Friday, February 19, 2010

Bingkisan Rindu Buat sahabaT

Lagu ni mungkin lagu lama tapi suka sgt ble setiap kali dgr.. Teringat sahabat2 samten dulu..RINDUNYA mereka...
To all my classmates, 5 Bukhari 2007... dan akhowat yang bakal meninggalkan kami..



Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
terpatri namamu
kau takkan ku lupa

Sudah bertahun lama
kita tidak lagi bersua
hanya tinngal kenangan
yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
seiringan hembusan bayu
sekadar pengubat rindu di kalbu

Pantas masa berlalu
meninggalkan kita semua
tanpa disedari bertambahlah usia kita
potret lama masih ku simpan
ku bingkaikan kenangan
hingga terkadangku tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
jalanan berliku bakal kita tempuh
imbaslah kenangan semalam
jadi azimat penguat semangat
menempuh masa hadapan
harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
pengubat hati rasa kecewa
dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
susah dan senang tetap bersama
terpatri namamu
kau takkan ku lupa


*Reflection*

Thursday, February 18, 2010

Pinangan yang Sweet!

Bismillah,

Saya selalu teringat cerita ini. Semua salah naqibah saya yang sudah 2 kali menceritakannya dalam usrah kami. Mungkin cerita ni istimewa bagi dia, dan mungkin juga bagi saya. Ternyata seronok apabila tiba masa saya menceritakan kisah indah ini kepada anak-anak usrah. Kisah
bagaimana Aisyah r.a dipinang Rasulullah s.a.w. ^_^

Siapakah Aisyah..? Aisyah merupakan anak kepada sahabat Rasulullah s.a.w yang paling akrab iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Aisyah merupakan wanita yang banyak menghafal hadis-hadis Nabi dan di antara isteri-isteri nabi, beliau memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki isteri Nabi yang lain.

Menurut riwayat Tirmizi, ketika wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w, malaikat Jibril membawa khabar bahawa
Aisyah adalah isterinya di dunia dan di akhirat.
'Jibril datang membawa gambarnya pada sepotong sutera hijau kepada nabi S.A.W lalu berkata, ini adalah isterimu dunia dan akhirat'

*Mengikut penceritaan daripada naqibah saya, dalam riwayat lain menceritakan bahawa malaikat Jibril membawa sehelai daun yang terlukis gambar
Aisyah r.a. Tetapi baginda tidak mengenali wanita yang terlukis pada daun tersebut.

Kemudian Rasulullah s.a.w pergi ke pasar dengan membawa daun tersebut untuk bertanyakan tentang gambar wanita yang terdapat pada daun tersebut. Sehinggalah Rasulullah berjumpa dengan seorang makcik di pasar tersebut dan baginda bertanya kepada wanita itu, siapa wanita yang terlukis di atas daun tersebut.

Makcik tua tadi menyatakan bahawa wanita yang terlukis di atas daun tersebut adalan anak kepada Abu Bakar As- Siddiq. Baginda kemudiannya pergi ke rumah
Abu Bakar untuk bertanya kepada sahabatnya mengenai anak beliau. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata bahawa Allah memerintahkannya untuk melamar Aisyah.

Abu Bakar sangat gembira tatkala Rasulullah s.a.w meminang anaknya yang masih kecil itu. Beliau meminta baginda pulang ke rumah dahulu. Abu Bakar kemudiannya menyuruh Aisyah ke rumah Rasulullah s.a.w dengan membawa kurma dan menyuruh Aisyah mengucapkan kalimah yang diberi Abu Bakar.


Setibanya Aisyah ke rumah baginda Rasulullah s.a.w, baginda terus menarik Aisyah ke dalam rumah. Aisyah sangat terkejut dan pulang semula ke rumahnya untuk bertanya kepada bapanya. Abu Bakar menjawab bahawa Allah telah mengahwinkan mereka di Arasy Allah.

Aisyah r.a kemudiannya kembali semula ke rumah Rasulullah s.a.w dalam keadaan terpinga-pinga.. Nyata, dia akhirnya tahu bahawa dirinya sudah dipinang Baginda S.A.W
##############################################################################
-sweet kan... cumel je (^_^)

- Hebat kan Rasulullah.. walaupun baginda rapat dgn Abu Bakar, baginda tidak tahu yang Abu Bakar mempunyai anak perempuan.

- Berusaha menjadi wanita sehebat Aisyah!


*Reflection*

Sunday, February 14, 2010

Pertimbangan Diri

Bismillahirrahmanirrahim,


Dua bulan pertama sebagai pelajar ijazah sangat-sangat menguji kesabaran yang tak berapa nak ada. Ditambah gaul pula dengan dua paper exam dgn markah yang sangat cool, bertambah-tambah berat kepala ni dibuatnya.

Maka saya sedar, ini semua kesilapan saya, yang lemah dalam skill pembahagian masa. Mungkin kerana terlalu memikirkan gerak kerja, sehingga terabai masa untuk study. Lalu terjadilah adegan-adegan seperti di dalam drama TV3 -_-


Kata seorang ustaz, kalau kita dapat ujian dari Allah,ucapkanlah Alhamdulillah tapi kalau dapat nikmat dari Allah, ucaplah Astaghfirullah..

Terima kasih ya Allah atas ujian ini.

Cuma kadang-kadang saya terkilan bilamana terdapat sahabat yang saya sayangi yang hanya memikirkan akademik berbanding gerak kerja. Tak salah untuk kita mendahulukan akademik itu, yang sememangnya menjadi aim kita sebagai seorang pelajar tetapi gerak kerja dan pelajaran itu perlu seiring.


Setuju atau tidak jika saya katakan anda telah menganiaya sahabat lain yang masih berada di jalan yang sama, tetapi terpaksa menanggung beban yang mungkin dia sendiri tidak mampu menanggungnya. Penganiayaan berlaku kerana sikap tidak bertanggungjawab kita.


Bila ada orang yang menggunakan alasan pointer jatuh, bukan saya ingin menghalang mereka-mereka ini menumpukan pelajaran tapi kita kena sedar, jatuh dalam konteks yang mana. Pointer jatuh tapi still dekan atau jatuh tapi still 3.00 pointer n above ke atau jatuh sampai 2.00 pointer. Ketiga-tiga ini punyai situasi yang berbeza. Dan pengorbanan yang perlu dilakukan pun berbeza sebab apa? Sebab kalau semua sibuk memikirkan pelajaran dan pointer, semua orang bakal menggunakan alasan yang sama.


Yes! Memang susah kita nak maintainkan pointer. Saya bersyukur walaupun pointe jatuh sedikit, ia meletakkan saya untuk berkorban dan berusaha lebih sedikit berbanding sahabat-sahabat yang mengalami kejatuhan pointer yang lebih teruk. Dengan harapan sahabat-sahabat yang mengalami kejatuhan akademik diberi laluan sedikit untuk memikirkan pelajaran mereka.


Cuma saya kecewa melihat mereka yang merasakan pointer jatuh tapi still dekan boleh menggunakan alasan akademik untuk tidak bergerak kerja. Mungkin akademik bukanlah salah satu masalahnya. Maka, saya memilih untuk bersangka baik dengan menyangkakan mereka ditekan dengan masalah-masalah peribadi.


Tribute juga untuk sahabat-sahabat yang mengalami kejatuhan akademik tapi still teruskan gerak kerja. Gembira kerana mereka fikir kerja ini bukan satu bebanan tapi tanggungjawab. Tahniah juga kepada sahabat yang dapat maintainkan pointer and still bergerak kerja. Dan sebenarnya gerak kerjalah yang mematangkan kita. Gerak kerjalah yang menumbuhkan perasaan ukhwah antara kita. Gerak kerjalah menyebabkan kita ketawa bersama, riang bersama, dan menangis bersama.

Saya juga pernah tersalah langkah apabila melihat kepada situasi diri sendiri.



"Akak, sepatutnya saya diberi ruang untuk saya fokus sem ni.. Nak build up balik pointer bukan mudah.. tambah dengan subjek yang susah. Kenapa takde orang yang faham???"


Dan dengan tenang, naqibah saya membalas.. "Najla, kamu tak boleh cakap macam ni. Ini adalah PILIHAN KAMU jadi, kamu kena hadapinya.."


Yup, this is my choice. I have to face it. Ayat yang ringkas tapi rasa terkesan sangat. Sebab sya sendiri lupa yang selama ni, saya yang membuat keputusan untuk diri sendiri. It's not final yet. Belum terlambat lagi. InsyaAllah. Semoga urusanku dipermudahkan. Allahumma amin.

pesanan as-syahid imam hassan al-banna
"Tanggungjawab yang kita ada melebihi daripada masa yang ada.."

*Reflection*

Saturday, January 02, 2010

Taubat hamba yang sibuk


Diceritakan bahawa ada seseorang yang menceritakan kepada Hasan Al-Basri: "Wahai Abu-Said! Di sini ada seorang lelaki yang tidak mahu berkumpul dengan orang ramai. Dia sentiasa duduk sendirian saja."

Hasan pergi kepada orang yang dimaksudkan itu dan berkata: “Wahai hamba Allah! Aku melihat engkau suka duduk menyendiri saja. Mengapa engkau tidak suka bergaul dengan orang ramai?”

“Ada suatu perkara yang telah menyibukkan aku dari berkumpul dengan manusia.”

Sekurang-kurangnya engkau pergi kepada lelaki yang dipanggil sebagai Hasan Al-Basri dan duduk di majlis ilmunya.” kata Hasan lagi.

“Ada satu perkara yang mencegah aku dari berkumpul dengan manusia termasuk Hasan Al-Basri.” Kata lelaki itu.

“Semoga Allah merahmatimu. Apakah gerangan yang sentiasa menyibukkan engkau?”

“Aku setiap hari tersepit di antara nikmat dan dosa. Maka setiap hari diriku sibuk mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan sibuk bertaubat atas dosa-dosa tersebut.” Jawab lelaki itu.

“Wahai hamba Allah! Kalau begitu engkau lebih alim dari Hasan Al-Basri. Maka kekalkanlah amalan yang telah engkau lakukan.” Kata Hasan Al-Basri.

################################################################
~ Bestnye kalau hari2 kt busy dgn mensyukuri nikmat Allah n bertaubat pada-Nya (^_^)
~ Malangnya hari2 kt hanya memikirkan hal-hal dunia yang membutakan mata, mentulikan telinga.. Astaghfirullahalazim -_-

*Reflection*

Saturday, December 19, 2009

Jihad sebenar

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah siang tadi saya sempat ke pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya(PICC) utk mendengar syarahan ulama' masyur, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Seronok sangat. Peluang keemasan utk saya mendengar syarahan drpd seseorang yang hebat.


Sedikit perkongsian drpd syarahan Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang membincangkan mengenai buku baru yg diterbitkan bertajuk 'Fiqh Al-jihad'. Tapi kalau nak disimpulkan, beliau confirm la menyentuh soal JIHAD.

Beliau menyentuh mengenai puak-puak(golongan) yang timbul apabila kita menyebut tentang persoalan jihad iaitu;
# golongan yang mematikan semangat berjihad
# puak pengganas atau pelampau
# golongan yang bersifat kesederhanaan

Pihak orientalis mengatakan bahawa Islam ini menggunakan kekerasan seperti berperang untuk menakluk dan menguasai sesebuah negara sedangkan Islam tidak pernah memulakan peperangan sebaliknya org kafir yg menindas umat Islam dan berniat utk mewujudkan peperangan. 


Semasa zaman Rasulullah sendiri, tiada satu pun peperangan yg dimulakan oleh umat Islam. Dan realitinya sekarang, org yg tidak faham Islam mengatakan kt terrorist padahal penyiksaan mereka terhadap umat Islam lebih teruk dan tidak diterima dek akal.


Banyak lagi huaraian Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam syarahan beliau tetapi tak dapat saya kongsi banyak2 sbb memang banyak sgt. dan jangan lupa beli buku yg beliau tulis. Memang banyak ilmu yg bakal korg dapat. InsyaAllah..


Wallahua'lam



*Reflection*