Saya selalu teringat cerita ini. Semua salah naqibah saya yang sudah 2 kali menceritakannya dalam usrah kami. Mungkin cerita ni istimewa bagi dia, dan mungkin juga bagi saya. Ternyata seronok apabila tiba masa saya menceritakan kisah indah ini kepada anak-anak usrah. Kisah bagaimana Aisyah r.a dipinang Rasulullah s.a.w. ^_^
Siapakah Aisyah..? Aisyah merupakan anak kepada sahabat Rasulullah s.a.w yang paling akrab iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Aisyah merupakan wanita yang banyak menghafal hadis-hadis Nabi dan di antara isteri-isteri nabi, beliau memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki isteri Nabi yang lain.
Menurut riwayat Tirmizi, ketika wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w, malaikat Jibril membawa khabar bahawa Aisyah adalah isterinya di dunia dan di akhirat.
'Jibril datang membawa gambarnya pada sepotong sutera hijau kepada nabi S.A.W lalu berkata, ini adalah isterimu dunia dan akhirat'
*Mengikut penceritaan daripada naqibah saya, dalam riwayat lain menceritakan bahawa malaikat Jibril membawa sehelai daun yang terlukis gambar Aisyah r.a. Tetapi baginda tidak mengenali wanita yang terlukis pada daun tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w pergi ke pasar dengan membawa daun tersebut untuk bertanyakan tentang gambar wanita yang terdapat pada daun tersebut. Sehinggalah Rasulullah berjumpa dengan seorang makcik di pasar tersebut dan baginda bertanya kepada wanita itu, siapa wanita yang terlukis di atas daun tersebut.
Makcik tua tadi menyatakan bahawa wanita yang terlukis di atas daun tersebut adalan anak kepada Abu Bakar As- Siddiq. Baginda kemudiannya pergi ke rumah Abu Bakar untuk bertanya kepada sahabatnya mengenai anak beliau. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata bahawa Allah memerintahkannya untuk melamar Aisyah.
Abu Bakar sangat gembira tatkala Rasulullah s.a.w meminang anaknya yang masih kecil itu. Beliau meminta baginda pulang ke rumah dahulu. Abu Bakar kemudiannya menyuruh Aisyah ke rumah Rasulullah s.a.w dengan membawa kurma dan menyuruh Aisyah mengucapkan kalimah yang diberi Abu Bakar.
Setibanya Aisyah ke rumah baginda Rasulullah s.a.w, baginda terus menarik Aisyah ke dalam rumah. Aisyah sangat terkejut dan pulang semula ke rumahnya untuk bertanya kepada bapanya. Abu Bakar menjawab bahawa Allah telah mengahwinkan mereka di Arasy Allah.
Aisyah r.a kemudiannya kembali semula ke rumah Rasulullah s.a.w dalam keadaan terpinga-pinga.. Nyata, dia akhirnya tahu bahawa dirinya sudah dipinang Baginda S.A.W
##############################################################################
-sweet kan... cumel je (^_^)
- Hebat kan Rasulullah.. walaupun baginda rapat dgn Abu Bakar, baginda tidak tahu yang Abu Bakar mempunyai anak perempuan.
- Berusaha menjadi wanita sehebat Aisyah!
*Reflection*
No comments:
Post a Comment