Monday, June 08, 2009

Kesibukan Bukan Alasan


Alhamdulillahirabbil 'alamin...

Masa terus berjalan. Sibuk atau tidak, itu terpulang kepada kita untuk mengisi masa kita dengan sebaiknya.


Jujur, saya dilanda kesibukan yang amat. Alhamdulillah masa saya terisi dengan program-program tarbiah di kampus.

“salam, you’re not failing my dear, result teruk bukan maksud you don’t have the second chance.mungkin kak ngah lupa nak susun priority, which thing comes first. semua benda nak buat smpai dah tak larat,betul tak?”

Inilah kata-kata semangat daripada kakak saya ketika keputusan peperiksaan saya jatuh merundum. Saat diri terasa gagal. Ya, hanya di pusat islam tempat untuk saya mencari ketenangan, untuk memuhasabah diri, dan untuk berseorangan.



“ayah,macam mana ni..result test angah teruk sangat..(sambil menangis)..kalau subjek lain takpe la..ni subjek economy..course umi n ayh..” 

“ala, takpe la kak ngah..banyak lagi periksa lain...takkan menangis kot..bukannya final..boleh cuba lagi..”

errr.... ok fine. Belum final. Tenangnya ayah aku ni..

Ayat ini sering bermain-main di benak fikiran saya:
Wahai orang-orang beriman, Jika kamu membantu agama Allah, nescaya Dia akan Menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu..” 
Surah Muhammad:7

Ujian setakat peperiksaan, macam bunyi cengkerik je sebenarnya. Dan kesilapan yang berlaku, bukan disebabkan kesibukan yang melanda, tetapi kerana gagal mengaplikasikan ilmu aulawiyat yang ada. 

Saya baca semula buku kisah perjuangan Zainab al-Ghazali.. Layakkah aku hendak dibandingkan dengan beliau tatkala diuji dengan ujian yang sedikit cuma. Ok, tiba-tiba rasa nak menyorok bawah tempurung dengan muka yang blushing. Saya menyingkap helaian buku perjuangan itu satu persatu, untuk kali yg ke-3 pembacaan tanpa ada rasa jemu.

"Ya tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami"

*Reflection*

2 comments: