Saturday, July 09, 2011

BeRsaTu (^_^)


Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi nikmat iman dan islam. Syukur kerana masih diberi nikmat oksigen tanpa cas untuk diri ini bernafas. Syukur kerana masih dipanjangkan umur untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan dalam diri. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk beribadat kepadaNya sebagai saham di akhirat nanti.

Lama sungguh aku tidak menekan papan kekunci ini, meng'update' segala apa yang patut. Terkejut aku kerana kali terakhir men'update' blog adalah pada bulan February. Baru aku tersedar. Telintas di fikiranku, sibuk sangat ke aku ni.. Mungkin ya, mungkin tidak. Sibuk dengan study ke..? atau gerak kerja..? atau mungkin banyak buang masa..? Nauzubillahuminzalik..

Saat ini, ketika ini, detik ini, hatiku terpanggil-panggil. Jiwaku ini terasa merindukan sesuatu. Sungguh, aku rindu untuk beribadat di Masjidilharam.. aku rindu untuk bersolat di Masjid Nabawi.. aku rindu melihat kaabah itu.. aku rindu pada Rasulullah.. aku rindu padaMu ya Allah..

Benarlah, Mekah dan Madinah sungguh indah. 24 jam orang bertawaf di sekitar kaabah tanpa henti. Ia seakan-akan magnet yang menarik manusia untuk bertawaf di sekelilingnya. Perasaan kagum hadir kepada orang yg pertama kali menziarahi tanah suci itu. Hati ini tidak dapat menahan sebak tatkala ingin berpisah dengannya.

Sepanjang perjalanan pulang ke airport madinah, di dalam flight, sehinggalah aku tiba di tanah air, terngiang-ngiang cerita yg diceritakan Ustaz yg menjadi tour guide kami. Aku tak tahu knape dalam byk2 cerita yg ustaz tu beri, cerita ini lah yg aku paling teringat sekali. Mungkin ada kena mengena dgn keadaan umat Islam zaman sekarang. Dan aku hanya sempat kongsikan cerita ini kpd seseorang yg istimewa.

Semasa aku menziarahi Madinah, bas kami melalui satu masjid yg dinamakan Masjid Ijabah (kalau tak silap) Kenapa masjid itu dinamakan Masjid Ijabah? Rupa-rupanya Rasul junjungan kita pernah berdoa di dalam masjid itu. Baginda memohon 3 permintaan dimana hanya 2 permintaan sahaja yg Allah kabulkan. 1 lagi permintaan tidak dikabulkan.

Permintaan 1 - Pada ketika Rasulullah berdoa, penduduk Madinah dilanda penyakit taun yang membawa banyak kematian. Jadi Baginda memohon daripada Allah s.w.t untuk menyelamatkan penduduk Madinah dan memulihkan semula keadaan. Doa Baginda ini dimakbulkan Allah.

Permintaan 2 - Baginda meminta agar Madinah tidak lagi dilanda banjir. Sejak hari itu sehingga sekarang, Madinah tidak pernah dilanda banjir.. Malah, tanah di kota Madinah menjadi sangat subur. Seriously, Madinah sangat cantik, seperti bandar di dalam taman =) Doa baginda ini dimakbulkan Allah.

Permintaan 3 - Baginda memohon agar umat Islam tidak berpecah-belah. Namun begitu, inilah permintaan yg tidak dimakbulkan Allah s.w.t. Tetapi bkn sengaja Allah tidak memakbulkan doa Baginda itu. Ada sebabnya.
Mengapa Allah tidak memakbulkan doa Baginda yg satu ini?? Allah berkata kpd Baginda bahawa Dia mahu menguji hamba-hambaNya. Dia ingin menguji bagaimana hambaNya menggunakan hukum yg ditetapkanNya. Adakah mengikut nafsu semata atau akal yg dikurniakan.

Maka tidak hairanlah umat Islam sekarang ini berpecah belah. Bukan disebabkan doa Baginda Rasulullah tidak dimakbulkan, tetapi manusia telah bertindak mengikut nafsu semata. Tidak menghayati hukum yg telah ditetapkan dalam Al-quran sendiri. Pengamalan agama yg entah bagaimana pemahamannya. Atau terlalu taksub terhadap sesuatu.

Umat Islam lemah kerana perpecahan. Umat Islam lemah kerana pergaduhan. Umat Islam lemah kerana tidak berjemaah. Perlukah kita menuding jari kpd org lain? Perlukah kita menyalahkan org lain??

Cuba celikkan mata kita. Nilai diri kita sendiri. Apa yg kt sudah lakukan sbg seorang Muslim. Apa yg sudah kt sumbangkan kpd Islam. Tak perlu membuka pekung di dada sendiri. Bersatu bukan atas nama bangsa. Apa ada pada bangsa..?? Islam itu universal. Kenapa perlu melebih-lebihkan bangsa dari agama sendiri.

Umat Islam perlu bersatu. Ingatlah, kita akan temui semula suatu yg hilang di tempat kita kehilangannya, sering kali kegagalan memberi kita peluang untuk bermula semula dengan lebih baik. Kita kembali kepada fitrah. ISLAM ITU HEBAT!

Wallahua'lam

6 comments:

  1. Alham'lah.....
    Hebat sungguh post adik akk.....
    Sangat tepat ape yg adk perkatakan, Umat Islam perlu bersatu,supaya hukum Allah dapat dilaksanakan dgn menyeluruh. Kalau kita x bersatu,kukuhkn perpaduan....mcm mane kita nak maju,mcm mane nk bagi agama lain pndang yg agama kita ini Indah.

    Tahniah adik!

    ReplyDelete
  2. terima kasih kakak ksygn, nazatul atiqah anwar =)
    terima kasih cz sudi menjadi org pertama yg dgr cerita ni... luv u (^_^)

    ReplyDelete
  3. pegi buat Umrah yer....alham'lah.
    Insya'allah, saya pun akan ke sane tidak lama lagi.
    Anyway,buka kan hati dan minda anda apabila berdakwah. :-)
    Nice job.

    ReplyDelete
  4. teringin jugak nk pergi ke sana.. harap2 berkesempatan, insyaallah ^_^

    ReplyDelete
  5. insyaAllah naz....
    photographer byk duit...
    semoga ngn rezki 2, anda dapt ke sana... =)

    ReplyDelete
  6. photographer bnyak dugaan..huhu
    insyaallah..nak sgt pegi ^_^
    amin...

    ReplyDelete