Wednesday, July 06, 2011

Memberi dan Menerima

Bismillahirrahmanirrahim,

Hidup tidak seindah mimpi, tidak juga sehebat fantasi. Ia penuh ranjau dan duri. Yang Allah beri untuk kita tempuhi. 1 jari kita tunjuk pada orang, 4 lagi jari tertuju pada diri sendiri. Penuh hikmah Allah menciptakan kejadianNya. Mulut adalah anggota yang paling hampir dengan telinga. Sepatah perkataan kita memperingati orang, 10 patah ia memperingati kita. Jadi, siapalah kita untuk berlagak hebat dan sombong di hadapanNya.

Kadang kala kita terlalu selesa dengan environment sendiri. Terasa syok sendiri pabila sudah berada di dalam zon selesa. Mendapat kawan yang baik, beragama dan mengajak kita ke arah kebaikan. Ditambah pula dengan kelebihan diri yang lengkap dengan ilmu agama. Banyak sungguh nikmat yang Allah berikan. Hingga kita terlupa masih ramai orang di luar sana yang terkapai-kapai, memerlukan pemahaman yang lebih jelas.

Terasa hairan membelenggu diri. Mengapa perlu memilih golongan mana yang perlu disampaikan ilmu agama. Mengapa perlu memilih orang tertentu sahaja untuk disampaikan ilmu itu. Adakah golongan professional sahaja yang layak mendapat ilmu? Adakah mereka yang bersekolah agama sahaja yang layak menerima ilmu? Adakah orang yang bijak pandai sahaja yang layak menerima ilmu? Sungguh cetek pemikiran jika itu yang kita fikirkan.

Mana nak dicampak mereka yang tak belajar tauhid, feqah, tafsir dan hadis? Mana nak dicampak mereka yang mahukan ilmu agama tetapi malu kerana terasa diri mereka jahil. Mana nak dicampak mereka yang memerlukan perhatian oleh mereka yang mengaku seorang daie?

Janganlah jadi daie yang malang yang merasa diri sudah hebat padahal masih cetek ilmu pengetahuan. Janganlah jadi daie yang malang, merasakan orang lain menerima dirinya padahal ramai yang benci. Janganlah jadi daie yang terasa sudah byk memberi padahal masih ramai yang tidak mengetahui.

Sungguh, Allah menciptakan manusia dengan pelbagai ragam, sifat dan pemikiran. Tidak layak untuk kita membenci ciptaan Tuhan. Yang seharusnya dilakukan adalah bagaimana kita menerima dan memberi.

Ketahuilah, tiada manusia yang sempurna selain junjungan besar Rasulullah S.A.W. Sehebat mana pun seseorang itu, sama ada dari sudut agamanya, pendidikannya atau pangkatnya, semuanya tidak sempurna. Kerana apa? Kerana manusia sentiasa melakukan 1001 kesalahan. dalam sedar atau tidak. Kita terpaksa berhadapan dengan mereka yang mempunyai pelbagai karenah. Yang pemalas, pelupa, pengotor dan sebagainya.

Ilmu yang kita miliki ini ibarat mencelup sebelah tangan di lautan nan luas yang Allah ciptakan ini. Seolah-olah di hujung jari sahaja. Terimalah seseorang itu seadanya, sama ada keluarga kita, mad'u kita, sahabat kita, atau pasangan hidup kita.

jangan dicampak air di tempayan kerana mendengar guruh di langit. Setitis air yang dapat diminum adalah lebih baik daripada lautan air di lautan impian dan angan. Kenangkan, betapa ramai manusia yang telah kehilangan hari ini. Mati boleh datang hari in dan esok tidak ada lagi 'hari ini' 

Allahua'lam

*Reflection*

1 comment:

  1. "Mulut adalah anggota yang paling hampir dengan telinga. Sepatah perkataan kita memperingati orang, 10 patah ia memperingati kita..."..teringat kata2 ni dlm usrah..terima kasih kakak naqibah:)

    ReplyDelete