In the name of Allah, The Most Kind and The Most Merciful..
Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. (70:19)
Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, (70:20)
Dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir, (70:21)
Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat, (70:22)
Mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya. (70:23)
Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, (70:20)
Dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir, (70:21)
Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat, (70:22)
Mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya. (70:23)
Tika peperiksaan tiba, kebanyakan manusia kembali merebahkan diri di hadapan Allah, kerana takut menghadapi kegagalan di atas muka bumi ini.
Tetapi setelah kejayaan berjaya dikecapi, kembalilah kita dengan tabiat asal. Adakah patut kita yang mengaku mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w bertindak sedemikian rupa..?
Jangan terlalu mengejar pengiktirafan dunia sehingga mengabaikan pengiktirafan Allah. Betulkan niat, ikhlaskan hati. Belajar hanya kerana Allah..
Perasaan saya membuak-buak untuk kongsikan ayat Quran di atas yang diterima daripada seorang ukht. Memang terasa sangat2 apabila mendapat mesej ayat Quran tu. Tapi apa salahnya kalau itu mentarbiah diri.
Memang itulah realitinya sekarang. Bila sampai je musim final, baru nak buat solat hajat, baca Quran, beribadat sungguh2. Tetapi, sebelum musim exam, saya tidak perasan apa-apa se'spesies' itu. Di tempat saya, masih seperti biasa, musim exam ke, musim bukan exam ke, Pusat Islam still lengang..
Nak tunggu Pusat Islam penuh?? Tunggu kalau ada event MPP atau bulan Ramadhan yang mana ramai orang nak buat Solat Tarawikh. Bagus memangla bagus tapi mana perginya mereka yang mengaku orang Islam dalam bumi UiTM ni untuk memeriahkan Pusat Islam kalau tiada event-event sebegitu?
Takkan nak kena tunggu ada event dekat Pusat Islam baru nak datang. Aduhh, sedih sungguh! Kalau yang datang tu memang niatnya kerana Allah, Alhamdulilllah.. Tapi kalau yang datang tu semata-mata untuk mengejar sticker program untuk mendapat kolej sem hadapan.. Nauzubillah!
Memang musim exam macam ni, kita mempunyai lebih banyak masa sebab kita yang mengawal jadual harian kita. Lagi2 takde kelas, kitalah raja yang mengawal diri kita. Kalau tidak, hari-hari menggunakan alasan kelas and sometimes kelas sampai malam membataskan diri kita untuk menghadiri event2 yang mengisi kekosongan jiwa yang lapar ni.
Dan sejujurnya, memang time exam ni, Pusat Islam la tempat yang paling tenang. Tiada orang! Nak belajar pun senang. Mungkin dalam 10 000 populasi manusia di dalam kampus ini, adela dalam 10 orang yang akan solat jemaah. Rationya?? 0.001..
Alhamdulillah.. Masih ada hamba Allah yang nak memeriahkan Pusat Islam. Daripada takde orang langsung.
Memang diakui, saya sangat suka waktu-waktu exam. Memang inilah masanya untuk membanyakkan ibadah. Bukan semata-mata nak exam tetapi kekosongan masa yang ada diisi dengan aktiviti-aktiviti kerohanian. Apabila kelas bermula, sukar untuk saya melebihkan masa untuk beribadah memandangkan kelas yang full setiap hari dan dipenuhi dengan pelbagai hal yang perlu dilakukan.
Janganlah masa exam saja kita memperhambakan diri pada Allah. After exam, kita terus leka dan leka. Jangan fikir Allah akan bantu kita kalau kt sendiri tak buat ibadah ikhlas keranaNya.
Wallahua'lam..
*Reflection*