Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Alhamdulillah kesempatan masa beberapa minit yang ada ini akan cuba dimanfaatkan untuk menunaikan permintaan sahabat yang ingin mengetahui method pembawakan usrah yang baik kepada anak usrah.
Perlu diigatkan disini bahawa saya bukanlah seorang naqibah terbaik untuk memberi pandangan peribadi seperti ini, bukan juga sudah melalui satu tempoh yang lama dalam membawa usrah, malah ramai lagi sahabat-sahabat lain yang sangat mantap dalam pembawakan usrahnya. Sekadar perkongsian pengalaman pahit manis dan tips kepada naqibah atau bakal naqibah.
Saya menyarankan semua naqibah atau bakal naqibah memiliki buku karya Fathi Yakan yang bertajuk Isti'ab-Meningkatkan Kapasitas Rekrutmen Dakwah. Melalui pembacaan yang saya lalui, buku itu cukup lengkap untuk memberi kesan kepada para pendakwah di luar sana yang memikul tugas menyebarkan Islam.
Menjadi seorang naqibah bukan mudah. Jika kita sudah cukup ditarbiah sejak zaman persekolahan, saya percaya, sangat beruntunglah tuan punya badan. Sudah mempunyai kefahaman yang baik mengenai kepentingan berdakwah. Tetapi ingat, bukan semua pendakwah bermula daripada mereka yang bersekolah agama atau mempunyai basic agama yang lengkap, dan yang pernah bersekolah agama pun tidak semestinya arif 'ala kulli hal..
Pandangan saya sebagai seorang hamba yang lemah, saya cukup memandang tinggi mereka yang memegang profession selain bidang agama tetapi dalam masa yang sama berusaha untuk memikul tugas sebagai seorang da’ie berbanding mereka yang mempelajari bidang agama sendiri.
Bukan mudah untuk seorang doctor, seorang engineer atau seorang accountant memikul dua tanggungjawab dalam satu masa. Sedangkan mereka yang mempelajari bidang agama yang tahu kewajipan menyebarkan Islam pun tidak semua menjalankan tugas tersebut, apatah lagi mereka yang tidak mengambil bidang agama sebagai major bidang mereka.
Untuk adik2ku dan bekas anak usrahku yang baru melalui pengalaman menjadi naqibah, salam tahniah dan takziah. Menjadi naqibah bukan satu tugas yang mudah tapi kt perlu memudahkan ia. Jangan fikir ianya satu bebanan tetapi fikirkan ianya satu tanggungjawab.
Pengalaman seperti tiada seorang pun anak usrah yang hadir ke usrah, mempunyai anak usrah yang free hair, anak usrah yang ada basic agama tetapi masih tidak menutup aurat, atau beralasan mungkin akan dihadapi. Malah mungkin lebih daripada itu.
Tetapi ingatlah, itulah kepentingan kita berada di samping mereka ini. Mereka perlukan bimbingan, perlukan didikan, perlukan kasih sayang, perlukan belaian dari kita, sahabat syurga,insyaAllah. Bukan dengan kemarahan, bukan dengan sindiran dan bukan dengan pukulan.
Perlukah formality dalam usrah? Tidak semestinya.. Kita kembali kepada makna usrah. Usrah bermaksud keluarga. Jadi, wujudkah formality dengan keluarga kt sendiri?? Pasti tidak, bukan? anak usrah kt adalah sebahagian daripada keluarga kita, adik-adik kita, kesayangan kita. Tetapi perlu ingat, ilmu perlu disampaikan.
Banyakkan bahan bacaan, pastikan diri kita ini sentiasa kaya dengan maklumat isu semasa, hukum hakam dan ilmu semasa. Kongsikan video, gambar atau artikel yang menarik bersama mereka. Lakukan rehlah sebulan sekali sekiranya mampu, dan makanan juga penting, bagi mengelakkan mereka kepenatan.
Tadarus dan mentadabbur ayat Quran di dalam usrah itu harus dilakukan supaya mereka ini merasakan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah. Cerita sirah atau tafsir Quran pula pasti menjadikan usrah itu lebih menarik, malah satu kelebihan jika si naqibah mampu melakonkan semula watak dengan baik.
Perlukah wujud rasa bebanan dalam diri sepanjang menjadi naqibah? Sebagai seorang manusia biasa, tipulah jika saya sendiri tidak pernah merasai perasaan seperti itu. Malah saya sendiri pernah tidak membuat halaqah selama 2 minggu kerana mengejar masa memegang 2 usrah di bawah persatuan Islam dan 1 halaqah di bawah Jabatan agama. Tawaran ditolak untuk memegang 3 kumpulan dalam satu masa tetapi hampa. Malah saya terkilan kerana perhatian yang diberikan untuk halaqah sudah pasti kurang.
Sungguh, saya seperti hendak menangis melihat ahli-ahli halaqah yang hadir. Terasa sudah menzalimi mereka kerana sudah beberapa minggu mendiamkan diri. Terasa sayu melihat wajah-wajah mereka. Tersentuh melihat salah seorang ahli halaqah mengalirkan air mata selepas memberikan perkongsian kepada mereka.
There are no specific tips to be a good naqibah. It comes from your heart. Niat itu penting. Teknik mengikut kreativiti. Lagi sempoi lagi bagus. Kita tidak boleh meletakkan pengharapan yang tinggi kepada anak usrah tetapi berusahalah untuk menjadikan mereka insan seteguh Siti Khadijah, sekuat Aisyah, sehebat Sumayyah, setanding Rabiatul Adawiyah.
Mereka penerus dakwah di luar sana. Sebagai seorang naqibah, cubalah sedaya upaya untuk melakukan usrah. Kalau tidak mampu pun, sekurang-kurangnya mesej mereka sebagai tanda kita ingat mereka. Doa itu pasti. Semoga mereka mampu faham kesibukan yang kita sendiri lalui seperti pelajar biasa.
Allahua'lam