Tuesday, March 05, 2013

Menulis untuk ummah

'L'

Meninggalkan penulisan blog dalam satu jangka masa yang lama kadang kala merisaukan. Blog yang ditinggalkan tanpa tulisan atau 'update' terbaru akan menyebabkan blog itu mati, seperti tidak bernyawa lagi. Saya tersentak, apabila memikirkan ribuan, barangkali jutaan blog yang mungkin mampu memberi manfaat bagi pembangunan umat Islam, dibiarkan mati begitu sahaja tanpa penulisan yang baik, termasuklah blog ini.

Huruf 'L' sengaja saya letakkan di awal perenggan, kerana satu huruf itu menunjukkan kesungguhan seorang penulis 'pemalas' seperti saya, untuk terus menulis, dengan ilmu yang cetek, dan pengalaman hidup yang sangat sedikit. Tetapi saya rasakan, cukuplah satu huruf sehari untuk memulakan sebuah penulisan yang bermanfaat kepada ummah. 

Masa, tenaga, malah kepenatan jejari menaip papan kekunci bagi menyediakan sebuah penulisan demi kemaslahatan ummah, akan dikira pahalanya di sisi Allah Taala, asal sahaja niat itu keranaNya. Dikurniakan keupayaan untuk mencurahkan atau meluahkan sesuatu yang bermanfaat merupakan anugerah daripada Allah. Tidak semua orang dikurniakan nikmat sebegitu.

Jesteru, gunakanlah keupayaan itu sebaiknya. Usahakanlah untuk menulis, walaupun hanya dengan satu huruf setiap hari. Saya kira, usaha untuk menulis itu akan diiringi dengan pembacaan yang baik, penilaian dan pemikiran yang seimbang dan amal yang berterusan. Dengan Izin Allah.

Allahua'lam

2 comments:

  1. Banyak lagi ruang kosong blog ini yang belum diisi.

    ReplyDelete
  2. semoga diberi kekutan oleh Allah...chayyok2!...i will follow you(iklan digi)....(nasihat untuk diri ana juga)....^_^

    ReplyDelete