Thursday, June 03, 2010

Bestnya Beijing!

In the name of Allah the Most Kind and The Most Merciful

Sesampai je kami sekeluarga ke airport Beijing, our tour guide, Ibu Sofia (already miss her ^_^) beritahu kami suhu di sana pada pagi dan malam plus minus 10 CELCIUS! Sejuk.

It's already summer time! Maybe awal sgt kot. Alhamdulillah baju sejuk dibawa. Pity umi and my bro. Tak bawak baju sejuk. Nasib baik Ibu Sofia tu tak bawak kami jalan2 malam2 sangat. The best part was waktu siang kt beijing lagi lama dari malam..

Dengan bandar yang 10 kali ganda lagi bersih dari Malaysia full with roses sepanjang jalan dalam bandar yang terancang n pemandangan yang sgt cantik, sangat sayang nak tinggalkan Beijing. eh?

Kebanyakan penduduk di sana memandang pelik pada kami dengan penampilan bertudang. Setiap restoran Islam yang kami masuk, semua akan pandang sampai kami duduk atas kerusi. Dalam fikiranku, alangkah seronoknya boleh berdakwah di Beijing!

Saya percaya, masih ramai non muslim tidak tahu tentang agama Islam. Bukan mereka tidak mencari tapi mereka tidak diberitahu. Jangan expect orang akan datang pada kita, tapi kita kena gunakan approach terbaik untuk menarik orang.

Sangat sedih bila saya tahu penduduk di sana hanya dibenarkan mempunyai seorang anak dalam setiap keluarga. Jika lebih dari seorang, anak itu tidak akan mendapat surat beranak, ic, dan paling sedih tak boleh bersekolah. Bunyinya sangat kejam, bukan..?

Mempunyai lebih daripada seorang anak hanya dibenarkan di kawasan kampung untuk kerja2 bercucuk tanam. Tapi ia sama sekali tidak dibenarkan di bandar2 besar China. And surprisingly, they prefer to have a dog rather than a child!

Paling tidak boleh lupa ialah semasa keluarga kami tersesat dan hanya duduk di luar untuk menunggu yang lain mencari kami.. Kami ditegur oleh 1 group tourist china dari daerah lain mungkin.

Since they cannot speak in English, mereka hanya mengunakan bahasa cina sambil memandang ke arah saya dan ummi. Dan macam biasa saya buat muka berkerut-kerut untuk cuba memahami bahasa mereka.

Nasib baik peminat cerita china. So, at least saya dapat faham sikit2 apa yang mereka cakap pada kami. eh? Thank God one of them can speak in broken English..

*Dalam bahasa cina.. "#@^%*%!$...."

Transalator: "where are u from..?"

Us: "We are from Malaysia.."

Translator: "What are u wearing in ur head..? Is it ur custom...?" (sambil memandang ke arah saya dan umi)

Us: "No.. It is our religion. We are Muslim. Muslim people.." =)

Translator: "Don't u feel hot wearing that..?" (sambil buat gaya tudung.. )

Us: "No.. hahahaha.."

Someone in the group: *dalam bahasa cina @#$%^&*.. (she wants us to take off our hijab later.. -_-) sambil buat gaya lagi..


Maybe they thought muslimah wear hijab because of our custom. Now, they know that we wear it because of Islam, our religion.


masjid di beijing

Dan sangat gembira bila berjumpa dengan orang Islam di sana. Gembira bila kami menyebarkan salam. Cuma niat utk berbual lebih panjang terbantut since they cannot speak in English.

p/s: teringin nak ikut group usrah yg suka travel.. hahaha (opss, dedicated to my sis =p)


*Reflection*

Saturday, May 22, 2010

Mai beli...

Bismillahirrahmanirrahim...

Lame sudah rasenye saya tak post pape.. Jadi untuk kali ni, saya mulakan dengan perniagaan.. haha..

Bagi mereka yang membaca blog saya, sesiapa yg ingin membeli tudung bidang 60' made from egypt, boleh la tempah kat saya =)

Dan memandangkan tudung2 ni sangat limited, sila buat tempahan awal. Sape cepat, dia dapat.. hihi.. (^_^)


Macam mana pulak anda sume nak beli tudung2 ni?? Jangan risau.. Sila tinggalkan komen anda dlm blog saya dan saya akan menghubungi anda..

Penghantaran pos ke rumah anda juga free of charge.. Harga tudung ni RM 30 sahaja setiap satu. Murah kan..?? Jadi, tunggu ape lg.. mai beli..

Tuesday, April 20, 2010

Amal kerana apa?


In the name of Allah, The Most Kind and The Most Merciful..

Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. (70:19)

Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, (70:20)

Dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir, (70:21)

Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat, (70:22)

Mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya. (70:23)


Tika peperiksaan tiba, kebanyakan manusia kembali merebahkan diri di hadapan Allah, kerana takut menghadapi kegagalan di atas muka bumi ini.

Tetapi setelah kejayaan berjaya dikecapi, kembalilah kita dengan tabiat asal. Adakah patut kita yang mengaku mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w bertindak sedemikian rupa..?

Jangan terlalu mengejar pengiktirafan dunia sehingga mengabaikan pengiktirafan Allah. Betulkan niat, ikhlaskan hati. Belajar hanya kerana Allah..

Perasaan saya membuak-buak untuk kongsikan ayat Quran di atas yang diterima daripada seorang ukht. Memang terasa sangat2 apabila mendapat mesej ayat Quran tu. Tapi apa salahnya kalau itu mentarbiah diri.

Memang itulah realitinya sekarang. Bila sampai je musim final, baru nak buat solat hajat, baca Quran, beribadat sungguh2. Tetapi, sebelum musim exam, saya tidak perasan apa-apa se'spesies' itu. Di tempat saya, masih seperti biasa, musim exam ke, musim bukan exam ke, Pusat Islam still lengang..

Nak tunggu Pusat Islam penuh?? Tunggu kalau ada event MPP atau bulan Ramadhan yang mana ramai orang nak buat Solat Tarawikh. Bagus memangla bagus tapi mana perginya mereka yang mengaku orang Islam dalam bumi UiTM ni untuk memeriahkan Pusat Islam kalau tiada event-event sebegitu?

Takkan nak kena tunggu ada event dekat Pusat Islam baru nak datang. Aduhh, sedih sungguh! Kalau yang datang tu memang niatnya kerana Allah, Alhamdulilllah.. Tapi kalau yang datang tu semata-mata untuk mengejar sticker program untuk mendapat kolej sem hadapan.. Nauzubillah!

Memang musim exam macam ni, kita mempunyai lebih banyak masa sebab kita yang mengawal jadual harian kita. Lagi2 takde kelas, kitalah raja yang mengawal diri kita. Kalau tidak, hari-hari menggunakan alasan kelas and sometimes kelas sampai malam membataskan diri kita untuk menghadiri event2 yang mengisi kekosongan jiwa yang lapar ni.

Dan sejujurnya, memang time exam ni, Pusat Islam la tempat yang paling tenang. Tiada orang! Nak belajar pun senang. Mungkin dalam 10 000 populasi manusia di dalam kampus ini, adela dalam 10 orang yang akan solat jemaah. Rationya?? 0.001..

Alhamdulillah.. Masih ada hamba Allah yang nak memeriahkan Pusat Islam. Daripada takde orang langsung. 

Memang diakui, saya sangat suka waktu-waktu exam. Memang inilah masanya untuk membanyakkan ibadah. Bukan semata-mata nak exam tetapi kekosongan masa yang ada diisi dengan aktiviti-aktiviti kerohanian. Apabila  kelas bermula, sukar untuk saya melebihkan masa untuk beribadah memandangkan kelas yang full setiap hari dan dipenuhi dengan pelbagai hal yang perlu dilakukan.

Janganlah masa exam saja kita memperhambakan diri pada Allah. After exam, kita terus leka dan leka. Jangan fikir Allah akan bantu kita kalau kt sendiri tak buat ibadah ikhlas keranaNya.


Wallahua'lam
..



*Reflection*

Thursday, April 15, 2010

Pecutan Terakhir


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Dalam masa 5 hari lagi, saya akan menghadapi final exam. Dan dalam masa 5 hari ini jugalah merupakan pecutan terakhir saya untuk menghadapi final exam. Jealous melihat kawan-kawan lain yang pulang ke rumah sempena minggu study week. Berjalan dengan beg yang berbondong-bondong macam nak balik sebulan!

Tapi saya punyai pendekatan yang berbeza. Kalau balik rumah pada minggu study week, kirim salam la kat buku. Jangan harap buku yang dibawa balik kononnya nak belajar tu akan dibaca. Maka, terjadilah perhambaan yang sadis kepada
 internet dan tv. Tambah pulak nak bersembang dengan ummi, ayah, adik2, jalan-jalan lagi.


Jadi setiap semester, jalan selamat yang terbaik adalah stay di dalam kampus. Apa pecutan yang perlu dilakukan untuk minggu study week ni?? Of course study dan the most important thing is Ibadah.

Teringat pesan
Puan Nadia (our lecturer), berapa ramai daripada kita yang guna masa kt untuk beribadat sama banyak dengan masa yang kita korbankan utk study dan buat assignment.

Ramai daripada kita yang sanggup stay up setiap malam semata-mata utk buat assignment, study utk test dan quiz. Tapi berapa ramai daripada kita yang sanggup bangun malam untuk solat
tahajud?? Baru tahajud.. Tak masuk lagi solat taubat, solat hajat, dan solat istikharah..

Ini peringatan untuk diri sendiri yang tidak sempurna ini. Bila kita memperingatkan orang lain, diri sendiri juga kena muhasabah balik. Bila 1 jari kita tunjuk pada orang, 4 lagi jari tertuju pada diri kita.

"Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" As-Shaff:3

Meremang bulu roma bila teringat ayat ni. Sebab kita sendiri memberi tazkirah, usrah dan yang sewaktu dengannya kepada orang lain, tapi risau bila diri ini juga tidaklah sesempurna mana. Sebab itulah pentingnya muhasabah diri.

Penting bagi kita untuk mempunyai sahabat yang sentiasa memperingati kita.
Sahabat yang menegur apabila kita melakukan kesalahan. Sahabat yang sentiasa disisi apabila ditimpa musibah. Sahabat yang sanggup membantu kita di kala ditimpa kesusahan.

Back to the topic.
Pecutan Terakhir. Untuk sahabat yang banyak subjek utk dihafal, bacalah Quran dulu before menghafal. InsyaAllah ilmu yang kt pelajari lebih mudah dihafal. Banyakkan solat hajat, dhuha dan yang seangkatan dengannya.

Kalau ada yang tahu prinsip
DUIT;
D - Doa U - Usaha I - Ikhtiar T - Tawakal

So, follow je la apa-apa prinsip pun. Asalkan apa yang kita impikan tu tercapai. Semuanya dengan izin ALLAH.
Andai kita gagal tapi di situ ada keredhaan ALLAH, redhalah. Pasti segala usaha kt tu akan dibalas pada satu masa yang kt sendiri tak tahu bila. Hanya ALLAH yang tahu.

Kepada sume sahabat dan akhowat yg disayangi, selamat menempuh peperiksaan final! Semoga segala tenaga dan usaha antunna semua dibalas dengan kejayaan! Allahumma amin..


*Reflection*

Wednesday, April 07, 2010

Oh Sedih dalam Hati!

Bismillahirrahmanirrahim...

Mungkin takde rezeki untuk saya pergi ke Majlis Anugerah Dekan semalam.. Sebabnya mudah je.. Terlajak tidur dan terlewat bangun..

Tapi entah kenapa tidak rasa sedih pun. Rasa tenang je. Biar je la majlis tu. Dah tak larat nak fikir. Mungkin otak ni rasa penat sangat sampai rasa dah shot bila nak fikir pasal majlis tu. Tambah2 pulak saya tertekan dengan test LAW pada malamnya.

"Bertuahnya budak ni.." Ayat tu je yang ummi mampu cakap apabila memaklumkan yang saya tidak dapat pergi ke majlis anugerah dekan kerana terlewat bangun. Alasan nampak seperti tidak munasabah tetapi memang itu je modal saya setakat ni. Memang dah terbangun lambat. Nak buat macam mana kan -_-

"Ala... Takpe, nanti amik je la sijil keramat tu kat bahagian hal ehwal akademik.." Releks je jawapan saya. Saja nak mengusik ummi. Kesian ummi, penat dia belikan saya kasut baru yang mahal untuk saya pakai semasa mengambil anugerah itu nanti. Saya fikir ada hikmah. Mana la tau time saya pakai kasut tu, tiba-tiba timbul rasa riak pulak bila orang puji kan. Tak pun, mana la tau saya jatuh terjelepok di pentas apabila memakai kasut tu nanti. Eh?

Tapi bila difikir-fikir balik, sem ni mungkin sem terakhir saya dapat naik ke pentas menerima anugerah tu. Sem ni entah dapat dekan atau tak. Belajar pun kelam kabut.. Adeh! Saya hanya mampu cakap pada ummi, "Doakanla angah dapat dekan lagi sem ni, ummi. Nanti angah janji, dah tak bangun lambat sem depan untuk amik hadiah.."

Ok, fine. memang sedih. Majlis anugerah dekan kami macam majlis konvokesyen! Siapa tak teruja. At least boleh rasa keadaan time konvo nanti kan. Semua Ketua koordinator pakai jubah konvo. Yang doktor PhD sume pakai jubah lain pulak. Memang semangat la tengok mereka-mereka tu. Rasa macam tak sabar nak grad.

Anyway, i don't really care about it. At least saya dapat dengar talk DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN. Penulis buku 'Muslim Super'. Seronok sangat dengar ceramah dia. Oh man, osem sangat! memang dah lama nak dengar ceramah dia cuma tak berkesempatan je dan Alhamdulillah Dr. dijemput untuk memberi ceramah.

Dgn muka yang sangat tebal, minta autograph dia. Orang lain sume beli buku dia before mintak tandatangan. Me? Oh,maaf. Memang muka tiada duit. 

Walaupun hari saya bermula dengan hati yang sedih, tapi ia berakhir dengan kegembiraan. Be positive everyone!

*Reflection*