In the name of Allah, the most Kind and the most Merciful..
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Alhamdulillah, mendapat peluang untuk mendengar ceramah Ustaz Farid Ravi cukup bermakna buat saya. Suka2 ^_^
Sangat menghiburkan ceramah tu! Ustaz Farid pun sangat kelakar. Tapi yang penting is the input. And of course dapat pahala lah! Jom baca kisah-kisah ini! Moga memberi pengajaran.
Sangat menghiburkan ceramah tu! Ustaz Farid pun sangat kelakar. Tapi yang penting is the input. And of course dapat pahala lah! Jom baca kisah-kisah ini! Moga memberi pengajaran.
Cerita 1
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s.a.w sedang berjalan-jalan bersama sahabatnya Anas. Mereka bertemu dengan seorang badwi, lalu orang itu menarik baginda secara kasar dan keras, sedangkan baginda memakai kain tutup buatan Najran yang kasar tepi-tepinya.
#####################################################
Berkata Anas yang menceritakan berita ini,
"Saya nampak pada leher baginda Rasulullah s.a.w bekas yang ditinggalkan oleh tarikan orang Badwi itu oleh kerana sangat kuatnya tarikan itu."
Kemudian Badwi itu kepada baginda,
"Wahai Muhammad! Berikanlah aku harta Allah yang ada padamu!"
Rasulullah s.a.w menoleh kepada Badwi itu seraya tertawa. Kemudian baginda menyuruh agar Badwi itu diberikan kehendaknya."Wahai Muhammad! Berikanlah aku harta Allah yang ada padamu!"
Cerita 2
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah r.a dia berkata:
#####################################################
"Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?"
Jawab baginda,
"Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"
Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata:"Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"
"Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia."
konklusi cerita 1:
1- Penyantunnya Rasulullah s.a.w...
2- Kalaulah kita di tempat Baginda, apa agak2nya yang kita akan buat ye..?? Marah..? menyumpah..?? Teet... =p
3- Banyak-banyakkan beristighfar..
4- Rasulullah s.a.w mendidik umatnya untuk menjadi seseorang yang penyabar..
konklusi cerita 2:
1- Aisyah pernah berkata, "Tidak pernah keluarga Baginda kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak baginda datang ke Madinah sehingga baginda meninggal dunia.."
2- Betapa sederhananya kehidupan baginda
3- Bersyukurlah dengan rezeki yang dikurnia Allah.
4- Kawal nafsu makan ye sahabat2 sekalian..
5- Jom pakat pose! heee.. ^_^
6- Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang okeh!
*Reflection*
No comments:
Post a Comment