Seusai saya membaca buku Aku Terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal Abd Jamil, pengasas saifulislam.com, saya terkenang pengorbanan ayah dan ummi. Jika dilihat daripada tajuk buku, sekilas pandang sesuai untuk orang yang tidak sabar-sabar untuk berkahwin.
Tetapi saya tertanya-tanya, bagaimana buku itu menjadi best seller. Adakah kerana tajuknya, ataupun isinya. MasyaAllah, hebat Ustaz Hasrizal bermain dengan kata-kata dan menterjemahkan ilmunya salam menghasilkan sebuah buku best seller ini. Alhamdulillah saya selesai membaca buku itu dalam masa 3 hari walaupun hampir 4 bulan lalu sudah saya membelinya.
Terungkai jelas di dalam buku ini mengenai tanggungjawab dan pengorbanan ibu bapa dalam melahirkan anak-anak yang bakal membentuk generasi masa hadapan. Maka, perkahwinan itu perlu didasari dengan niat dan perancangan yang cukup teliti.
Saya bersyukur kerana dapat merasai kesusahan suatu ketika dulu. Ia cukup mengajar erti kehidupan. Saya tahu, untuk mendapat sesuatu bukan suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan usaha dan pengorbanan yang cukup besar. Cukuplah rotan dan hanger yang patah mengajar saya untuk menjadi manusia yang berguna kepada manusia lain.
Bila dah besar ni, dah takde rotan-rotan atau marah-marah tetapi ayah dan ummi hanya guna kata nasihat untuk 'psycho' kami adik-beradik. Mungkin mereka dah penat nak marah-marah, lagipun kami semua dah besar. Pandai-pandai la fikir sendiri.
Sahabat-sahabat, hargailah ibu bapa kita. Nak kahwin pun biarlah dengan restu ibu bapa. Nak cari pasangan pun biarlah kita melihat sikap ibu bapa pasangan kita. Tidak mungkin dapat kita membalas pengorbanan ibubapa kita.
Semoga Allah merahmati ayah dan ummi. Sekarang saya dalam proses membaca buku kesinambungan Aku Terima Nikahnya iaitu Bercinta Hingga ke Syurga, insyaAllah bakal ada buku yang ketiga. Moga banyak lagi input yang akan saya dapat dari buku itu. Kepada mereka yg masih belum atau merancang nk baca buku tu, tunggu apa lagi... Beli je..=)
*Reflection*
No comments:
Post a Comment