Bismillah,
Sedang saya melewati ceramah-ceramah dan lagu-lagu di laman youtube, saya terpandang satu video daripada artis awkening record yang menyanyikan semula lagu mendiang Michael Jackson. Terdetik di dalam hati saya, pasti ada sesuatu di sebalik liriknya sehingga ia mampu dinyanyikan semula oleh seorang artis muslim.
Lalu saya membuka pula video peminat fanatik mendiang di laman itu. Saya melihat bagaimana mendiang Michael Jackson mempunyai jutaan peminat sehingga menjadi fenomena sedangkan pada saya, lagu-lagunya seperti tidak kena di telinga saya.
Apabila ayah saya memasang CD artis itu di dalam keretanya semasa saya masih kecil, mulut saya ini tidak berhenti mengomel dan seringkali memintanya untuk menukar ke siaran radio. Tetapi sejak ia dinyanyikan semula oleh artis muslim tersebut, saya mula tertarik untuk memahami bait-bait lirik lagu beliau.
Ada sesuatu di dalam liriknya yang membuka mata hati saya. Sesuai diaplikasikan oleh mereka yang ingin bawa Islam. Change yourself first.
ini pula lagu man in the mirror yang telah di'islamic'kan. eh?
Maka tidak hairanlah beliau menjadi ikon keamanan dunia apabila saya mendengar lagunya yang bertajuk 'Heal the world', 'They don't really care about us', dan beberapa lagu lain yang saya rasakan terdapat mesej penting dan mendalam di dalamnya.
Semoga bertambah ikon-ikon Muslim yang dikenali dunia.
*Reflection*