Saturday, January 02, 2010

Taubat hamba yang sibuk


Diceritakan bahawa ada seseorang yang menceritakan kepada Hasan Al-Basri: "Wahai Abu-Said! Di sini ada seorang lelaki yang tidak mahu berkumpul dengan orang ramai. Dia sentiasa duduk sendirian saja."

Hasan pergi kepada orang yang dimaksudkan itu dan berkata: “Wahai hamba Allah! Aku melihat engkau suka duduk menyendiri saja. Mengapa engkau tidak suka bergaul dengan orang ramai?”

“Ada suatu perkara yang telah menyibukkan aku dari berkumpul dengan manusia.”

Sekurang-kurangnya engkau pergi kepada lelaki yang dipanggil sebagai Hasan Al-Basri dan duduk di majlis ilmunya.” kata Hasan lagi.

“Ada satu perkara yang mencegah aku dari berkumpul dengan manusia termasuk Hasan Al-Basri.” Kata lelaki itu.

“Semoga Allah merahmatimu. Apakah gerangan yang sentiasa menyibukkan engkau?”

“Aku setiap hari tersepit di antara nikmat dan dosa. Maka setiap hari diriku sibuk mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan sibuk bertaubat atas dosa-dosa tersebut.” Jawab lelaki itu.

“Wahai hamba Allah! Kalau begitu engkau lebih alim dari Hasan Al-Basri. Maka kekalkanlah amalan yang telah engkau lakukan.” Kata Hasan Al-Basri.

################################################################
~ Bestnye kalau hari2 kt busy dgn mensyukuri nikmat Allah n bertaubat pada-Nya (^_^)
~ Malangnya hari2 kt hanya memikirkan hal-hal dunia yang membutakan mata, mentulikan telinga.. Astaghfirullahalazim -_-

*Reflection*