Thursday, March 18, 2010

saudaraku...ujian itu untukmu..


Bismillahirrahmanirrahim...
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji... (29:2)

2 test dan 1 quiz dalam masa sehari! pening2... Pening sampai dah tak tahu nak belajar yang mana 1 dulu.. Pening sampai dah tak boleh tengok buku.. Pening sampai dah tak selera makan.. Pening sampai dah rasa nak termuntah!

"Najla, kamu bermasalah section C!" Releks je lecturer beritahu satu kelas. Tolong Superman, bawa saya terbang jauh-jauh.. T_T
(Tapi lecturer sangat strict bagi markah.. Eh, salahkan lecturer pulak.. TEET!! salah sendiri!)

Sampai usrah lepas Subuh pun fikir 2 kali nak pergi ke tak. Teruk punya perangai. Sanggup tak nak pergi usrah semata-mata nak merehatkan badan atas katil. Pejuang ISLAM mana boleh fikir nak rehat je. Gagahkan jugak diri turun ke usrah pagi2 saat orang masih lagi dibuai mimpi.. InsyaAllah, saya yakin mesti aku dapat pengisian untuk merawat jiwa yang sakit ni.

Maha Hebat Allah itu. Benarlah telahan saya. Pengisian yang diberi bagaikan peluru yang tertusuk di jantung sebelah kiri. Terkesan kala diri ini sedang dilanda tekanan perasaan. Terkesan kala hati ini memerlukan seseorang untuk menyentuhnya. Terkesan kala diri ini
perlu ditarbiah.


Saudaraku, ujian ini untukmu..


Begitu banyak ujian yang kita hadapi. Seperti yang kita biasa dengar, ujian tu kan tanda Allah sayangkan kita. Dalam ramai2 hambaNya, kita yang dipilih untuk menerima ujiannya. Syukur, bukan? Tapi, macam mana kita nak hadapinya?? Kita hanya insan biasa. Kadang-kala kita mudah lemah. Macam aku..Memang terkena sungguh bila terdengar tajuk tazkirah pagi tu. Rasa nak nangis pun ada sebab kecewa dengan diri sendiri. Merancang untuk tidak hadir ke usrah sedangkan usrah itu kan nadi. Kalau setakat diri sendiri yang bagi usrah pada orang lain tapi diri sendiri tak diberi 'makanan', macam mana?

Tips-tips untuk meringankan musibah yang berlaku (^_^)

1. mengikut petunjuk Allah dan ikhlaskan ibadat kepadaNya


2. mencari ilmu yang syarie, berdamping dengan majlis2 ilmu
    # usrah, ceramah, baca artikel islamik dan yang sewaktu dengannya


3. melakukan mujahadah untuk mingikis sifat2 negatif


4. berbuat baik pada semua makhluk kerana berbuat baik membuatkan hati jadi lapang

5. bertaubat daripada dosa2, mempersembahkan diri kepada Allah

6. mengamalkan zikir secara berterusan
    # sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang..

Alhamdulillah..Teringat sahabat saya yang diuji Allah selepas patah kaki baru-baru ini sehingga tidak dapat ke kelas selama 6 minggu. Berganda-ganda ujiannya. Mohon doanya ya.

Dan bagi mereka yang ditimpa ujian, follow la tips2 di atas.. InsyaAllah mampu meringankan sedikit perasaan sedih anda.



*Reflection*

2 comments:

  1. Assalammualaikum...ana lgi... yea, maaf la lame nak comment tp, ana asyk tangguh akhir nye lupe(kesimpulannye jgn bertangguh), hihii... terima kasih sngt2... ana ingat lagi kalu tak silap pas maghrib ana minta nti wat kan usrah.. maklumlah da lame hati tak terisi.. mana tak menagis, masa 2 memang betul2 kena pada batang hdung sendiri msa nti sampaikan pada ana... Alhamdulillah ana sekrg jdi kan tips2 yg nti bgi 2 sebagai teman ana ble ada masalah... syukran yea untuk segala yg nti wat masa ana skit... sngt2 terharu... ble teringat mesti sebak... hukhuk... luv u my dear so muchh... keep in tOuch yeah syg...

    ReplyDelete
  2. jiha.. cne baru leh perasan awk pnye komen.. hahaha.. ermm, time kt dpt bahan 2 pn,kt teringat kt awk.. so,kt bg la kt awk.. kt pn nangis mse kt dpt isi usrah 2.. huhuhu

    ReplyDelete