'L'
Meninggalkan penulisan blog dalam satu jangka masa yang lama kadang kala merisaukan. Blog yang ditinggalkan tanpa tulisan atau 'update' terbaru akan menyebabkan blog itu mati, seperti tidak bernyawa lagi. Saya tersentak, apabila memikirkan ribuan, barangkali jutaan blog yang mungkin mampu memberi manfaat bagi pembangunan umat Islam, dibiarkan mati begitu sahaja tanpa penulisan yang baik, termasuklah blog ini.
Huruf 'L' sengaja saya letakkan di awal perenggan, kerana satu huruf itu menunjukkan kesungguhan seorang penulis 'pemalas' seperti saya, untuk terus menulis, dengan ilmu yang cetek, dan pengalaman hidup yang sangat sedikit. Tetapi saya rasakan, cukuplah satu huruf sehari untuk memulakan sebuah penulisan yang bermanfaat kepada ummah.
Masa, tenaga, malah kepenatan jejari menaip papan kekunci bagi menyediakan sebuah penulisan demi kemaslahatan ummah, akan dikira pahalanya di sisi Allah Taala, asal sahaja niat itu keranaNya. Dikurniakan keupayaan untuk mencurahkan atau meluahkan sesuatu yang bermanfaat merupakan anugerah daripada Allah. Tidak semua orang dikurniakan nikmat sebegitu.
Jesteru, gunakanlah keupayaan itu sebaiknya. Usahakanlah untuk menulis, walaupun hanya dengan satu huruf setiap hari. Saya kira, usaha untuk menulis itu akan diiringi dengan pembacaan yang baik, penilaian dan pemikiran yang seimbang dan amal yang berterusan. Dengan Izin Allah.
Allahua'lam
Wisdom seekers #4: Remember! Dunya is like a drop of water, Akhirah is like an ocean
Tuesday, March 05, 2013
Tuesday, December 04, 2012
Penyakit Umat
Islam jatuh, runtuh dan lemah kerana penyakit-penyakit yang timbul dalam
kalangan umat Islam sendiri, dipengaruhi dengan hiburan duniawi sehingga menyebabkan mata
yang celik menjadi buta dan telinga yang sihat menjadi tuli. Saya berminat
untuk berkongsi beberapa penyakit yang menjadi dilemma, bukan sahaja dalam
kehidupan saya, bahkan hampir majoriti umat Islam.
#1 Terlalu seronok
‘weyh, today is Friday night!!’ sapa lelaki berseluar pendek
paras peha itu kepada kawannya.
‘so?’
‘So, kita enjoy…!!’
Hiburan yang melalaikan jelas sekali menjauhkan seorang
hamba dengan tuhannya. Di zaman jahiliah, sebelum lahirnya Rasulullah s.a.w,
hiburan bagi bangsa arab di sana adalah lagu, syair, puisi, wanita dan arak. Tetapi nyata kemajuan yang ada di hadapan mata menimbulkan pertambahan dan
evolusi segala macam hiburan yang lebih membenakkan hati.
Jangan lupa, kerajaan Islam Andalusia runtuh selepas ratusan tahun itu disebabkan apa? Semuanya disebabkan pemberian rokok secara percuma, arak dan hiburan yang berleluasa.
#2 Terlalu banyak harta
‘Sayang, tahun ni kita da pergi Europe. Tahun depan nak
pergi mana pula?’ Kata si suami sambil membelek majalah percutian.
‘Kita tak pernah lagi pergi ke Mekah. Jom pergi sana nak?’ Jawab si isteri. Tenang.
‘Awak ni.. kita ni muda lagi. Banyak lagi masa kita. Kita
pergi la Jordan ke, Mesir ke. Tu pun negara Arab jugak. Bukan mekah je..’
Sebaik-baik harta adalah harta yang disalurkan kepada jalan
dakwah. Jangan kata atas nama dakwah, destinasi ke Mekah pun barangkali menjadi
pilihan terakhir dalam perancangan hidup kita. Ini penyakit yang timbul kepada
mereka yang hanyut dengan harta dunia.
#3 Terlalu cepat marah
‘Awak masak apa hari ni?’ Kata si suami yang sedang menghirup
sirap ais.
‘Saya masak nasi goreng kampung. Makan la.’
‘Apa? Nasi goreng kampung?? Saya nak nasi goreng pataya! Nasi goreng pataya! bukan nasi goreng kampung! #$^!&%@&
Ok, sangat sadis. Penyakit yang seterusnya adalah terlalu
cepat marah, sehingga perkara-perkara yang kecil pun mampu menjadi bahan
pergaduhan. Saya kira, mungkin menimbulkan kemarahan orang lain juga menjadi
satu penyakit?
#4 Menipu dalam perniagaan (pertimbangan)
Rasa takut kepada Allah itu akan menimbulkan rasa taat. lalu
terlintas di dalam fikiran saya kisah seorang ibu dan anak yang menjual susu
kambing. Sedang Umar al-khatab berjalan-jalan pada waktu malam untuk
melihat rakyatnya, sahabat Rasulullah s.a.w itu terserempak dengan seorang ibu
dan anak.
Kata si ibu: ‘Anakku, kita ini menjual susu kambing, asyik
rugi saja. Apa kata kita tambah air dalam susu ini?’
Si anak menjawab: ‘Mana boleh mak.. Kalau khalifah tahu,
mati kita mak.’
Jawab si ibu: ‘Khalifah takkan tahu punya. Bukan ada sesiapa nampak kita..’
Lalu si anak menjawab tanpa rasa was-was: ‘Kalau khalifah
tak nampak, Allah nampak mak.’
#5 Hasad dengki sehingga menzalimi orang lain
‘Tok bomoh, dia ni lagi comel dari saya. Tok tiup la
apa pun kat muka saya ni supaya saya lagi comel dari dia.'
‘Bereh..’ Jawab si bomoh tua sambil menghulur tangan meminta
pengerasnya.
Hasad dengki itu sudah tergolong di dalam sifat mazmumah,
ditambah pula lagi menzalimi orang lain sehingga membawa kepada perbuatan
syirik.
Kiasan-kiasan yang saya berikan ini, cumalah satu perlambangan
yang mungkin kedengaran keterlaluan. Tetapi saya percaya wujud situasi-situasi
ini di dalam kehidupan seharian. Saya yakin. Maka, tujuan utama penulisan ini
adalah sebagai peringatan untuk menghindari dan men’delete’ secara total
penyakit yang menyelubungi kehidupan dan merosakkan hati manusia, khususnya
umat islam.
Dengan izin Allah, saya masih dalam proses itu. Anda, bagaimana?
Allahua'lam
*Reflection*
Wednesday, November 28, 2012
Sebarkan Salam
Bismillah,
Agama Islam berbeza berbanding agama lain kerana Islam itu adalah agama yang sejahtera, sesuai dengan jiwa manusia. Agama
Fitrah. Masih ingat firman Allah di dalam Al-Quran? Agama yang paling tinggi disisi Allah adalah agama Islam.
Perkataan Islam berasal daripada perkataan arab iaitu 'salam' yang membawa maksud sejahtera, keamanan dan kedamaian. Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya
memberi salam kepada saudara Islam yang lain. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w juga sentiasa berlumba-lumba untuk memberi salam kerana ingin memperoleh ganjaran
pahala.
Seelok-eloknya mereka yang menaiki kenderaan besar memberi salam
kepada mereka yang menaiki kenderaan kecil seperti basikal atau motor, penunggang
basikal atau motor pula memberi salam kepada pejalan kaki, kumpulan yang kecil memberi
salam kepada kumpulan yang besar apabila bertemu, yang muda memberi salam
kepada yang tua dan seterusnya. Sudah cantik susun galurnya, tinggal kita yang
perlu melaksanakannya.
Allah mempertemukan saya dengan insan-insan ini, yang memberikan impak besar dalam perjalanan hidup
saya mencari hikmah memulakan salam.
Hikmah #1
Saya sering melihat seorang lelaki tua, kerjanya hanya
menyapu sampah pada waktu malam di Masjid Putrajaya setiap kali selesai solat
terawikh. Mulutnya acap kali memberi salam kepada orang ramai yang lalu disebelahnya. Seringkali saya tewas untuk memberi salam kepadanya terlebih dahulu,
malah orang yang lalu lalang di dataran itu seperti tidak sedar akan
kewujudannya.
Pernah saya tanamkan azam untuk memberi salam kepadanya, sekali
lagi saya tewas kerana dia sudah berada di belakang saya dan terlebih dahulu
memberi salam kepada saya.
Tukang sapu sampah yang luar biasa peribadinya. Saya cukup
kagum dan malu pada diri sendiri.
Hikmah #2
Musafir saya ke Australia bersama keluarga
cukup banyak mengajar saya erti syukur. Mata saya meliar mencari saudara Islam
disana, dengan harapan ingin bersembang bersama mereka, mengenai Islam.
Anak-anak kecil keriangan apabila bermain-main di taman tema. Tidak kurang juga yang tua remaja. Mata saya tertacap kepada sebuah keluarga, masing-masing
memakai jubah, termasuklah si lelaki di salah satu taman tema di sana. Saya
hanya melihat dari jauh. Kagum. Hati saya terdetik, ‘bagaimana mereka ingin
menaiki semua permainan ini dengan pakaian yang sebegitu.’
Pakaian itu tidak menghalang mereka, walau sedikit. Syukur
dapat bertembung dengan keluarga itu, saya menghulurkan senyuman. Mereka memberi SALAM. Allah, saya terlupa memberi salam. Sekali lagi saya tewas. Mungkin juga mereka jarang berjumpa dengan saudara seislam, mereka cukup
gembira apabila berjumpa saudara islam yang lain, walaupun orang luar seperti kami.
Ucapan salam, tidak pernah lekang daripada bibir saudara Islam di sana.
Saya kagum, sekali lagi.
Rasulullah sendiri tidak pernah menjawab salam daripada sahabatnya. Malah pernah seorang sahabat bersembunyi di belakang Baginda untuk memberi salam terlebih dahulu. Belum sempat sahabat itu memberi salam, Baginda menoleh ke belakang dan berkata 'Assalamualaikum'.
Allah mempertemukan saya dengan insan-insan
yang hebat ini untuk mengajar kita semua hikmah besar memulakan salam. Ucapan sejahtera ini merupakan doa kepada saudara kita. Jom contohi ikon kita! Sebarkanlah salam!
*Reflection*
Saturday, November 24, 2012
Akhirat Minded
‘Ustaz, besar tak rumah ni?’
'Kehidupan dunia dijadikan terasa indah dalam pandangan orang-orang yang kafir, dan mereka menghina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa itu berada di atas mereka pada hari Kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan.
(2:212)
‘MasyaAllah, besarnya.. dah macam istana.’
‘Ustaz, besar tak main hall ini? besar, bukan? haa, hall ni
boleh muat 200 orang. Maka mudahlah nanti orang akan datang untuk mendengar
ceramah di rumah saya ustaz.’
Si ustaz tersenyum.
‘Ustaz, besar tak bilik tidur ini?’
‘Besar sungguh. Siapa yang akan duduk di bilik ini?’
‘Ustaz ni macam tahu-tahu je. Bilik ini saya sediakan untuk
para ustaz yang akan memberi ceramah di rumah saya nanti. Di tandasnya juga ada
jakuzi..’
Bertambah lebar senyuman si ustaz.
'Kehidupan dunia dijadikan terasa indah dalam pandangan orang-orang yang kafir, dan mereka menghina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa itu berada di atas mereka pada hari Kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan.
(2:212)
Ramai orang yang kaya, punya harta benda, tetapi tidak semua
berkongsi kekayaannya untuk jalan dakwah, untuk agama. Ramai juga yang sibuk
berfikir cara paling pantas untuk mendapat wang ringgit tetapi tidak ramai yang berfikir apa yang
boleh disumbangkan untuk Islam dengan rezeki yang diperoleh.
Kita singkap bagaimana orang-orang tua dahulu, menggunakan
akhirat minded mereka. Jika di belakang rumah mereka terdapat beberapa
batang pokok pisang bersama buahnya, si isteri pasti menyuruh si suami untuk membawa
pisang-pisang itu ke masjid. Lalu, mereka sumbangkan kepada jemaah masjid.
Bayangkan, berapa banyak pahala yang mereka peroleh apabila membuat orang lain gembira dengan berkongsi rezeki yang mereka ada. Belum masuk lagi doa-doa daripada mereka yang memakan buah tersebut kepada si pemberinya.
Lantaran kita yang muda ini dikatakan lebih kreatif dan inovatif perlulah berfikir seiring dengan keadaan semasa. Tidaklah bermakna
selepas ini anda perlu membawa pisang ke masjid untuk diberikan kepada jemaah
di sana.
Tetapi sekurang-kurangnya setiap dari kita ini mempunyai perancangan yang jelas dan
beriltizam untuk menyumbangkan sesuatu kepada agama Islam kelak. Mudah-mudahan dengan pertambahan mereka yang berfikir tentang ilmu dan amal
akan mencambahkan akhirat minded selari dengan business minded yang mampu diasah saban hari.
Maka, bukankah baik andai kita mempunyai rumah, lalu dijadikan rumah itu sebagai pusat pengajian ilmu seperti usrah keluarga. Atau kita mempunyai duit yang melimpah ruah sehingga tidak tahu perlu dibuat apa, tubuhkan yayasan untuk membantu umat Islam yang miskin pula.
Memilih bidang profesion juga mampu melahirkan akhirat minded asalkan niat yang kita letakkan untuk melakukan suatu amal itu diperhalusi dengan amal-amal yang membawa kita ke syurga. Moga Allah redha.
# Kualiti jiwa kita biarlah mengatasi kuantiti harta yang kita ada

Friday, February 17, 2012
Kebiasaan yang membekukan
Norms are not always right. Apa yang orang lain buat, yang menjadi kebiasaan masyarakat belum tentu semuanya betul. Mengapa kita perlu mengikut kebiasaan yang akhirnya menjadi satu budaya dalam masyarakat sedangkan ia tidak semestinya betul, tidak semestinya tepat, tidak semestinya seiring dengan apa yang Allah perintahkan.
Mungkin kita boleh fikirkan bersama, apa yang dimaksudkan dengan 'kebiasaan'. Sebagai contoh, ramai orang ber'couple' sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Orang yang tiada 'teman lelaki' dipandang pelik. Atau mungkin saya boleh sebutkan disini, ramai orang yg melakukan rasuah sehingga sekali lagi menjadi satu 'kebiasaan'. Tetapi adakah 'kebiasaan' itu selari dengan Islam? Saya fikir tidak.
Tiada sedikit pun perasaan bersalah bagi mereka yang melakukannya. Kerana apa agak-agaknya ya. saya kira, mungkin kerana 'KEBIASAAN' itu. Dan juga kerana pemikiran-pemikiran seperti ini, 'kalau orang lain buat, kenapa aku tidak buat..?'
Pernah atau tidak kita terfikir, 'kebiasaan' yang kebanyakan orang lakukan itu, adakah betul atau tidak. Atau mungkin pernah kita terfikir, apa yang dilakukan itu jauh dari landasan agama? Jika ada, segala puji bagi Allah. Tetapi menurut fikiran saya, masih ramai yang tidak terfikir atau malas mahu fikir, memandangkan ia telah menjadi satu 'kebiasaan'.

Ramai yang tidak akan rasa berbeza dengan orang lain apabila mengikut 'kebiasaan' itu, tetapi akan rasa pelik sekiranya mereka tidak melakukannya. Saya tidak terkejut, apalagi melatah. Kerana inilah tanda-tanda akhir zaman. Apabila yang betul dikatakan salah manakala yang salah dikatakan betul.
Tiada istilah cinta islamik, tiada istilah hadiah (padahal rasuah), atau istilah-istilah lain. Semua itu adalah Retorik! Semuanya 'kebiasaan' yang jauh dari landasan agama. Malah sanggup menggunakan agama untuk melakukan dosa. Mungkin untuk menyelamatkan diri? Saya kira, mungkin kita selamat di dunia dengan 'falsampah' itu, tapi bukan di akhirat kelak.
Apa kata, kita lakukan lain daripada yang lain. Be Different! Yes! tak perlu menjadi lembu dicucuk hidung, yang hanya mengikut rentak orang lain. Mengapa tidak?
Majority tidak selalunya benar. Biarkan kita menjadi minority andai itu yg terbaik untuk diri.
Allahua'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)