Saturday, September 18, 2010

Change perception!



In the name of Allah the Most Kind and the Most Merciful

Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.
(Al-isra':32)

Pihak kerajaan telah menjalankan program baby hatch dan pembinaan sekolah harapan bagi remaja hamil atau lebih mudah, remaja yang mengandungkan anak luar nikah berikutan pertambahan bilangan pembuangan anak saban hari.
Anda boleh lihat di sini dan sini

Disini saya hanya ingin melakukan sedikit perbincangan bersama untuk kita semua membuka minda dan fikiran masing-masing mengenai perkara ini. Tiada unsur untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi sekadar percambahan pendapat dan idea.

Jika kita lihat daripada konteks masyarakat sekarang yang dilanda peperangan tanpa senjata iaitu perang saraf, saya tidak hairan melihat perkara sosial seperti ini berlaku saban hari. Hiburan tanpa sekatan, konsert penuh dengan percampuran, pusat hiburan dibiarkan, tambah pula dengan undang-undang yang langsung tidak membawa kesan.

Mari kita kaji sama-sama persepsi masyarakat zaman sekarang. Perlu ditekankan disini bahawa aku berbicara dari sudut umum. Mari kita mulakan;

Persepsi wanita @ pelajar hamil - Terasa 'bersalah', tidak berani pulang ke rumah dengan perut memboyot, perlu lari dari rumah, ibu bapa pasti tidak mahu menerimanya semula, tiada tempat bergantung selepas ditinggalkan pasangan dan seterusnya berakhir dengan pembuangan anak di dalam tong sampah, lubang jamban, longkang dan lain-lain.

Persepsi pasangan kepada wanita hamil (lelakinya) - Menyusahkan pula perempuan ini, lari daripada tanggungjawab selepas melakukan zina, tidak mampu untuk menampung pasangan dan anak yang bakal lahir, mungkin juga tiada pekerjaan dan seterusnya meninggalkan pasangannya untuk menyelamatkan diri

Persepsi ibu bapa - Anak yang hamil dianggap 'anak liar', tidak mahu diterima masuk sebagai ahli keluarga, membawa nama buruk pada keluarga, memalukan dan seterusnya menghalau anak yang hamil dari rumah

Persepsi kawan kepada remaja yang hamil - Tidak berani menumpangkan kawannya yang membawa perut, takut dimarahi oleh ibu bapanya sendiri seterusya remaja yang hamil itu tidak dapat diselamatkan

Persepsi masyarakat - remaja hamil ini dianggap sampah masyarakat, sudah tiada berita lain di dalam televisyen, hari-hari berita buang anak!

Persepsi pihak kerajaan - Kerajaan harus berbuat sesuatu bagi menangani kes ini dan seterusnya lahirlah program baby hatch dan sekolah harapan untuk pelajar hamil.

Anda semua mampu menilai sendiri sama ada usaha yang dilaksanakan pihak kerajaan ini terus menggalakkan berlakunya penzinaan atau tidak dan sudah tentu setiap perkara yang dilaksanakan ada pro dan kontranya.

Inilah realitinya. Apabila undang-undang islam tidak tertegak, maksiat berleluasa, pastinya terjadi masalah sosial tanpa batasan. Jadi, apakah peranan kita? Adakah terus menuding jari kepada orang lain? Atau terus menyalahkan satu sama lain? Renung-renungkan..

Pastinya setiap dari kita ini memainkan peranan masing-masing. Dan untuk mewujudkan sebuah daulah islamiyah juga bukan mudah seandainya masalah ini tidak dibendung dari awal. Bermula dari individu muslim itu sendiri, sehingga membentuk baitul muslim, dan lahirnya masyarakat muslim sehingga wujudnya negara islam.

Peranan bermula daripada diri sendiri. Perubahan diri dan kefahaman dalam ilmu agama perlu dibentuk, walaupun asasnya tiada sesiapa yang pernah mendidik kita. Usaha itu perlu dijalankan atas kemampuan diri. Kemudian pemilihan pasangan ke syurga. Calon pasangan juga seelok-eloknya daripada fikrah yang sama, supaya memudahkan gerak kerja. Dan seterusnya pendidikan anak-anak dalam Islam.


Gunakanlah kesempatan yang Allah berikan semasa muda ini sebaik-baiknya. Allah telah berfirman :
Wahai orang2 yang beriman! Jagalah dirimu; (kerana) orang yang sesat itu tidak akan membahayakanmu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, kemudian Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Al-Maa'idah:105)

Dan seorang pemimpin haruslah menjalankan tugasnya sebaik mungkin untuk melahirkan masyarakat yang bertaqwa. Undang2 islam yang Allah sebut di dalam Al-Quran perlu ditegakkan. Denda yang dikenakan bagi mereka yang berzina langsung tidak membawa kesan kepada pelakunya. Sehinggalah wujudnya masalah pembuangan bayi di negara ini.

Allah telah berfirman :
Penzina perempuan dan penzina lelaki, deralah masing2 dari keduanya seratus kali, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian; dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebagian orang2 yang beriman.
(An-Nur:2)

Nah! Allah sudah sebut dalam Quran sejelas-jelasnya. Jadi, apakah alasannya kita tidak laksanakan hukuman tersebut? Belas kasihan? Terasa kejam? Astaghfirullah... Allah meletakkan hukum tersebut untuk memberi pengajaran pada hambaNya. Siapalah kita untuk menidakkan kata-kataNya.

Ingatan buat semua dalam firman Allah :
Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang2 yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang2 yang telah diberi kitab sebelummu dan orang2 kafir (orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang2 beriman.
(Al-maa'idah:57)

*Reflection*

Wednesday, September 15, 2010

Apabila persahabatan Diuji

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam eid Fitri everyone! Jom kita nilai amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang berlalu pergi. Sama-sama kita melakukan perbandingan amalan yang kita laksanakan semasa bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang akan datang. 

Allahuakbar.. sungguh pantas masa berlalu.. benarlah firman Allah dalam surah Al-Asr..

"Demi masa.. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.. Kecuali orang2 beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.."


Apabila persahabatan diuji dengan perpisahan, diuji dengan pertelingkahan, diuji dengan perasaan cemburu, diuji dengan salah faham dan diuji dengan ketidak puashatian, ketahuilah sahabatku, itu semua ujian kekuatan ukhwah kita. Itu semua ujian keimanan kita. Itu semua menguji ke'siqah'an kita kepada sahabat.

Janganlah kita bertegang urat dan mengasingkan diri apabila dilanda ujian-ujian ini. Sedarlah sahabatku, sebenarnya inilah yang menguatkan ukhwah kita. Inilah yang akan membuatkan kita lebih kenal sahabat. Bukan sekadar taaruf semata-mata..

Hargailah program yang dihadiri. Melalui program, usrah, halaqah, dan daurah inilah yang akan merapatkan kita. Nikmat ukhwah dalam persahabatan pasti akan dikecapi. InsyaAllah. Allah lebih mengetahui.

Perpisahan sentiasa berlaku dalam persahabatan. Masing-masing punya cita-cita. Masing-masing mempunyai impian. Mungkin itulah ujian yang terberat dalam persahabatan. Seteruk manapun kita bertegang leher, kita takkan mungkin sanggup berpisah dengan insan yang bergelar 'sahabat'. Itulah bezanya istilah 'kawan' dan 'sahabat'. Anda semua mampu menilai sendiri.

Alhamdulillah semua sahabat saya sudah melebarkan sayap mereka ke negara orang. Mesir, Jordan, New Zealand, UK, dan entah ke mana lagi. Semoga Allah memelihara kalian di sana. Rindu untuk memeluk kalian. Rindu untuk bertukar-tukar cerita. Dengan izinNya, pasti Dia mempertemukan kita suatu hari nanti.

Perpisahan dengan akhowat sangat melemahkan jiwa saya. Kekuatan yang saya terima semasa keberadaan mereka sangat luar biasa. Tak sanggup melepaskan walau seorang pun dari mereka. Tetapi perancangan Allah lebih baik. Terselit hikmah disebalik pemergian mereka.

Adik-adik, sahabat-sahabat syurga, ketahuilah.. Ukhwah mampu dirasai.. mampu dibina.. ia memerlukan masa.. Buangkanlah segala perasaan cemburu, tidak puas hati, takut dan yang sewaktu dengannya. Pasti akan wujud perasaan cinta antara kita. Ya, cinta kerana Allah sayangku. Buang semua gap yang menapak dalam hati kt. Gap yg dicipta oleh kita sendiri!

Bukankah hati kita telah lama menyatu. Dalam tali kisah persahabatan illahi. Kita akan lebih menghargai sahabat kita. Kalian akan rasa bait-bait ukhwah muncul suatu saat nanti. Maafkan saya yang ego ini. Saya akan campak ke laut sifat mazmumah ini ^^

Perjalanan masih panjang. Dakwah baru bermula. Semoga Allah redha.

*Reflection*