Friday, July 03, 2009

Renovate Hati


Hati ini kotor dengan dosa-dosa

Sentiasa bercambah hari demi hari

seperti cendawan tumbuh di kala manusia tidak menyedari

Aku mahu hanya Allah sentiasa berada di hati

Aku hanya menyerah kepadaMu

Sukar untuk aku menghadapMu di akhirat kelak nanti

Terlalu mudah aku tertipu.. tertipu dgn godaan makhluk ciptaanMu

Terlalu mudah hanyut.. hanyut dibawa arus duniawi..

Bila nak berubah..??

Sukarnya untuk berubah

Andai Allah dan Rasulullah tidak didahului

Ya Allah, terasa hina diri ini

Hina kerna tidak mampu menjadi hamba yang sentiasa menyerah diri..

Andai ku jauh dariMu.. pimpinlah aku kembali pada jalanMu..

ya Allah.. aku dambakan keampunanMu..

*Reflection*

No comments:

Post a Comment