Thursday, April 15, 2010

Pecutan Terakhir


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Dalam masa 5 hari lagi, saya akan menghadapi final exam. Dan dalam masa 5 hari ini jugalah merupakan pecutan terakhir saya untuk menghadapi final exam. Jealous melihat kawan-kawan lain yang pulang ke rumah sempena minggu study week. Berjalan dengan beg yang berbondong-bondong macam nak balik sebulan!

Tapi saya punyai pendekatan yang berbeza. Kalau balik rumah pada minggu study week, kirim salam la kat buku. Jangan harap buku yang dibawa balik kononnya nak belajar tu akan dibaca. Maka, terjadilah perhambaan yang sadis kepada
 internet dan tv. Tambah pulak nak bersembang dengan ummi, ayah, adik2, jalan-jalan lagi.


Jadi setiap semester, jalan selamat yang terbaik adalah stay di dalam kampus. Apa pecutan yang perlu dilakukan untuk minggu study week ni?? Of course study dan the most important thing is Ibadah.

Teringat pesan
Puan Nadia (our lecturer), berapa ramai daripada kita yang guna masa kt untuk beribadat sama banyak dengan masa yang kita korbankan utk study dan buat assignment.

Ramai daripada kita yang sanggup stay up setiap malam semata-mata utk buat assignment, study utk test dan quiz. Tapi berapa ramai daripada kita yang sanggup bangun malam untuk solat
tahajud?? Baru tahajud.. Tak masuk lagi solat taubat, solat hajat, dan solat istikharah..

Ini peringatan untuk diri sendiri yang tidak sempurna ini. Bila kita memperingatkan orang lain, diri sendiri juga kena muhasabah balik. Bila 1 jari kita tunjuk pada orang, 4 lagi jari tertuju pada diri kita.

"Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" As-Shaff:3

Meremang bulu roma bila teringat ayat ni. Sebab kita sendiri memberi tazkirah, usrah dan yang sewaktu dengannya kepada orang lain, tapi risau bila diri ini juga tidaklah sesempurna mana. Sebab itulah pentingnya muhasabah diri.

Penting bagi kita untuk mempunyai sahabat yang sentiasa memperingati kita.
Sahabat yang menegur apabila kita melakukan kesalahan. Sahabat yang sentiasa disisi apabila ditimpa musibah. Sahabat yang sanggup membantu kita di kala ditimpa kesusahan.

Back to the topic.
Pecutan Terakhir. Untuk sahabat yang banyak subjek utk dihafal, bacalah Quran dulu before menghafal. InsyaAllah ilmu yang kt pelajari lebih mudah dihafal. Banyakkan solat hajat, dhuha dan yang seangkatan dengannya.

Kalau ada yang tahu prinsip
DUIT;
D - Doa U - Usaha I - Ikhtiar T - Tawakal

So, follow je la apa-apa prinsip pun. Asalkan apa yang kita impikan tu tercapai. Semuanya dengan izin ALLAH.
Andai kita gagal tapi di situ ada keredhaan ALLAH, redhalah. Pasti segala usaha kt tu akan dibalas pada satu masa yang kt sendiri tak tahu bila. Hanya ALLAH yang tahu.

Kepada sume sahabat dan akhowat yg disayangi, selamat menempuh peperiksaan final! Semoga segala tenaga dan usaha antunna semua dibalas dengan kejayaan! Allahumma amin..


*Reflection*

Wednesday, April 07, 2010

Oh Sedih dalam Hati!

Bismillahirrahmanirrahim...

Mungkin takde rezeki untuk saya pergi ke Majlis Anugerah Dekan semalam.. Sebabnya mudah je.. Terlajak tidur dan terlewat bangun..

Tapi entah kenapa tidak rasa sedih pun. Rasa tenang je. Biar je la majlis tu. Dah tak larat nak fikir. Mungkin otak ni rasa penat sangat sampai rasa dah shot bila nak fikir pasal majlis tu. Tambah2 pulak saya tertekan dengan test LAW pada malamnya.

"Bertuahnya budak ni.." Ayat tu je yang ummi mampu cakap apabila memaklumkan yang saya tidak dapat pergi ke majlis anugerah dekan kerana terlewat bangun. Alasan nampak seperti tidak munasabah tetapi memang itu je modal saya setakat ni. Memang dah terbangun lambat. Nak buat macam mana kan -_-

"Ala... Takpe, nanti amik je la sijil keramat tu kat bahagian hal ehwal akademik.." Releks je jawapan saya. Saja nak mengusik ummi. Kesian ummi, penat dia belikan saya kasut baru yang mahal untuk saya pakai semasa mengambil anugerah itu nanti. Saya fikir ada hikmah. Mana la tau time saya pakai kasut tu, tiba-tiba timbul rasa riak pulak bila orang puji kan. Tak pun, mana la tau saya jatuh terjelepok di pentas apabila memakai kasut tu nanti. Eh?

Tapi bila difikir-fikir balik, sem ni mungkin sem terakhir saya dapat naik ke pentas menerima anugerah tu. Sem ni entah dapat dekan atau tak. Belajar pun kelam kabut.. Adeh! Saya hanya mampu cakap pada ummi, "Doakanla angah dapat dekan lagi sem ni, ummi. Nanti angah janji, dah tak bangun lambat sem depan untuk amik hadiah.."

Ok, fine. memang sedih. Majlis anugerah dekan kami macam majlis konvokesyen! Siapa tak teruja. At least boleh rasa keadaan time konvo nanti kan. Semua Ketua koordinator pakai jubah konvo. Yang doktor PhD sume pakai jubah lain pulak. Memang semangat la tengok mereka-mereka tu. Rasa macam tak sabar nak grad.

Anyway, i don't really care about it. At least saya dapat dengar talk DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN. Penulis buku 'Muslim Super'. Seronok sangat dengar ceramah dia. Oh man, osem sangat! memang dah lama nak dengar ceramah dia cuma tak berkesempatan je dan Alhamdulillah Dr. dijemput untuk memberi ceramah.

Dgn muka yang sangat tebal, minta autograph dia. Orang lain sume beli buku dia before mintak tandatangan. Me? Oh,maaf. Memang muka tiada duit. 

Walaupun hari saya bermula dengan hati yang sedih, tapi ia berakhir dengan kegembiraan. Be positive everyone!

*Reflection*

Thursday, March 25, 2010

Iqra' min Qalbi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Berapa ramai daripada kita yang menangis kala membaca kalam Allah? Siapa di antara kita yang menangis teresak-esak pabila membaca ayat2 suci Al-Quran? Tangisan itu bukan tangisan biasa tetapi tangisa kerana takut dengan balasan Allah di akhirat kelak. Tangisan kerana terlalu alpa dgn nikmat dunia.

Ada atau tidak di antara kita yang perasan, kadang kala kita menangis apabila membaca Quran adalah kerana pada masa itu, kita ditimpa kesusahan. Hati kt sangat sedih disebabkan perkara-perkara lain. Dan apabila kita membaca Al-Quran dan mentadabbur ayat tersebut, ia seperti tertuju kepada kita.

Kenapa ya agak-agaknya? Sahabat, kerana Al-Quran itu mukjizat Allah. Mukjizat yang tiada tara. Sudah yakin bukan Al-Quran itu daripada siapa? Maka tidak perlu lagi ragu-ragu.

Saya pernah terbaca di dalam satu artikel, terdapat di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang tidak dapat khatam Quran disebabkan beliau terlampau sedih sehingga pengsan apabila membaca salah satu surah di dalam Al-Quran yang berkisar tentang balasan Allah di akhirat. (tak ingat nama surah n nama sahabat tu.. ^_^)

Tapi kita? Mampukah kita menjadi sebegitu? Atau kita sekadar membaca Al-Quran tanpa menyelami maksud-maksudnya?? Sesekali, apa salahnya kalau kita mentadabbur ayat Quran. At least, kita dapat memahami serba sedikit peringatan daripada Allah s.w.t.
Cuba bayangkan kalau kita belajar tapi kita tidak faham satu apa pun. Sama jugak la jika kita membaca Al-Quran tanpa kita tahu maknanya.

Aku pun kadang2 tak sempat nak mentadabbur ayat Quran tapi sekurang-kurangnya kita cari sikit masa dalam 24 jam yang Allah beri ni utk kita selami serba-sedikit maksudnya.

Tangisan ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Abu Bakar As-Siddiq r.a, sahabat yang paling dekat dengan adalah orang yang paling suka mencucurkan air mata ketika membaca AL-QURAN. Dikisahkan oleh Al-Bukhari dalam sebuah riwayat, saat Rasulullah s.a.w sakit, baginda memerintahkan para sahabat untuk bersolat bersama sahabat Rasulullah, Abu Bakar.

Namun Aisyah r.a menyarankan, "Sesungguhnya Abu Bakar, kalau dipilih sebagai imam solat, orang-orang tak akan mendengar suaranya disebabkan tangisannya."

*Reflection*

Thursday, March 18, 2010

saudaraku...ujian itu untukmu..


Bismillahirrahmanirrahim...
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji... (29:2)

2 test dan 1 quiz dalam masa sehari! pening2... Pening sampai dah tak tahu nak belajar yang mana 1 dulu.. Pening sampai dah tak boleh tengok buku.. Pening sampai dah tak selera makan.. Pening sampai dah rasa nak termuntah!

"Najla, kamu bermasalah section C!" Releks je lecturer beritahu satu kelas. Tolong Superman, bawa saya terbang jauh-jauh.. T_T
(Tapi lecturer sangat strict bagi markah.. Eh, salahkan lecturer pulak.. TEET!! salah sendiri!)

Sampai usrah lepas Subuh pun fikir 2 kali nak pergi ke tak. Teruk punya perangai. Sanggup tak nak pergi usrah semata-mata nak merehatkan badan atas katil. Pejuang ISLAM mana boleh fikir nak rehat je. Gagahkan jugak diri turun ke usrah pagi2 saat orang masih lagi dibuai mimpi.. InsyaAllah, saya yakin mesti aku dapat pengisian untuk merawat jiwa yang sakit ni.

Maha Hebat Allah itu. Benarlah telahan saya. Pengisian yang diberi bagaikan peluru yang tertusuk di jantung sebelah kiri. Terkesan kala diri ini sedang dilanda tekanan perasaan. Terkesan kala hati ini memerlukan seseorang untuk menyentuhnya. Terkesan kala diri ini
perlu ditarbiah.


Saudaraku, ujian ini untukmu..


Begitu banyak ujian yang kita hadapi. Seperti yang kita biasa dengar, ujian tu kan tanda Allah sayangkan kita. Dalam ramai2 hambaNya, kita yang dipilih untuk menerima ujiannya. Syukur, bukan? Tapi, macam mana kita nak hadapinya?? Kita hanya insan biasa. Kadang-kala kita mudah lemah. Macam aku..Memang terkena sungguh bila terdengar tajuk tazkirah pagi tu. Rasa nak nangis pun ada sebab kecewa dengan diri sendiri. Merancang untuk tidak hadir ke usrah sedangkan usrah itu kan nadi. Kalau setakat diri sendiri yang bagi usrah pada orang lain tapi diri sendiri tak diberi 'makanan', macam mana?

Tips-tips untuk meringankan musibah yang berlaku (^_^)

1. mengikut petunjuk Allah dan ikhlaskan ibadat kepadaNya


2. mencari ilmu yang syarie, berdamping dengan majlis2 ilmu
    # usrah, ceramah, baca artikel islamik dan yang sewaktu dengannya


3. melakukan mujahadah untuk mingikis sifat2 negatif


4. berbuat baik pada semua makhluk kerana berbuat baik membuatkan hati jadi lapang

5. bertaubat daripada dosa2, mempersembahkan diri kepada Allah

6. mengamalkan zikir secara berterusan
    # sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang..

Alhamdulillah..Teringat sahabat saya yang diuji Allah selepas patah kaki baru-baru ini sehingga tidak dapat ke kelas selama 6 minggu. Berganda-ganda ujiannya. Mohon doanya ya.

Dan bagi mereka yang ditimpa ujian, follow la tips2 di atas.. InsyaAllah mampu meringankan sedikit perasaan sedih anda.



*Reflection*

Saturday, March 06, 2010

Rindu Rasulullah T_T

In the name of Allah, the most Kind and the most Merciful..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah, mendapat peluang untuk mendengar ceramah Ustaz Farid Ravi cukup bermakna buat saya. Suka2 ^_^

Sangat menghiburkan ceramah tu! Ustaz Farid pun sangat kelakar. Tapi yang penting is the input. And of course dapat pahala lah! Jom baca kisah-kisah ini! Moga memberi pengajaran.


Cerita 1

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s.a.w sedang berjalan-jalan bersama sahabatnya Anas. Mereka bertemu dengan seorang badwi, lalu orang itu menarik baginda secara kasar dan keras, sedangkan baginda memakai kain tutup buatan Najran yang kasar tepi-tepinya.
Berkata Anas yang menceritakan berita ini,
"Saya nampak pada leher baginda Rasulullah s.a.w bekas yang ditinggalkan oleh tarikan orang Badwi itu oleh kerana sangat kuatnya tarikan itu."
Kemudian Badwi itu kepada baginda,
"Wahai Muhammad! Berikanlah aku harta Allah yang ada padamu!"
Rasulullah s.a.w menoleh kepada Badwi itu seraya tertawa. Kemudian baginda menyuruh agar Badwi itu diberikan kehendaknya.
#####################################################

Cerita 2

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah r.a dia berkata:
"Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?"
Jawab baginda,
"Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"
Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata:
"Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia."
#####################################################
konklusi cerita 1:

1- Penyantunnya Rasulullah s.a.w...

2- Kalaulah kita di tempat Baginda, apa agak2nya yang kita akan buat ye..?? Marah..?
menyumpah..?? Teet... =p

3- Banyak-banyakkan beristighfar.. 


4- Rasulullah s.a.w mendidik umatnya untuk menjadi seseorang yang penyabar..

konklusi cerita 2:

1- Aisyah pernah berkata, "Tidak pernah keluarga Baginda kenyang makan roti gandum tiga
hari berturut-turut sejak baginda datang ke Madinah sehingga baginda meninggal dunia.."

2- Betapa sederhananya kehidupan baginda

3- Bersyukurlah dengan rezeki yang dikurnia Allah.


4- Kawal nafsu makan ye sahabat2 sekalian..


5- Jom pakat pose! heee.. ^_^

6- Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang okeh!



*Reflection*