Najla!
Saya cukup tertarik dengan mesej yang diterima daripada ukht Rabiatul Adawiyah seusai menerima keputusan peperiksaan ini.
“ salam shbt2, ana hrp shbt2 tabah menerima apapun keputusan yang shbt2 dapat yang penting kita dh berusaha..ingatlah bilamana burung pipit datang utk membantu nabi Ibrahim..Allah tak bertanya apakah kejayaan yang kamu peroleh tetapi dia melihat apa yang engkau telah usahakan..”
Maka saya menyingkap semula kisah nabi ibrahim sewaktu dicampakkan ke dalam api. Bilamana burung pipit yang kecil itu berusaha meniup bersungguh-sungguh untuk memadamkan api walaupun ia tahu badannya yang kecil itu tidak mampu untuk memadamkannya.
Hakikatnya ramai manusia yang mengharapkan sesuatu yang terbaik apabila pelbagai perkara sudah dikorbankan termasuklah masa, tenaga, harta. Manakan tidak sedih andai segala usaha itu menghasilkan suatu kegagalan.
Allah sayang kita! Allah pandang kita daripada zillion makhluknya!
Maka wujudlah konsep hikmah dan redha yang Baginda Rasulullah S.A.W ajar, bukan? Setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya. Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia.
Syukur andai kita diuji dengan kegagalan, tanda Allah mengajar kita erti kehidupan. Selangkah kita dekat kepada Allah, seribu langkah Dia mendekati kita. Masih lagi merasakan Allah tidak sayangkan kita?
Seorang sahabat pernah meluahkan perasaannya kepada saya, kerana merasakan dia diuji dengan kejayaan instead of kegagalan.
“Najla, enti patut bersyukur kalau Allah uji enti dgn kegagalan sbb ia membuatkan kt lebih dekat padaNya..tapi ana, Allah uji dgn kejayaan..ana takut najla..ana takut kalau ana leka..lalai...bantu ana..”
Mari hidupkan hati kita. Sentiasa muhasabah diri dan pelihara iman kita. Jangan hanya disebabkan kejayaan yang kita peroleh sementara ini menjadikan kita lupa pada illahi. Allahua'lam.
"..Dalam sempit yang terhimpit, dalam mencapai yang digapai, kumelilit tak membelit, ku melangkah tak memangkah, dan dalam diam yang membingit, ku terus yakini Allah jualah pemberi rezeki..."
*Reflection*
*Reflection*
salam...
ReplyDeletejazakallah sudi kongsi tajuk nih...
sbb ana sendiri pun tgh sedih dgn result baru2 nih....betul ape yg najla kongsi....ana hrp dpt wt yg lbh baik pd sem akn dtg nih...ana redha dgn ape yg berlaku....pasti ada hikmah pd ape yg berlaku...sob3
butul 2 nisa..
ReplyDeletehidup ni kan macam roda..
kadang2 kt di atas, kadang2 di bawah..
yg pnting diri kt ni..
mohon kekuatan dr Allah ye sayang =)